Salam untuk semua..:-)
Nak tukar nama lelaki ke pempuan
TIDAK KESAMPAIAN... hasrat Mohd Ashraf Hafiz untuk menukar jantina ditangguhkan keputusannya pada 18 Julai depan.
KUALA TERENGGANU: Hasrat seorang pemuda, Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz, 25, untuk menukar jantina dan nama kepada Aleesha Farhana Abd Aziz tertangguh lagi apabila Mahkamah Tinggi di sini, semalam, menetapkan 18 Julai depan untuk mendengar keputusan permohonan berkenaan.
Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa menetapkan tarikh itu bagi membolehkannya meneliti hujah dikemukakan peguam Horley Isaacs yang mewakili Mohd Ashraf Hafiz selaku pempetisyen, selain Peguam Kanan Persekutuan, Adhha Abu Bakar bagi pihak Jabatan Pendaftaran Negara selaku responden.
Mohd Ashraf Hafiz, lulusan diploma dalam bidang perubatan dari sebuah institusi pengajian tinggi yang mengenakan pakaian wanita lengkap dengan berbaju kurung berwarna kuning air, bertudung merah jambu dan berkasut tumit tinggi menarik perhatian awam yang menyedari kehadirannya di mahkamah, semalam.
Dia yang menjalani pembedahan menukar jantina di Thailand antara 2008 hingga 2009 kerana mendakwa lebih cenderung kepada perwatakan wanita memfailkan petisyen memohon mahkamah membenarkannya menukar nama Mohd Ashraf Hafiz kepada Aleesha Farhana pada November tahun lalu bagi memudahkannya menguruskan kehidupan seharian selain mahu memasuki universiti untuk melanjutkan pengajian dalam bidang sama.
Horley dalam hujahnya pada prosiding akhir di mahkamah semalam berkata, anak guamnya disahkan pakar perubatan Pusat Perubatan Pantai dan Hospital Putrajaya layak untuk menjalani pembedahan menukar jantina dan melakukan rawatan hormon serta psikologi sebelum membuat pembedahan di negara jiran. -hm
___________________________________________________________________
Astagfirullah Al Azim..mengucap panjang sekejap
apa nak jadila dunie nie sekarang, sesuka hati nak tuko
jantina, da tuko da pun, jue terfikir gak cam ne perasaan
family dia kan, apa kata ayah dan ibu dia kan?? mesti hancur
remuk hati yelah anak yang di sayang berubah jadi begini isk3
Berapa lama lagi agak-agak dunia akan bertahan
tanda-tanda kehancuran sangat nyata sekarang nie
Tabie kurniaan ALLAH S.W.T di ubah sesuka hati
Astagfirullah Al Azim, minta-minta dijauhkan perkara
seperti ini terjadi dalam keluarga dan orang-orang terdekat
dengan kita, INSYAALLAH..:-(
p/s..kenapa susah sangat nak bersyukur dengan apa yang kita miliki
dahhh elok2 jd laki , gatal nak jd pmpn . !
ReplyDeleteishh manusia zaman skank ! tak paham tol !
Azwa...tula dear..dunia dunia..apalah nak jadi...huk3
ReplyDeletemanusia memang tidak pernah cukup dengan apa yg die miliki.
ReplyDeleteRasulullah pernah bersabda jika manusia di beri satu gunung emas, mereka pasti mahu 2 gunung emas. maksud lebih kuwang mcm tu la
abe long...emmm tu la..apalah nasib kita kat sne nanti kan..kan dunie nie bermacam2 hal yg jadi...umat akhir zaman betul kita nie..huk3
ReplyDeleteSaje nak tunjuk kita nie dah dalam akhir zaman, supaya kita beringat jangan sesekali tinggalkan solat.
ReplyDelete