Thursday, May 19, 2011

~Perkara Wanita Tidak Tahu Mengenai Lelaki~

Assalamualaikum..:-)
Salam untuk semua..:-)


1. Lelaki lebih suka rasa dirinya tidak disayangi daripada berasa serba kekurangan dan tidak dihormati.
Para suami perlu tahu bahawa isteri mereka sebenarnya amat menghormati mereka tidak kira secara peribadi atau di khalayak ramai.


2. Lelaki akan bangga apabila mengetahui isteri mereka mempercayai dan mengagumi mereka.
Kajian yang dilakukan Shaunti Feldhahn mendapati lelaki lebih suka melihat hilangnya perasaan sayang di hati isteri mereka daripada tidak dihormati oleh isteri masing-masing.


3. Kemarahan yang diluahkan lelaki dikatakan satu tindak balas yang sering dilakukan golongan itu apabila mereka berasa diri tidak dihormati oleh si isteri.
Apabila suami marahkan isterinya, dia mungkin tidak akan berkata, ‘Awak langsung tidak menghormati saya’. Tetapi, besar kemungkinan dia berasa terluka dengan salah satu perbuatan isterinya yang dianggap tidak menghormati dirinya sebagai suami dan itu merupakan satu penghinaan.


4. Lelaki mempunyai perasaan tidak yakin pada dirinya sendiri.
Mereka selalu berasa takut kemungkinan dilukai dalam hidup – tidak hanya berkaitan kerja, tetapi juga di rumah iaitu dalam memainkan peranannya sebagai seorang suami. Mungkin, mereka tidak menyuarakannya, tetapi hakikatnya mereka memang mudah dilukai.
Penawarnya? Tentulah pengakuan. Bagi lelaki, pengakuan daripada si isteri adalah segala-galanya. Pengakuan yang tulen daripada si isteri (bukan pujian) membuatkan lelaki rasa lebih yakin dan terjamin dalam menjalani kehidupan harian mereka.

5. Lelaki sebenarnya rasa terbeban dengan statusnya sebagai pencari nafkah untuk keluarga.
Secara umumnya, tidak penting berapa gaji yang diperoleh si lelaki, ataupun isterinya memperoleh gaji yang lebih besar mahupun sedikit. Apa yang pasti, lelaki akan memikul bebanan untuk menyara keluarganya walaupun ia bukan pilihan hatinya.
Lelaki akan terikat dengan bebanan itu. Hakikatnya, perkara tersebut tidak akan lari meninggalkan fikiran lelaki dan keadaan itu akan memberi kesan pada perasaannya yang rasa seolah-olah terkurung.
Bagaimanapun, isteri memang tidak boleh membebaskan suami daripada bebanan itu, cuma mereka boleh membantu meringankan bebanan melalui kata-kata penghargaan, galakan dan sokongan.

6. Lelaki mahu lebih seks.
Ramai mungkin beranggapan lelaki mahukan lebih hubungan seks dengan isterinya disebabkan keadaan fizikal mereka (keperluannya) . Tetapi, apa yang mengejutkan, kajian yang dilakukan Shaunti Feldhahn menunjukkan bahawa alasan lelaki mahukan lebih seks kerana ingin rasa dihormati oleh isteri mereka. Lelaki cuma suka andai diri mereka diperlukan. Biasanya, memenuhi keinginan seks lebih menjurus kepada nafsu dan perasaan ingin disayangi oleh si lelaki.
Seks bukan hanya hubungan kelamin antara suami dan isteri tetapi lebih daripada itu. Apabila suami merasakan si isteri mengingini mereka secara seksual, ia amat memberi kesan pada keseluruhan kehidupan mereka. Ia membuatkan mereka lebih yakin dan bahagia. Namun, di sebaliknya wujud pula kesan negatif.
Apabila suami berasa dirinya ditolak, dia berpendapat isterinya bukan sahaja menolaknya daripada segi fizikal, tetapi menidakkan peranannya sebagi suami dan juga lelaki. Sebab itu, melakukan hubungan seks adalah satu keutamaan dalam perkahwinan dan ia juga sangat penting.

7. Lelaki bergelut dengan godaan mata.
Maknanya, majoriti besar kaum lelaki akan bertindak balas terhadap imej yang dilihat terutama berkaitan wanita. Dan, lelaki berkenaan bukan hanya mereka yang sememangnya bermata liar. Lelaki yang baik juga tidak terkecuali daripada memandang wanita yang memakai pakaian yang seksi dan menarik. Biarpun, pandangan itu hanya sekilas, imej tersebut akan tersimpan dalam fikiran lelaki dan ia akan kembali terbayang pada bila-bila masa.

8. Golongan Adam memang suka berasmara.
Namun, mereka sebenarnya ragu-ragu sama ada cara mereka itu romantik atau tidak. Hakikatnya, ramai lelaki sebenarnya tidak romantik, tetapi ia tidak bermakna mereka ingin berkeadaan begitu. Lelaki hendak juga menjadi romantik, tetapi mereka sangsi dengan keupayaan sendiri untuk melakukannya. Mereka sering dihantui perasaan ragu-ragu, berkemungkinan diri berhadapan dengan risiko yang memalukan dan kegagalan.
Bagaimanapun, isteri boleh membantu meningkatkan keyakinan suami untuk menjadi seorang yang romantik melalui galakan dan mentafsirkan semula hubungan asmara mereka.


9. Kaum lelaki amat mengambil berat tentang penampilan isterinya.
Kenyataan itu tidak bermakna semua suami ingin isteri mereka kelihatan seperti supermodel. Apa yang sebenarnya diingini lelaki hanyalah agar si isteri berusaha menjaga penampilan diri kerana ia amat bermakna buat mereka (suami). Malah, suami amat menghargai usaha si isteri yang cuba mengekalkan daya tarikan mereka.

10. Lelaki yang bergelar suami sememangnya mahu isterinya mengetahui bahawa dia amat sayangkan mereka.
Itu adalah maklum balas pertama yang diperoleh daripada lelaki yang ditemui penulis. Cuma, lelaki tidak yakin dengan keupayaan mereka untuk meluahkan perkara tersebut biarpun sebenarnya mereka amat mencintai isteri mereka. Lelaki memang ingin memberitahu atau memperlihatkan betapa sayang dan cintanya mereka kepada isteri masing-masing, tetapi mungkin anda perlu menunggu lama sedikit untuk melihat mereka melakukannya.

amik dari makcik email..:-)
-------------------------------------------------------------------
 
 
Beginie rupanye perasaan lelaki, kita ingat kita da faham
dengan orang lelaki nie sebenarnyer ek,
 rupa-rupanya keyakinan diri lelaki ni kurang gak ek
 bila berdepan dengan orang yang dia
chenta mati dan sayang.hahahaha
 
 
tapi bagi jue kadang-kadang lelaki nie senang nak faham
kekadang pecah otak gak la nak layan perangai-nyer
(pendapat atas pengalaman ek walaupun jue lum kawin hahaha)
belum kawin da cam ginie da kawin hantuk pale kat dinding la
muahahahaha.
 
 
so korang rasa lelaki nie complicated atau gurl yang complicated??
bagi jue la kan, kalau da sayang sesorang tu.
Luahkanla,ucap, say yang u all sayang,
jangan da hilang t baru nak nyesal bagai
masa tu tak guna dah. If kita da sayang kan,
tak timbul la ko perangai cam hape ke
 ak lak perangai tak boleh blah janji saling faham,
tolak ansur, kalau sebelum kawin da kena pukul
bagai aishhh better berambus jeak la awal-awal yea.
t da kawin tak saje-saje korang cek in kat hospital,
so sendirik mau hengat la yea.
 
 
 
 
p/s..kadang-kadang kita nak suh orang faham kita, tapi kita cuba tak nak faham orang..fikir-fikirkanla yea..:-)
 
 
teet:: jue ngah melantak buah nie..tembikai++nanas..yumyumyum
 
 


Tolong Jue clik k..:-)

8 comments:

  1. oo begini rupanya lelaki. huhu baru tau :P

    ReplyDelete
  2. amira..thanks dear..:-)


    Freaky..yeak incik firdaus..teruja kan??kih3

    ReplyDelete
  3. lelaki juga kekadang sukar nk meluahkan rasa isi hati disebabkan sesuatu yg membelengu pemikirannya ttg sikap wanita tersebut...tembikai n nenas sumber vitamin c yg baik utk kesihatan utk mencegah penyakit...he333

    ReplyDelete
  4. damha..yeke..tapi kadang2 kan..geram..keep jeak sesorg..huhuhu..cuba luah sesekali isi hati coz gurl nie suka dengar, kalau boleh nak dengar hari2 la..muahahahahaha..

    suka buah-buahan tempatan..weeeeeeeee

    ReplyDelete
  5. thanx 4 de sharing (^_^)v

    ReplyDelete
  6. nureena..welcome dear.:-)


    Kotak bulat..tu la susah yunk..huk3

    ReplyDelete

~Doakan Jue capat kaya and banyak duit yea..muahahahaha~

~Tolong Jue click ye all..LOVE u more~