Monday, June 20, 2011

~Iran Berjaya Lancar Satelit Kedua~

Assalamualaikum..:-)
Salam untuk semua..:-)


GAMBAR yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan Iran merakamkan roket Saffir yang membawa satelit Rassad-1 berjaya dilancarkan ke angkasa kelmarin. Satelit ini boleh berputar 15 kali mengelilingi bumi setiap 24 jam. - AFP



TEHERAN 16 Jun - Iran berjaya melancarkan satelit kedua buatannya, Rassad 1 (Pemerhatian) ke orbit, lapor saluran televisyen berbahasa Arab, al-Alam, semalam.
Iran melancarkan satelit pertamanya yang digelar OMID (Harapan) pada Februari 2009 untuk tujuan kajian dan telekomunikasi.Rassad 1 telah dilancarkan ke orbit sejauh 260 kilometer dari bumi menggunakan roket Safir.
Pelancaran tersebut dilihat sebagai satu pencapaian terbesar sempena ulang tahun ke-30 Revolusi Islam 1979.
Iran menyifatkan kejayaan program angkasa lepasnya itu menjadi kebanggaan rakyat.
Satelit itu akan digunakan untuk memancarkan imej dan untuk perkhidmatan ramalan kaji cuaca.


 
 
 
p/s..bangga terasa, sebuah negara islam..:-)
 
 
 
teet::besh kan kalau dapat ke bulan..weeeeeeeeeeee

3 comments:

  1. pergh cayalah iran.. mantap betol

    ReplyDelete
  2. Firdaus...tu la pasal..power kan..bangga dohh..he3

    ReplyDelete
  3. damha....teknologi sains angkasa mmg telah lama diterokai oleh ilmuan islam sejak zaman dahulu kala lagi....cuma kurang dipraktikan aja....

    ReplyDelete

~Doakan Jue capat kaya and banyak duit yea..muahahahaha~

~Tolong Jue click ye all..LOVE u more~