Friday, May 6, 2011

~Review JUVANA~

Assalamualaikum..:-)
Salam untuk semua..:-)

ola all???da kuar lunch yea???weeeeeee..eh all cite pea yang korang layan kat tv sekarang???if layan la kan??jue tanyer nie pun bagi yang layan tv la, yang tak layan tv tu sila duk diam-diam maen senyap-senyap hahahaha.


jue sekarang layan JUVANA, besh ok cite dia tapi serius takut tengok yelah yang duk dalam tu semuanya ganas-ganas sikit-sikit nak bertumbuk sikit-sikit nak pukul orang..aishhhhhhhhhhh. agaknyer cam tu ek realiti kat tempat-tempat budak nakal nie???betul ek gitu??yang otai okla kan yang baru masuk budak yang sememangnyer tak buat salah abisla kena buli kow kow gitu yea??takutnyer...huuuuuuuuuuu. so pada sesape yang agak-agak nak jadi nakal tu kan, wajibla tengok cite nie siarannyer setiap isnin jam 9.00 malam hanya di tv3 cehhh siap promote lak. ala cite nie ganti gemilang tu. jue tak layan masa cite gemilang tu, ntahla nape memang tak minat maybe sebab hero n heroin yang jue tak suka kot.hahahaha





Sedikit Review JUVANA




                                       credit pic blog juvana tv3




Kisah bermula apabila Daim bin Yahya (Zahiril Adzim), seorang remaja 17 tahun yang pendiam dituduh membunuh ibunya dan teman lelaki ibunya. Tidak upaya untuk membela diri dan membuktikan kenaifannya, Mahkamah menjatuhkan hukuman agar dia dihantar ke Sekolah Pemulihan Akhlak Wira Bakti (sebuah sekolah NGO) sehingga dia cukup umur untuk dibicarakan.

 
Bermulalah episod ngeri Daim yang menjadi mangsa buli oleh sekumpulan pelajar diketuai oleh Botak (Johan Ariff). Encik Raja (Bront Palarae), warden yang tiada belas kasihan hanya membiarkan kejadian tesebut terus berlaku. Pengawal sekolah, Tony (Hariry) yang menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah hanya memburukkan keadaan Daim. Cikgu Ariffin ( Beto Khusairy) dan Cikgu Azmee (Irfan Roslan) juga mengambil langkah atas pagar dan enggan masuk campur dalam kes pergaduhan pelajar.


Daim hanya mempunyai harapan semula apabila Cikgu Zakiah (Izreen Azminda), seorang tokoh guru bimbingan dan kaunseling menerima tawaran untuk mengajar di Sekolah Wirabakti. Cikgu Zakiah teruja dengan tawaran tersebut dan bercita-cita untuk membimbing pelajar-pelajar di sekolah juvana. Namun begitu, tugasnya tidak mudah dilaksanakan kerana pelajar-pelajar di sana samseng belaka dan tidak mahu belajar. Warden Raja tidak suka dengan kehadiran Cikgu Zakiah kerana dia memerlukan lebih ramai pengawal dan bukannya guru. Bagi Warden Raja, Sekolah Wirabakti hanyalah sebuah penjara untuk pesalah-pesalah juvana dan cuma kekerasan yang dapat mengawal budak-budak tersebut.


Di bawah bimbingan Cikgu Zakiah, Daim mula mendapatkan keyakinan diri apabila dia menyertai kelab pendebatan. Daim sudah berani melawan balik Botak dengan cara psikologi untuk meleraikan pergaduhan dan mula mendapat sokongan daripada pelajar-pelajar lain. Namun, apa yang Daim dan Cikgu Zakiah tidak tahu ialah isi hati Warden Raja yang dilihat seakan setuju dengan perubahan positif yang berlaku dalam sekolah tersebut. Daim dan Cikgu Zakiah sedang berdepan dengan ancaman nyawa daripada pihak yang tidak menyenangi tindakan mereka. Apakah yang akan berlaku seterusnya?


 
 
korang rasa cam ne ending nyer yea??so marilah ramai-ramai kita tengok yea...weeeeeeeeeeeeeeeeee
 
 
 
 
p/s...tak sabar tunggu episod ke-4 minggu depan...:-)
 
 
 
teet::::tadi kul 10.30 makan nasi lomak, tapi tekak rasa tak sedap jeak nak mam lagi la nie..hahahaha

2 comments:

  1. walaupun nasi lemak tu x sedap tapi jue mkn sampai licin ka...

    ReplyDelete
  2. hahahaha sedapla wak..sampaikan tak cukup k...wakakakaka..:-)

    ReplyDelete

~Doakan Jue capat kaya and banyak duit yea..muahahahaha~

~Tolong Jue click ye all..LOVE u more~