Salam untuk semua..:-)
Mukjizatnya Azan
Pesanan semasa mendengar Azan
Kematian itu pasti menjelma.Hanya masa dan
waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati.
Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir
ajal tidak dapat berkata apa-apa.... lidahnya kelu,
keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan
'sakaratul maut'.
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah
kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah
akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya.
"Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar
mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa
azan berkumandang.
Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati
azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan
kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.
Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan
diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan,
Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak .
Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal
hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah
"Lailahaillallah. ." yang mana sesiapa yang dapat
mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan
dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.
Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan
dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu
semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya Allah!
Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang
baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap
kalimah "Lailahaillallah. ."
semasa sakaratul maut menghampiri kami.
Amin..amin.. amin Yarobbal a'lamin.."
p/s..sangat pasti sekarang nie bila dengar jeak azan, ramai yang tak menghormatinye kan??fikir-fikirkanla.
teet::today breakfast roti lagi, lunchies t baru menikmati sedapnya nasi..hik3
laungan azan yg berkumandang hendaklah kita menghormatinya....berhenti sekejab apa2 aktiviti yg kita lakukan tu....moga2 mendapat keredoaan drp ilahi...
ReplyDeletebetul tu damha...:-)
ReplyDelete