Tuesday, June 28, 2011

~Layan Cerpen nie:::Jika Itu Takdirnyer...ohhhh sedihhh~

Assalamualaikum..:-)
Salam untuk semua..:-)




"Baby. Dah siap?" tanya Iqmal Zyad sambil memandang fail yang berlambak di hadapan matanya. Sebelah tangannya sibuk memusing ligat pen yang dipegangnya tanda dia berfikir. Sesekali kening yang tebal hampir sahaja bercantum.
"Not yet bie. Colud you please come here and wait for me?" tanya Syaeqa Umaira manja sahaja bunyinya di hujung talian.
"I can't baby. Baby siap dulu, dah siap nanti, give me a call. Ok sayang? Bie banyak kerja sangat ni." Beberapa ayat diturunkan di atas kertas yang menjadi perhatian matanya kala itu. Pen berdakwat basah itu mula menjalankan kerjanya.
"Fine. Setengah jam lagi baby call. Bye bie. Assalamualaikum." Masih lagi manja dan lembut bunyi suaranya.
"Waalaikummussalam." Telifon bimbit lipatnya sekadar diletak tepi. Helaian di hadapan mata diselak lagi mencari apa yang dimahukan.
Dalam asyik dia mentelaah kertas kerjanya, pintu bilik pejabatnya diketuk.
"Come in."

"Encik Iqmal Zyad. Tak nak balik lagi?"

"Oh Lisa. Tak. Saya banyak kerja lagi ni. Kalau awak nak balik, baliklah dulu." Wajah tidak diangkatnya lansung.

"Encik Iqmal Zyad."

"Nak apa Lisa?"

"Hai. Sibuk sangat sampai suara akak dengan secretary Zyad pun, Zyad tak boleh nak beza ke?"

Iqmal Zyad mengangkat wajahnya. Terpampang wajah berkerut kakaknya di hadapan meja.

"Akak. Bila masa sampai?" tanya Zyad kembali sambil menghulurkan salamnya setelah pen diletakkan.

"Macam mana Umaira nanti bila kamu dah kahwin dengan dia. Tak ada masa lansung. Jangan sampai suara isteri dengan suara orang gaji, kamu tak dapat bezakan. Sudah. Akak tak jamin." Sekadar berseloroh dia duduk mengambil tempat di kerusi hadapan meja besar yang bertanda 'Iqmal Zyad bin Dato' Ghanni – Pengarah Lembayung Corp.' itu.

"Ke situ pula akak ni. Bila balik? Projek dekat Ipoh dah ok ke?" Wajah Khaisara Mayisya yang kelihatan tenang itu ditatapnya.

"Tengok tu. Akak datang sini je, tak ada benda lain yang dicakapnya. Projek, meeting, client. Tak boleh ke akak nak lawat adik akak sesekali dekat pejabat ni? As your sister. Not as your bussines partner." Sesekali mata di balik kaca mata berbingkai penuh itu dibulat-bulatkan.

Senyuman lebar dipamerkan di bibir nipisnya.

"Hari ni pergi kedai pengantin untuk comfirmkan pasal baju yang ditempah tu. Mama dah beritahu belum?"

Iqmal Zyad mengangguk. Pandangannya ditalakan pada bingkai kaca berbentuk hati di tepi mejanya. 'My sweet baby – Syaeqa Umaira'. Cantik gadis berwajah bujur sirih dan bertudung litup itu dengan senyuman menguntum ceria di bibir munggilnya. Sering kali wajah di dalam bingkai itu ditatapnya jika ada kelapangan dan perlukan ketenangan seketika.

"Umaira tak cakap apa ke?"

"Cakap?"

"Yelah. Lagi 5 hari nak kahwin, awak tu boleh duduk melekat lagi dengan document and your proposal tu. Tak pergi teman dia shopping or pergi spa or something?"

"Dia boleh pergi dengan ibu dia kak. Mama pun selalu temankan dia. Tu adik dia dua orang tu. Sibuk juga nak cantik-cantik. And also, tak nak kalah adik akak yang dua orang dekat rumah tu."

"Yelah. Ada je jawabnya pengarah besar ni. Tak kesian lansung ke dengan buah hati awak tu? Sabar memanjang. Kalau akak, mau kena abang Taufiz tu akak kerjakan." Hujung tudungnya dibetulkan kedudukannya.

"Kesian. But, mama pesan, tak elok jumpa selalu kalau dah nak kahwin ni. Better Zyad buat kerja. Kan ? Bukan Zyad tak nak kak. Zyad tahu Umaira tu tahu nak sabar dengan Zyad ni, that's why I choose her to be my wife. Not perempuan perangai macam akak. Tak sabar."

"Menjawab lagi dia. Zyad. Kutuk akak pula. Ni. Pukul berapa nak pergi kedai pegantin tu? Mama kata dia tunggu Zyad dengan Umaira dekat sana . Tahu kan ?"

"Akak dah beritahu dua kali masuk ni. Zyad tahu."

"Malas akak nak layan kamu. Akak pun nak gerak ni. Jumpa dekat sanalah."

Iqmal Zyad mengangguk sambil punggungnya diangkat.

Khaisara Mayisya menggeleng dengan senyuman sebelum berlalu meninggalkan Zyad yang mengambil langkah ke bilik air di bahagian hujung biliknya itu untuk mengerjakan solat Asar sebelum melakukan perkara lain.

Selesai bersolat, telifon bimbit di atas mejanya menjerit pinta diangkat.

"Assalamualaikum."

"Waalaikummussalam bie. Ayah suruh baby ikut dia. So, kita jumpa dekat kedai tu jelah. Baby dah nak bertolak ni. Bie pun bolehlah keluar juga."

"Ayah dah balik outstation?"

"Bie ni. Semalam lagi baby dah beritahu, ayah dari hari Khamis dah balik. Lupa ke?" Ketawa kecil Syaeqa Umaira yang memang mampu menambat hati lelakinya itu semenjak pertama kali mendengarnya, mengusik gegandang telinganya.

"Sorry lupa. Oklah bie gerak ni. See you there. Assalamualaikum."

Salamnya bersahut sebelum talian dimatikan. Telifon bimbit diletak dalam poket seluarnya sebelum berkemas.

Kot coklat kehitaman yang dikenakan dengan kemejanya digapainya. Sekadar disangkutkan ditangan, dia berlalu meninggalkan bilik pejabatnya.

++++++++++++++++++++++++++++++

'Mana satu nak pilih ni? Kak Mayi ni memang tak faham dengan aku yang tak pandai nak pilih barang perempuan ni,' getus hati Iqmal Zyad sambil membelek beberapa tudung yang bergantungan dengan corak yang bermacam warna.

Dia mengeluh kecil. Sesekali tangannya bermain di helaian itu. Memilih kalau-kalau ada yang berkenan pada matanya.

Masih buntu. Tiada sehelai pun yang menarik perhatiannya. Dia berpaling pada gantungan yang lain.

'Warna tu sesuai ke dengan mama?' getus hatinya dengan senyuman di bibir melihatkan tudung yang cantik warnanya bergantung tidak jauh dari tempat dia berdiri.

Kakinya menapak. Matanya terus-terus melekat pada helaian tudung berwarna kuning cair dan dihiasi batu-batuan di tepi-tepinya.

Mendarat sahaja tangan kasarnya di tudung itu, satu tangan kecil terlebih dahulu menyentuhnya membuatkan tangannya berada di atas tangan itu.

Zyad menoleh. Terpaku seketika anak matanya pada wajah mulus yang berada di sisinya itu. Tinggi sekadar separas bahunya sahaja.

"Encik. Tangan saya," getus gadis itu dengan muka yang kian merah. Bibirnya yang munggil berkilat itu diketap seakan menahan kesakitan.

"Sorry. I don't mean it." Tangan ditarik dan terus dimasukkan ke dalam kocek seluarnya. Jantungnya berdegup pantas memalu perasaan.

Gadis itu tersenyum nipis sambil memicit tangannya. Sakit barang kali kerana genggaman tangan besar Zyad.

"Sakit ke?"

"Sikit."

'Merah. Kuat sangat ke aku genggam? Tak pasal-pasal tangan anak dara orang aku pegang.' Hatinya diasak rasa bersalah melihat tangan berjari runcing itu.

"Cik nak tudung ni ke?"

Gadis itu mengangguk kecil.

"But, kalau Encik nak, ambillah. Saya boleh cari yang lain." Dia menundukkan sedikit wajahnya dan mula hendak berlalu. Lemah-lembut tutur gadis bertudung merah jambu itu membawa lari hatinya yang tidak pernah terbuka lagi untuk mengenali apa itu cinta.

"Cik."

Gadis itu berhenti dan berpaling seakan tahu dirinya yang dipanggil.

"Tudung ni."

"It's ok. I can buy it next time." Tuturnya lembut, selembut raut wajah bujur sirih yang kemerah-merahan itu.

Zyad mengganguk.

"Encik. Nak beli ke?" tanya juru jual yang baru menghampirinya secara lansung menarik perhatiannya dari terus-terus memerhati gadis kecil molek berbaju kurung dan bertudung itu.

Zyad mengangguk lagi. Sekilas matanya terpandang beg tangan berwarna merah jambu di atas timbunan kain tudung yang berada betul-betul di bawah gantungan tudung yang dipilih Zyad tadi.

'Miss tudung pink tu... Dia teringgal handbag ke?' Teringat dia pada kakaknya yang suka mengenakan beg tangan dengan baju yang dipakainya.

"Encik. Ada lagi ke yang Encik nak?"

Zyad menggeleng.

"Bayar dekat sana ye." Kaunter ditunjuk.

Tangannya menggapai beg tangan itu kerana dilihatnya tiada pelanggan lain lagi di situ. Sepanjang di kaunter, juru wang asyik memerhatikannya yang membawa beg tangan itu. Mungkin kelihatan pelik tambahan lagi kena pula dengan baju kemeja yang dipakainya waktu itu.

Berpusing-pusing dia di dalam pusat membeli belah itu mencari kelibat gadis tadi. Dari satu kedai ke satu kedai. Dari kedai baju, ke kedai kasut. Masuk pula ke kedai pakaian wanita. Namun hampa. Tidak pernah hatinya keluh kesah seperti waktu itu.

Jam tangan dipandang sekilas. Waktu mula menginjak jam 10 malam. Sejam lebih dihabiskan hanya untuk mencari gadis itu. Benak hatinya dipenuhi tanda tanya. Bagaimana gadis itu pulang? Bagaimana gadis itu dengan ketiadaan telifon bimbitnya? Bagaimana dan bagaimana.

Kepenatan mencari membawa dia terus ke tempat letak kereta bawah tanah. Dari jauh. Dilihatnya ada sekumpulan lelaki berbaju serba hitam berdiri di sisi keretanya.

Semakin dekat dia melangkah, baru dia perasan ada satu kereta Myvi putih di sebelah kereta mewahnya itu. Di balik beberapa lelaki yang berdiri itu, kelihatan seorang gadis bertudung merah jambu yang mukanya merah dan pipi dibasahi titisan jernih.

"Oi!" jerkah Zyad sekadar menarik perhatian 5 lelaki itu.

Seperti apa yang difikirannya, lima lelaki itu berpaling. Masing-masing mengangkat kening dan gadis itu terkebil-kebil.

"Korang buat apa dengan dia?" tanya Zyad kasar sambil mendekati kumpulan itu.

"Nak..." Belum sempat lelaki berbaju tanpa lengan itu menjawab, penumbuk besar Zyad mendarat di tulang pipi lelaki itu.

"Bro. Wait. Sabar," getus seorang kawannya dan memabantu rakannya yang sudah terjelepuk kerana penumbuk Zyad itu.

"Apa sabar? Korang kalau nak buat kerja tak senonoh, bukan pada dia. Kau tahu tak dia isteri aku?" Selamba dia berkata dengan muka yang sudah merah kerana marahnya. Sekadar membuat alasan untuk menakutkan dan membela gadis yang mula hinggap dan bergayut di tangkai hatinya itu.

"Bro. Kitorang tak buat apa dengan isteri lu ni. Dia hilang handbag. So, all the stuff are in her handbag. Termasuk kunci kereta dia ni. So..."

"Diorang nak tolong saya," sambung gadis itu dengan wajah kasihannya. Air mata yang menapak di wajah mulusnya dikeringkan.

Zyad mengangkat keningnya. Silap tindakkan.

"Dekat tangan awak tu..."

"Oh. Ni. Beg awak, sayang. Awak tinggal dekat kedai tudung tadi," lakon Zyad menutup malunya yang mula menyerbu mukanya.

"Lah. Handbag awak dekat suami awak tu ke?"

"Tak pasal-pasal makan penumbuk suami orang."

"Kau tinggalkan isteri kau yang cantik ni sorang-sorang dekat underground parking ni kenapa bro? Masalah lah lu ni."

Satu-satu ayat keluar dari mulut mereka yang beransur-ansur meninggalkan tempat itu.

Zyad menyentuh belakang lehernya. Malu semakin membahang. Tidak pernah dia bertindak sebegitu rupa. Entah kenapa air mata di wajah putih gebu itu menyentap rasa dalam jiwa lelakinya.

"Thanks." Lunaknya suara gadis itu mengetuk gegendangnya.

Zyad mengangguk dengan senyuman nipis yang terpaksa dia ukir untuk menutup malunya.

"Boleh saya nak beg saya? Dah malam sangat ni. Nanti ayah dengan ibu saya risau."

"Oh. Ni. Lain kali jangan tinggal merata-rata ok." Sempat dia berpesan.

"Thanks." Beg dibuka dan kunci kereta dikeluarkan.

"Cik." Tangan gadis itu terhenti dari membuka pintu kereta.

"Can I know your name and your phone number?"

Gadis itu terdiam. Mata bundar berbulu mata lentiknya terkebil-kebil memandang wajah bersih Zyad.

"Or maybe kita boleh jumpa lagi?"

Gadis itu mengetap bibirnya seakan berfikir ayat yang terbaik untuk diberikan pada Zyad.

"Saya milik ayah dan ibu saya. I think, better Encik minta pada diorang dari minta dari saya. Saya dah lambat ni. Saya balik dulu. Thanks and Assalamualaikum."


++++++++++++++++++++++++++++++++++

Ketukkan di pintu kereta mengejutkan Zyad dari lamuannya mengenai pertama kali dia berjumpa gadis bernama Syaeqa Umaira, tiga bulan lepas. Seorang guru tadika yang lemah-lembut kelakuannya.

Paras tingkapnya diturunkan kerana seorang gadis berbaju kurung sutera sedang berdiri di luar seakan menantinya. Menjongol wajah bujur sirih kemerahan Umaira dengan senyuman mekarnya.

"Mama tanya. Bie tak nak keluar ke?"

"Hmm."

"Dije tanya. Nak try baju pengantin dan ambil gambar tak? What you think?" bual Umaira sementara mereka menapak ke kedai pengantin yang bertentangan dengan tempat dia letakkan kereta itu.

"Tak perlulah. Sebab lagi 5 hari je lagi bie dapat tengok baby pakai baju pengantin kan ?"

"But, I want to. Yelah. Manalah tahu, baby tak sempat nak pakai baju pengantin yang kita tempah tu." Perlahan dia berkata seakan berbisik tapi mampu lagi telinga Zyad menangkapnya.

"Why are you talking like that? Tak baik tau." Seakan lain macam sahaja bunyi suara itu.

Syaeqa Umaira berpaling dan secalit senyuman diberikan pada tunangnya itu.

"Fine. Kita try and take some picture untuk kenangan beli baju pengantin. Ok?" Seperti apa yang dikata Kak Mayinya. Sesekali, apa salahnya dia ikutkan sahaja permintaan Umaira kerana selalu sahaja gadis itu bersabar dengan dirinya itu.

Itulah sifat Umaira. Dia akan meminta sekali sahaja. Jika tidak diberi, dia tak akan meminta lagi. Sabarnya sifat Umaira memang dia kagumi. Sekali pun tidak terbakar marahnya jika Zyad lupa janjinya. Cuma sifat manjanya itu kadang-kadang terlahir walaupun dia anak pertama dalam keluarga. Sifat yang baru ditonjolkan pada Zyad semenjak hari bahagia mereka semakin hampir.

Melebar senyumannya dan mengangguk.

"Ibu, mama. Macam mana?" tanya Umaira sambil tersenyum.

Zyad yang asyik membelek gaun pengantin juga berpaling memberi perhatian pada suara itu. Terkesima sebentar dia melihat wajah itu yang sudah cantik dirias dengan pakaian pegantin bertudung yang berwarna krim keemasan. Naik seri wajahnya ketika itu.

"Bie?" Panggilan itu menarik Zyad kembali ke alam nyata. Umaira yang berdiri di hadapannya ditatapnya terus. Senyuman manis di bibir munggil itu tidak pernah lekang.

"Macam mana?"

"Hmm?"

"How do I look?"

"Cantik."

"Sementara je tau cantik ni."

"Saya tahu." Suka betul diri itu mengingatkannya. Kata Umaira, 'Kalau cantik Umaira yang Zyad sayang? Zyad kena ingat. Cantik ni hanya sementara je.'

Memang kecantikkan wajah itu menarik perasannya. Tapi hati bersih milik gadis itulah yang membuat dia mampu nafikan yang kecantikkan itu adalah yang kedua selepas hatinya.

"Macam ni boleh ke?" tanya Umaira seronok hendak mengambil gambar dengan pakaian pengantin sedondon yang disarungnya bersama Zyad di sisi.

"Cantiklah Kak Umai. Adik pun nak lepas ni boleh?" seloroh Faiqa. Adik kedua Umaira yang berdiri di belakang kamera.

"Tunggu Iqa cukup umur dululah. Kak Mira pun tak kahwin lagi. Gatal," getus Miralya, adik bawah Umaira, anak kedua Dato' Farid.

"Bergaduh pula," getus Umaira dengan senyuman. Kedudukan selendang yang dikenakan dengan tudung kosong itu dibetulkan sedikit.

"Ok Zyad. Dekat-dekat sikit. Bukan macam tu..." Membebal mulut Dije menyuruh Zyad membetulkan kedudukan dia berdiri.

"Zyad. Diri belakang Umaira. Baru nampak mesra," cadang Kak Mayi pula. Tersenyum setiap wajah itu.

"Macam ni?"

Dije dan Kak Mayi mengangguk serentak.

___________________________________________


"Umaira. Dah suruh Zyad ambil baju untuk khatam malam nanti?" tanya Datin Marisa, mama Iqmal Zyad sementara lalu di bilik tamu, tempat dimana saudara berkumpul dan turut memeriahkan majlis berinai itu.

"Belum ma." Tersenyum bibirnya melihat keletah anak-anak saudara dan adik-beradik dia dan Zyad yang sibuk menghulur tangan hendak mengenakan inai di jari masing-masing.

"Mana pergi budak ni. Dipesan. Entah dia ingat ke tidak malam ni dah start majlis. Orang sibuk dekat rumah ni, dia tak sudah-sudah dengan kerja dia."

"Biar Umaira yang call dia ma." Tidak mahu dilihatnya Datin Marisa terus-terus risau mengenai anak lelakinya yang satu itu.

"Yelah." Datin Marisa berlalu.

"Kitorang nak pekat macam Kak Umai tu..." Kedengaran suara kecil Maya, anak saudara Zyad yang tangannya dirias Salwa, pendandan yang dipanggil untuk majlis yang akan diadakan.

"Ish budak ni. Itu pegantin. Awak tu duduk tepi je tau," bidas Salwa sambil dicubitnya pipi Maya yang banyak cakapnya itu.

Keletah mereka semakin membuatkan bibir Umaira tersenyum. Tangannya yang cantik berinai itu dipandang dan dibeleknya beberapa ketika. Dari tengah hari tadi lagi majlis berinai itu berlansung dan Umaira lah orang pertama yang dipakaikan. Jadi, petang, mereka mula menyerbu Salwa meminta dipakaikan kerana dilihatnya cantik hasil di tangan putih gebu Umaira yang dihiasi inai itu.

"Tepi kejap. Kak Umai nak keluar ni," pinta Umaira sambil membetulkan selepang tudungnya yang terjatuh.

Mereka ke tepi memberi laluan. Kebingitan di dalam bilik itu memaksa Umaira keluar supaya senang dia hendak bercakap dengan Zyad.

_________________________________________


"Encik Iqmal Zyad, tak nak balik ke?" tanya Lisa yang baru sahaja menjengul setelah dibenarkan masuk sebentar tadi.

"Kejap lagi Lisa. Kalau awak nak balik, baliklah," jawab Zyad tanpa mengangkat wajah.

Lisa mengangguk.

"Saya balik dulu."

Zyad mengangguk. "Assalamualaikum."

Kerana terbiasa dengan cara Umaira, dia pasti akan mengucapkan perkataan itu sama ada baru bertemu atau hendak berpisah.

Lisa mengangguk lagi sebelum menjawab salam.

Seketika Lisa keluar, telifon bimbitnya bergetar. Tanpa melihat siapa pemanggil dia menjawabnya.

"Asslamualaikum."

"Waalaikummussalam bie. Mama tanya. Bie dah ambil baju untuk majlis khatam malam ni?" tanya Umaira di hujung talian.

"Baju khatam?" Pen dipusing-pusingkan di jarinya seperti selalu.

"Hmm. Bie dah ambil?" Lembut suara itu bertanya

"Ya Allah. Belum lagi sayang." Dalam dia memusingkan pennya, pen itu tersasar dan jatuh terpeanting jatuh dari mejanya membuatkan berkerut dahinya. Tidak pernah tangannya terlepas memusingkan pennya.

"Bie dekat mana tu?"

Zyad bangun untuk mengambil pennya. "Office sayang. Sikit je lagi benda ni. Nanti bie balik, bie ambil baju tu ye."

"Dah pukul 5.45 ni. Takut tutup kedai tu. Biar baby pergi ambil jelah ye," pinta Umaira.

"Boleh juga. Ouch," getus Zyad ketika sikunya terhantuk pemegang kerusi sewaktu dia hendak bangun dari mengambil pennya.

"Bie. Are you ok?" Kedengaran risau suara lunak itu.

"Ok. Bie terlanggar kerusi je."

"Ok bie. Take care ok. Jangan balik lewat sangat."

"Hmm. Assalamualaikum sayang."

"Bie," panggil Umaira tidak manjawab salamnya.

"Jangan lambat balik ye. Baby takut tak sempat nak jumpa bie."

"Sempat baby. Jangan risau ye. Kejap lagi bie balik. Bie nak siapkan kerja ni. Bie letak ye."

"Bie wait."

"Apa lagi baby?"

"I think it's too early to say this. But, I want you to know, I love you. Kalau tak ada jodoh antara kita..."

"Kenapa baby cakap macam ni?"

Umaira di hujung talian diam.

"Baby?"

"Hmm."

"I love you too. Jangan nak buat saya fikir bukan-bukan ok. Saya letak ni. Assalamualaikum."

"Waalaikummussalam."

Zyad mengerutkan dahinya. Kenapa lain macam sahaja kelakuan Umaira sejak kebelakangan itu. Tidak pernah dia mengucapkan perkataan itu. Katanya hendak dihadiahkan ucapan itu selepas akad nikah nanti. Ucapan salamnya juga kedengaran lain sahaja. Seakan berat hati Zyad waktu itu.

Dia duduk menyambung kerjanya. Berkira-kira hendak pulang sebelum pukul 7 kerana majlis khatam berlansung pukul 9 malam nanti.

Satu-satu fail dibuka dan disemak seperti selalu. Selesai di atas meja, dia bangun mencari fail di rak belakang mejanya. Tarik sahaja fail yang dikehendakinya, bersepah kertas-kertas dari dalam fail terbang berterabur di lantai. Seakan ada benda yang tak kena dengannya sepanjang hari itu.

Kertasnya dikutip. Tidak sampai separuh, telifonnya menjerit pinta diangkat. Diletakkannya sahaja kertas di lantai dan berlalu mendapatkan telifonnya yang seakan menggamitnya untuk pantas menyambutnya.


'RUMAH'. Berkerut seketika dahinya sebelum melekat telifon berwarna putih itu di telinganya.

"Assalamualaikum Zyad. Balik sekarang. Umaira, Zyad. Umai..." Kedengaran tangisan mamanya di hujug talian belum sempat pengucapannya diteruskan.

"Ma. Kenapa ni? Kenapa Umaira?"

"Umaira accident depan kedai baju pengantin."

Bagai ditarik kasar degupan jantungnya waktu itu. Kakinya lemah untuk berdiri.

"So, sekarang. Umaira dekat mana ma?" Tubuhnya disandarkan di dinding. Menampung kakinya yang kian lemah menerima berita itu.

"Kecemasan. Tapi..." Sekali lagi suara tua itu terhenti.

Air matanya mengalir lambat bersama sorotan tubuhnya yang hampir terduduk.

"Umairah dah tak ada Zyad. Dia dah tak ada." Akhirnya berita itu sampai ke corong telinganya setelah lama mendengar mamanya menangis di hujung talian.

'Baby...' Hatinya meronta kuat. Tak mampu dia melawan takdir yang hebat itu.

____________________________________________


'Pandai Dije ambil. Nampak cantik.' Manja suara Syaeqa Umaira sambil membelek gambar yang diambil Dije terdendang di telinganya waktu itu. Satu-satu gambar dia bersama Umaira yang memakai baju pengantin itu dibeleknya.

'Bie. Rasanya, sama macam ni ke kalau hari nikah nanti?'

'Nope. Akan cantik lagi dari ni.'

'Kalau baby pakai baju putih waktu malam sebelum nikah nanti, bie rasa macam mana?'

'Baby pakai apa pun. Cantik sayang.'

'Kalau solekkannya berbeza, tak ceria macam ni?'

'You still the most beautiful one baby.'

'Hope so.'

Terngiang-ngiang perbualannya bersama Umaira ketika di meja makan waktu makan malam dua keluarga yang agak meriah selepas mereka singgah di kedai pengantin itu.

Malam yang sepatutnya meriah dengan majlis khatam digantikan dengan majlis kenduri pengkebumian Syaeqa Umaira yang cantik memakai baju yang menjadi pilihan hatinya. Baju putih yang dikatanya dia hendak sarung pada malam itu.

Dan hari yang sepatutnya menjadi hari bersejarah penyatuan dua hati, menjadi titik pemisah antara Iqmal Zyad dan Syaeqa Umaira.
__________________________________________


"Uncle Iyad. Uncle nak beli ke tu?" tanya saorang kanak-kanak perempuan sambil menarik-narik seluarnya manja sambil tangannya menuding pada apa yang dipegang Iqmal Zyad.
"Taklah. Mana mama Eqa?" tanya Zyad sambil meletakkan tudung kuning cair itu kembali ke tempatnya. Tubuh anak kecil berumur 5 tahun itu diangkat.

"Mama dekat sana . Beli tu," tunjuknya dan jari kecilnya menunjuk pada Adria Madiya, adik bongsu Zyad yang sedang berdiri di kaunter.

"Itu kan cantik. Uncle Iyad tak nak beli ke?" Kembali dirujuknya pada tudung yang tadi dipegang Zyad.

"Tak. Tak ada siapa nak pakai nanti kalau Uncle Iyad beli. Jom," ajak Zyad sambil menyentuh kepala anak buahnya itu.

Kakinya melangkah keluar dari kedai tudung itu. Kedai yang menjadi saksi pertemuan dia dan Syaeqa Umaira, 10 tahun lepas. Dan warna tudung yang sama membuatkan itulah kali pertama dan kali terakhir tangan Syaeqa Umaira disentuhnya.

'Sayang. Saya tak sempat nak belikan tudung yang awak nak tu untuk awak. Kalau bukan takdirnya untuk awak pergi dulu tinggalkan saya. Mesti sekarang awak masih ada berjalan dengan saya. Singgah kedai tudung kegemaran awak tu.' Bual hati Zyad sendiri. Panas terasa menyerbu kelopak matanya.

'Zyad. Umaira tak suka Zyad salahkan diri sendiri. Tak baik tau.' Suara manja Syaeqa Umaira terus-terus mengikut setiap rentak nadinya selepas pemergian gadis itu. Gadis yang banyak mengajarnya erti sebuah hubungan dan kehidupan.

'Love you baby. Forever.' Hatinya merintih lagi.

"Uncle Iyad. Kenapa Uncle Iyad nangis?" Suara Eqa Laili mengejutkannya.

"Taklah." Diukir senyuman nipisnya dan matanya mula mengikut langkah adik bongsunya yang kini beranak dua itu yang datang mendekatinya.


-THE END- copy dari email..weeeeeeeeeee

 
 
p/s..ohhh layan feeling sedih jap baca cerpen nie..huhuhuhuhu
 
 
teet::tenang jap kepala hotak da baca cerpen nie..coz sangat kebizian today.

2 comments:

  1. damha....jika itu takdirnya kita x dpt nk mengelak....kita hanya merancang yg menentukan hanya allah....terima seadanya dgn hati yg tenang n tabah....

    ReplyDelete
  2. damha...tu la..hik3..besh kan cerpen nie..wuuuuuuuuuuuuu

    ReplyDelete

~Doakan Jue capat kaya and banyak duit yea..muahahahaha~

~Tolong Jue click ye all..LOVE u more~