Tuesday, May 31, 2011

~Dear Haffiz::Thousand Followers Bloglist~

Assalamualaikum..:-)
Salam untuk semua..:-)



Munink-munink chenta hati jue semua,
hope da bekfesla yea, jue busy kit ujung-ujung
bulan nie, tapi tadi ada owner blog ni
ajak jue join contest nie
Dear Haffiz::Thousand Followers Bloglist
so jue pun tanpa membuang masa join jeakla..hik3
so marilah reramai join k..weeeeeeeeeeeee





Kategori bloglist..Blog Wanita Pilihan




p/s...suka join contest simple-simple jeak..hehehehehe


teet:: sambung wat borderaux lak..aishhhhhh

Monday, May 30, 2011

~Kepenatan Menghabiskan Masa Di TC~

Assalamualaikum..:-)
Salam untuk semua..:-)


Kepenatan semalam pun tak hilang ag nie
semalam petang berkelah kat TC sambil makan-makan
sebelum pergi semalam jue ada masak meehun goreng
sikit, bolehla untuk isi pewut muncit masa tengah
melepak-lepak ambil angin pantai kan. emmm angin
sangat kencang semalam, sampai pedih rasa mata
tak selesa rasa.


Member-member ada yang mandi, tapi jue
tak madi pun coz tak berapa suka mandi laut
pendek kata memang tak suka la, kalau mandi sungai
atau air terjun suka, weeeeeeeee syokla
sebenarnyer semalam plan ke lain tapi last-last ke Tc
jugak akhirnyer, fuhhh sangat busan. Jue ada
snap beberapa keping pic..layannnnnnnnnn


Keindahan batu-batu

Tenang kan..tengok ombak yang setia pada pantainyer

view yang jue suka..:-)

                                     meehun buatan saya..muahahahaha



p/s...minggu depan plan ke air terjun Panching plak..hope jadila kan.


teet:: ohhhh bulan nie sangat bertimpa-timpa masalah, letih mau fikir..:-(


Tolong Jue click k..:-)

Sunday, May 29, 2011

~Aktiviti Dihari Minggu~

Assalamualaikum..:-)
Salam untuk semua..:-)


Sekejap jea da petang kan?? cemburu betul masa nie
dengan kita, rasa cam tak cukup masa pun ada kan??
korang confirm penuh schedule today kan??
wahhh mesti besh, salah satunyer confirmla attend
wedding kan??syok-syok. Kenyangla mam lauk kenduri.


Jue minggu nie tak ade jemputan walimah,
minggu depan ada dua jemputan walimah
InsyaAllah jue akan menghadirkan diri, hope diberi 
kesempatan dan ada yang sudi temankan..hehehehe
hope so..:-)


Emmm sangat kenyang nie baru pas makan
today jue ke pasar pagi kat bandar dengan si ain
kawan jue la, dia teringin nak mam patin tempoyak
so kul 10.30 kitorang ke pasar beli bahan semua
balik terus masak, patin tempoyak, goreng kacang panjang
dan masak kicap daging. huwahhhhhhh sangat banyak mam
sampaikan terlupa nak snap pic..aduyaiiiii


Petang nie lak aktiviti mandi laut kat TC maybe
tapi jue tak suka sangat mandi pantai,
plan sebenarnyer nak ke Panching, mandi air terjun
tapi tak jadi plak, so ke pantai jeakla kang, ikut jeakla
plan member-member, kejap lagi nak masak meehun lak
nak mam kat sana jap lagi. masak-masak dan masak
tu jeakla keje jue.kihkihkihkih



p/s...hope petang tak hujan la, kalau ujan cancel la plan lepak-lepak kat pantai.


teet:: nak masak meehun jap, nak mandi and nak lelapkan mata kejap sebelum ke pantai..:-)

Tolong Jue click k..:-)

Saturday, May 28, 2011

~Layan Cite Filiphine Yang Glamour Dulu::Pangako Sa Yo~

Assalamualaikum..:-)
Salam untuk semua..:-)



Kristen++Jericho

Munink shayang-shayang centa hatiku
taken ur breakfast all?? pepagi sabtu nie
confirm de yang amik kesempatan breakfast
kat luar kan, yelah kan cuti today, tapi jue keje
today, setiap sabtu selang-selang sabtu jue akan keje
da rule opis cam nie kan, so follow jeak la.


Dari petang semalam jue gian nak layan cite filiphine
yang glamour tu, Pangako Sa Yo @ Janjiku Padamu.
Oh dulu kejar-kejar balik study punyala
tak nak miss layan cite ni..muahahaha.
besh-besh, memang sangat beshla, plus hero+heroin
hensem and cun melecun kan..muahahahaha


Emmm da start cuti school kan, confirm banyak wedding
sana sini, korang pun confirm ramai yang attend wedding
kan, wahhh sangat beshhh, mam lauk rewang, jilat kuku kaki la
kahkahkah. Jue minggu nie tak de, tapi minggu depan ada
2 majlis, if diizinkan, jue akan menghadirkan dirila
huyehhhhhhhhh syokkkk-syokkkk..:-)




p/s..sambung layan Pangako Sa yo jap...weeeeeeeeeeee


teet:: Kul 2 time untuk servis my Ciputet..he3


Tolong Jue click k..:-)

Friday, May 27, 2011

~Sedikit Tazkirah Jumaat yang Mulia:::Jangan Mengeluh~

Assalamualaikum..:-)
Salam untuk semua..:-)



JANGAN MENGELUH



Kita selalu Bertanya...dan Al-Quran sudah menjawabnya..


KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?


QURAN MENJAWAB


"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yg dusta."


-Surah Al-Ankabut ayat 2-3



KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?


QURAN MENJAWAB


"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah S.W.T mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."


- Surah Al-Baqarah ayat 216



KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?


QURAN MENJAWAB


"Allah S.W.T tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."


- Surah Al-Baqarah ayat 286



KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?


QURAN MENJAWAB


"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman."


- Surah Al-Imran ayat 139



KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?


QURAN MENJAWAB


"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."



KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?


QURAN MENJAWAB


"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"


- Surah Al-Baqarah ayat 45



KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?


QURAN MENJAWAB


"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka.


- Surah At-Taubah ayat 111



KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?


QURAN MENJAWAB


"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."


- Surah At-Taubah ayat 129



KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!


QURAN MENJAWAB


"....Dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."


- Surah Yusuf ayat 12





p/s..Kalau korang nak mengeluh lagi..jom kita gi ngaji..:-)


teet:: Selalu la bersangka baik pada ALLAH S.W.T..InsyaAllah hidup kita pasti berkat..:-)

~Tabie Kurniaan ILahi Diubah Sesuka Hati~

Assalamualaikum..:-)
Salam untuk semua..:-)



Nak tukar nama lelaki ke pempuan



TIDAK KESAMPAIAN... hasrat Mohd Ashraf Hafiz untuk menukar jantina ditangguhkan keputusannya pada 18 Julai depan.


KUALA TERENGGANU: Hasrat seorang pemuda, Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz, 25, untuk menukar jantina dan nama kepada Aleesha Farhana Abd Aziz tertangguh lagi apabila Mahkamah Tinggi di sini, semalam, menetapkan 18 Julai depan untuk mendengar keputusan permohonan berkenaan.
Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa menetapkan tarikh itu bagi membolehkannya meneliti hujah dikemukakan peguam Horley Isaacs yang mewakili Mohd Ashraf Hafiz selaku pempetisyen, selain Peguam Kanan Persekutuan, Adhha Abu Bakar bagi pihak Jabatan Pendaftaran Negara selaku responden.

Mohd Ashraf Hafiz, lulusan diploma dalam bidang perubatan dari sebuah institusi pengajian tinggi yang mengenakan pakaian wanita lengkap dengan berbaju kurung berwarna kuning air, bertudung merah jambu dan berkasut tumit tinggi menarik perhatian awam yang menyedari kehadirannya di mahkamah, semalam.
Dia yang menjalani pembedahan menukar jantina di Thailand antara 2008 hingga 2009 kerana mendakwa lebih cenderung kepada perwatakan wanita memfailkan petisyen memohon mahkamah membenarkannya menukar nama Mohd Ashraf Hafiz kepada Aleesha Farhana pada November tahun lalu bagi memudahkannya menguruskan kehidupan seharian selain mahu memasuki universiti untuk melanjutkan pengajian dalam bidang sama.
Horley dalam hujahnya pada prosiding akhir di mahkamah semalam berkata, anak guamnya disahkan pakar perubatan Pusat Perubatan Pantai dan Hospital Putrajaya layak untuk menjalani pembedahan menukar jantina dan melakukan rawatan hormon serta psikologi sebelum membuat pembedahan di negara jiran. -hm




___________________________________________________________________

Astagfirullah Al Azim..mengucap panjang sekejap
apa nak jadila dunie nie sekarang, sesuka hati nak tuko
jantina, da tuko da pun, jue terfikir gak cam ne perasaan
family dia kan, apa kata ayah dan ibu dia kan?? mesti hancur
remuk hati yelah anak yang di sayang berubah jadi begini isk3


Berapa lama lagi agak-agak dunia akan bertahan
tanda-tanda kehancuran sangat nyata sekarang nie
Tabie kurniaan ALLAH S.W.T di ubah sesuka hati
Astagfirullah Al Azim, minta-minta dijauhkan perkara
seperti ini terjadi dalam keluarga dan orang-orang terdekat
dengan kita, INSYAALLAH..:-(



 
p/s..kenapa susah sangat nak bersyukur dengan apa yang kita miliki
 
 
 
teet:: nak kuwuskan pewut muncit nie..tulun-tulun..tetiba lak kan..muahahaha



Tolong Jue click k..:-)

Thursday, May 26, 2011

~Ketiadaan Air~

Assalamualaikum..:-)
Salam untuk semua.:-)


indahnyer dapat mandi kat sini..huuuuuuuu


Haru biru terburu-buru jap semalam
petang semalam after keje balik rumah
sekali air tak de, da taula air tak de kan
ingatkan petang tu da de la, sekali tak de lagi
mau tak haru biru jadinyer, air spare memang tak de la
langsung kat umah, yang dalam kolah habis jue buang
sebab habuk-habuk tingkap tu termasuk dalam
t kalau guna takut gatal-gatal lak kulit kan huhuhuhu.


Jue bersihkan dapur yelah angkara Cik Ti tu
kalau tak busukla sampai sekarang umah, so dah lap-lap
kan budget air adalah sekali hamik ko, air tak de ok..:-(
so abisla tangan bau cik budu. adoiii sangat kuat bau
terpaksala pakai air minum untuk cuci. Da nak maghrib tu tak
de lagi bayang-bayang air nak ada, apa lagi jue ajak
member umah g mandi kat opisla,
 ha berjimba-jimba la kitorang mandi kat sana.


Aduhh memang tekanan la if air tak de, semua benda
nak buat tak boleh, yelah dengan tak boleh mandinyer
mau tak rimas, bila da rimas mulala nak hangin satu badan
yelah panas++rimas++melekit semua abis naik kat kepala
menyengat-nyengat, so lepas nie kena spare tong besar,
spare emergency air, tak de la jadi cam nie lagi
sampaikan setitik air pun tak de, tinggal air minum jeak
mau tak gila jadinyer..huhuhuhu



p/s...nasib baik bangun-bangun pagi air da ada, kalau tak, tak kejelah jue today, ada yang cakap kabel air kena curi..air pun ada kabel ke??confius!!!


teet::: nak beli sejuta belas-belas ribu tong air letak kat rumah.



Tolong Jue click k..:-)

Wednesday, May 25, 2011

~Si Tikus Menyerang~

Assalamualaikum..:-)
Salam untuk semua..:-)




Cik Ti pinjam pic mkcik gugle


Munink-munink chayang-chayang jue semua
da bekfes?? jue belum lagi menantikan nasi minyak
yang dibeli oleh adjuster hehehe. Alamak lapo plok bila
sebut pasal makanan nie.muahahahaha
biasalah bab melantak jue la juara..keh3


Malam tadi kan jue ingat bunian mana la yang masak
kat rumah jue, rupa-rupanya Cik Ti yang mengamuk
kat dapur, jue turun nak g ke toilet kan, harum semerbak
bau cam orang masak nasi kerabu pun ada
rupa-rupanya botol budu---peberet nie---muahahaha
habis pecah dilanggarnyer geram betul, dahla air tak de
kat kuantan today, cik Ti lak buat hal, habis satu rumah bau cik budu
geram geram geram. Nampaknyer balik kunkla kena bersihkan,
da lap-lap dengan kertas da tak nak bagi bau terlalu kuat
t da ada air baru basuh dapur..huhuhuhuhu


Bahaya la cik Ti nie, tak tau nak bagi dia tak masuk rumah
cam ne lagi, dia masuk ikut tingkap bilik air tau..
pandai betul la cik Ti nie, padahal bukan ada makanan
pun kat dapur tu, tak de pea pun, suka sangat duk kat
kabinet dapur tu, agak-agaknyer syok kot lepak situ..huhuhu
da macam-macam cara jue buat tak nak bagi dia masuk rumah
tapi still masuk gak lagi, bengang-bengang.




p/s..u all ada cara tak nak bagi cik Ti nie tak masuk rumah..huhuhuhu


teet:: risau gak, cik Ti nie bawak banyak penyakit lebih-lebih air kencing dia tu..aishhhh


Tolong Jue click k..:-)

Tuesday, May 24, 2011

~Akibat Dari Badan Lesu~

Assalamualaikum..:-)
Salam untuk semua..:-)


Semalam memang jue tak keruan la,
dengan ngantuknyer, badan tak bermaya
lesu jeak, sakit-sakit badan, rasa nak tido jeak
satu hari semalam, disebabkan keje kan
terpaksalah lawan gak segala ke tidakselesaan diri
sendiri, dan akibat kelesuan melampau..effectnyer
after balik keje, sakit kepala yang amat
menyerang kepala hotak jue ni ha, kat sebelah belakang
kepala, orang cakap kalau area situ means tekanan kan??kan??


entahla tak ketahuan la tekanan ke hape
tapi dalam 3 4 hari nie jue banyak mikirla, agaknyer
sebab tu kepala aduhai rasa cam nak pecah jeak
sangat sakit ok, balik jeak terus baring tak sedar terlelap
tak pernah-pernah jue membuta tika senja, tak ketahuan sangatla
sakitnye tu sampaikan tak tau masa bila terlelap huhuhuhu
sedar-sedar jeak terus bangun mandi, after tu lega sikit kepala nie
kalau tak rasa nak hantuk-hantuk jeak kat dinding aishhhhh


Lapar tu tak de la sangat tapi entah
rasa cam nak menketedarah kan, biasala nak kasi
pewut muncit nie lagi muncit dan berketul-ketul lemak
muahahaha, mam meehun sup pas tu balik umah terus
baring-baring, tak on langsung lappy coz kepala lagi bertambah
berat rasanya, so baring-baring layan movie peberet.


movie apa??? of cozla P Ramlee,
 layan pun tak layan sangatla kan
duk melayan kepala yang tengah sakit tak hengat..huhuhu
windu nak bw, tapi tak terdaya sangat nak pandang lappy.
After cite P Ramlee habis terus membuta
coz da tak tahan sangat dah kepala terlalu sakit.
Allhamdulillah bangun pagi jeak terus elok
walaupun first-first nak bangun rasa berat jeak kepala nie..:-(



p/s..now lagi pusing kepala coz tak boleh reply coment kat entry..aduhai geram-geram!!!


teet:: how to settle problem yang menyesakkan kepala hotak ni ek???aishhhh!!!
Tolong Jue click k..:-)

Monday, May 23, 2011

~Kesabaranku Diuji lagi Ya ALLAH~

Assalamualaikum.:-)
Salam untuk semua.:-)



sangat inginkan ketenangan singgah dihati


Cuaca mendung jeak today, semacam faham
hati jue pun gundah gulana, terasa kadang tak sanggup
lagi menahan bebanan perasaan. Terkesan sungguh, serasa
sangat tak larat today, sangat penat, feeling hanya mau tido
melelapkan mata untuk mengusir segala resah dan lelah perasaan.
kerdilnya diriku Ya Allah..hati dan kesabaranku di uji lagi
tapi sebagai hambamu yang lemah, aku Redha dan Pasrah
moga segalanya akan berlalu pergi bersama angin..:-(



mode:: jiwa sangat kacau, hope semuanya berlalu pergi

~Undangan Walimah Sana Sini~

Assalamualaikum..:-)
Salam untuk semua..:-)



Munink-munik, so taken ur breakfast all??
Allhamdulillah untuk jue da settle, kekenyangan nie
baru pas belasah sebungkus nasi lomak berlaukkan
si incik ikan tongkol, heavy kan brekfast jue
biasalah lunchies da tak mam, balik keje kunk baru
melantak so brekfast mesti heavy la, t kunk tak boleh
wat koje lak, pewut nie kruk krak kruk krak..keh3


ehhh panjang plak jue melalut kan, sebenarnyer nak
share, banyak sungguh jue dapat undangan perkahwinan.
walimah sana sini yea, Allhamdulillah untuk yang sudah sampai
jodoh tu,  moga-moga terus kekal bahagia hingga ke taman
syurga, InsyaAllah, aminnnn...Untuk yang belum bertemu jodoh tu
ala macam jue ni ha samalah, tak do pun lagi nie ha, single lagi
sampai sekarang, entah bila la time tu,
INSYAALLAH if ada jodoh kan sampai gak saat dan tika tu nanti,
 buat masa nie jalani hidup seperti biasa yea..:-)


Minggu depan da starting cuti sekolah kan, ramaila
yang ambil kesempatan buat majlis kahwin nie,
yelah da tentula ramai dan senang orang nak datang jemputan
sebabnyer mak ayah tak payah nak pening pale anak sekolah ke pea
da cuti sekolah confirmla senang nak datang kan.
tak do la banyak excuse lagi..hehehehe


Jue dapat dua walimah nie, satu kat kuantan
satu kat ganu, nasib hari tak sama, klise hari, 4&5 bulan
depan so sabtu and ahad, 4hb kat kuantan, InsyaAllah la jue
menghadirkan diri if tak de halangan ke hape. hope adalah yang nak
temankan jue nanti kan.hehehehe..
5hb lak kat dungun, ganu emmm yang nie memang
betul tak tau boleh hadirkan diri ke tak, InsyaAllah
la kalau diizinkan and ada yang nak temankan jugak hikhikhik..:-)




p/s..lama tak g walimah nie, besh-besh mam lauk rewang..weeeeeeeeee


teet::jadi pengapit sana sini sudah, bila lak nak jadi raja sehari nie..muahahahaha.


Tolong Jue click k..:-)

Sunday, May 22, 2011

~20 Perkara Perempuan Tak Suka~

Assalamualaikum..:-)
Salam untuk semua..:-)


Noon my dear frenz, waktu cam nie confirm da de
yang isi pewut muncit masing-masing for lunchies kan??
bekfes confirmla sudah kan?? jue jea yang lewat bekfes today
and my breakfast pun agak heavy la today, jue masak
nasi goreng tadi so now sangat kenyang, Lunch??
entahla kul berapa, tengok pada pewut la kan, if lapar pandai-
pandaila cari makan muahahaha. xnak membebel panjang
just nak share sedikit info pasal kita, orang pempuan nie
so pada lelaki-lelaki semua silalah alert yea, muahahahaha layannnn..:-)



20 Perkara Perempuan Tak Suka


1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.


2. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau
nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya
pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula
sekiranya aktiviti-aktiviti mereka di soal siasat oleh kekasih
mereka… macammana tu?


3. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal
dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga.Agaknya lelaki
yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain
kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu.
Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana
seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta
sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!


4. PANAS BARAN
Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis
apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu
dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri
sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh
lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak
terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan
janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat
bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana
setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah.
Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!


5. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap
sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari
adakalanya habis sekotak rokok.. Kalau habiskan duit dengan makan benda
berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak
menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa
juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah.
Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga
dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki
mereka membazirkan duit dengan merokok.


6. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan
dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki
menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa
mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai
kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita.
Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.


7. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan
yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang
mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya
mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah
berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki
kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat
berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama
kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.


8. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih,
mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar
tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.


9. SUKA ‘CUCI MATA’
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa
perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun
sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak
salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga
cik abang!


10. PERASAN
Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini
berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem.
Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita.Tapi,
mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi
mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada
paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… ada wanita yang lebih
suka mengutuk dari memuji… hahaha sedarlah!


11. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. lelaki
selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri
tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan
kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih…
egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh
diguna pakai.


12. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan
perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang
berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika
berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian.
Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24
jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya
kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan
dimanjakan.


13.. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki
spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan
yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah
perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula
yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan
lelaki hilang pulak?!!


14. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan
kerjaya.Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila
diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja
dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh
lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa
bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa
menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita
ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa.


15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang
pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata.
Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama
berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan
badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa
segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum
lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.


16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka
lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka
tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita.
Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan.
Buat apa terkejar-kejar?


17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak
ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu
mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal.. Sekali-sekala bolahlah,
jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman
wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama
kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah
pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai
bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih,
mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah
anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat
demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat
anda pula.


18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun
perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu
walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia
terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat
sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura
tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda
yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda
seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih
setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.


19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata
sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak
mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan
terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai
pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa
akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari
nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda!
Jujurlah pada pasangan anda.


20. SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot!
Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem.
Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati
dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana
wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda
rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah
semacho yang disangkakan, tak guna juga!




p/s...memangla kita tak perfect kan, so sama-samalah tampal-tampal apa yang tak cukup, yang kureng, barula luving...:-)



teet:: apa nak buat petang nie ek?? tak kan nak duk umah jeak..aishhh rugi-rugi, so selamat berjimba-jimba dhujung minggu yea all..:-)


 
Tolong Jue click k..:-)

Saturday, May 21, 2011

~Berblog ++ Money++My HB~

Assalamualaikum..:-)
Salam untuk semua..:-)


Berblog tapi boleh gak dapat duit manalah tau de rezeki berblog kan??
kan?? if kita ikhlas buat pea-pea,
InsyaAllah hasilnyer bukan tujuan
yang utama jea---Money Money----cehhh cam lagu lak
tapi sambil beblog kita boleh gak bertukor-tuko idea,
tambah lagi kawan sharing about life kita,
and maybe some other part yang bertemu jodoh kat sini
weeeeeeeeeeee sonok-sonok.
Apapun yang kita lakukan dalam hidup kita sehari-hari nie,
biarlah ikhlas n niat tu tak terpesong jauh. InsyaAllah.


Jauh lak jue melalut-lalut nie, just nak share,
korang join la My HB nie mana tau dapat income kencang ke
boleh la belanja jue cekelat++ice cream yumyumyum.
Jue pun join gak nie, just masuk webnyer n register k..:-)
sebelum tu mintak tolong jasa korang kalau masuk blog jue
tolong-tolongla click k, tapi tak paksa.
manalah tau masukkkk kan
t boleh la jue banje cekelat++ice cream kat korang..muahahaha


Nak join??berminat?? ohh bagus-bagus..so tunggu apa lagi.click sini k..:-)


Tolong Jue click k..:-)


Da click tu korang click kat kotak present tu and then register k..:-)
senang jea just follow instruction.
selamat mengumpul duit banyak-banyak k
Jangan lupa tolong jue click yea..:-)



p/s...sekali join nie boleh beli ferrari..ko hade??hade??muahahahaha


teet:: nak masak pea yea today..aishhhh kekeringan idea sudah..huuuuuuuuu

Friday, May 20, 2011

~Lega Sudah Incik Hati~

Assalamualaikum..:-)
Salam untuk semua..:-)


Alhamdulillah kenyang, baru balik dari mam bersama cdia
Ngedate kejap nak isi pewut muncit and nak hilangkan
rasa curiga nie kan. hahahahaha. Kenyang mam nasi lomak 
memalam buta, sangat bagus jue untuk menambah lagi lemak-lemak
berkumpul dibahagian pewut, memang cunla balun nasi lomak
memalam buta nie, sangat tepat pilihan makanan tu kahkahkah
lantakla nak muncit ke hape asalkan kenyang kan??kan??


Sambil makan mata memandang jeak, kepala duk mikir
nak tanyer ke tak, nak ke tak, tadi kat rumah cam tak nyempat nak
tanya kalau boleh nak jerit-jerit tanye,
berkobar-kobarla katakan 
ha da berdepan terkebil-kebil lak,
sampaikan cdia pun terkebil-kebil sekali, 
bukan pea cdia pelik la, 
gf dia cam orang tak siuman kan.muahahaha


 Akhirnyer dengan suara yang kunun-kunun nyer slow habisla
ayu katakan cehhhh padahal ketar ketar pale lutut nak tanyer
takut derrr t kena sembur kahkahkah, 
dengan penuh sopan jue tanyer, 
awk de keep something ke dari saya??
ke ada benda nak cakap tapi tak sampai hati??
aikkk giliran cdia lak terkebil-kebil mata, 
tak jangka la tu jue nak tanya soalan
tu, nak tau cdia jawap pea, tak de jawapan derrr, 
geleng-geleng pale maklumla bisu,
tengah melantak mee kari kan, yela lazat daripada soalan jue yang
entah hape hape tu kan, jue ask lagi n then cdia cakap,
tak de peala nak keep pebendanyer, jangan fikir bukan-bukanla, 
ha amik ko kan da kena sembur tu, baru padan muka ak, 
ahhh lantakla asalkan hati puas dan lega kan??kan??




p/s..jue agree la curiga nie perlu, kadang-kadang nak jugak rasa feeling curiga tu kan pea salahnyer muahahahaha


teet:: sanggup tak join cdia layan Maharaja lawak nie coz jap ag my feberet muvie kat tv3, Narnia, Prince Caspian..weeeeeeeeeeeeee



       
Tolong Jue click k..:-)

~Jue Nak Join Random Giveaway From Fad Ali~

Assalamualaikum..:-)
Salam untuk semua..:-)





Duk blogwalking kan tetiba nampak contest Fad Ali nie
cam besh jeak..besh bukan pea sebab hadiah-hadiah tu
lumayan gak tu, mesteri ag tu present dia..jeng jeng jeng
agak-agak pea yea korang?? tang cekelat tu tak tahan tu
goda iman nie..hahahaha..Join nie nak menang tau Incik Fad..keh3

apa lagi korang joinla contest simple nie tapi hadiahnyer lumayan..hehehe..:-)



p/s...terbayang ngah mam cekelat incik Fad bagi muahahahahaha

~Curiga Tu Perlu Ke???~

Assalamualaikum..:-)
Salam untuk semua..:-)


Today mood tak berapa nak hade, biasala
layan jiwa jap, hahahaha nak bercakap pun malas
masuk opis nie baru bape patah cakap
hahaha malam semalam emo pasal ciputet tak habis
lagi nie ha, nie tambah lak si emo lain yang datang
minggu emo ke minggu nie ek?? ke jue yang terlebih emo
atau saje gatal-gatal nak emo?? ahhhh serabut serabut
lama-lama cam sabut dah---aishhh pea ak melalut ni??


Dalam hubungan kan??kan?? patut ke kita ada
perasaan curiga?? ke tu tindak balas refleksi kita tak mo
hak kita di ambil orang lain atau pekebenda la??
perlu ke ek?? coz sekarang nie diri jue dalam
kecurigaan tahap tinggi setingginyer muahahahahaha.
ayat ak tak boleh blah?? kalau kita curiga la kan??kan?
kena tanya ke untuk puaskan hati kita
atau bior jeak kita makan hati berulam jantung pisang jeak.
cam ne nak buat tu??


Selalulah kan kalau jue curiga ke hape ke
perasaan yang jue rasa selalu jue keep jeak sesorang,
pea orang cakap malas nak layan sangat emo-emo nie,
mengarut jeak sebenarnyer
tapi hari nie jue terasa cam nak layan kan,
biasala manusia, perlukan perubahan,
agpun sampai bila jue nak keep jeak kan
pea yang jue rasa, betul tak??
better jue legakan hati sendiri lagi syok
daripada sibuk nak jaga hati orang jea sampai mampus.
so korang rasa cam ne?? curiga tu perlu ke tak??
and perlukah kita luahkan atau keep jeak??
ahhhh pening-pening
ni malas nak layan emo nie..:-(



p/s...jue susah nak emo tapi bila da emo terus jadi silent person hahahaha


teet:: da Jumaat, moga Jumaat nie penuh Barakah untuk kita, INSYAALLAH.:-)



Tolong Jue click k..:-)

~Tolong Jue click ye all..LOVE u more~