Friday, July 22, 2011

~Jumaat Yang Indah::Kenali Rasullullah SAW secara lahiriah~

Assalamualaikum..:-)
Salam untuk semua..:-)


Indahnya..:-)



Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah :



* Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah.


* Aku melihat cahaya dari lidahnya..


* Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.


* Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.


* Rasulullah umpama matahari yang bersinar.


* Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.


* Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.


* Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.


* Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.


* Wajahnya seperti bulan purnama.


* Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah ditengahnya.


* Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.


* Mata baginda hitam,dengan bulu mata yang panjang.


Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.


* Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.


* Mulut baginda sederhana luas dan cantik.


* Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.


* Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.


* Janggutnya penuh dan tebal menawan.


Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.


* Warna lehernya putih seperti perak sangat indah.


* Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.


Rambutnya sedikit ikal.


* Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.


Rambutnya terbelah di tengah.


* Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.


Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.


* Seimbang antara kedua bahunya.


* Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.


* Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.


* Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. Kakinya berisi tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.


* Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.


* Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.


Warna putihnya lebih banyak.


Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.


* Warna kulitnya putih tapi sihat.


* Kulitnya putih lagi bercahaya.


* Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.


* Badannya tidak gemuk.


Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.


Perutnya tidak buncit.


* Badannya cenderung kepada tinggi,semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.




p/s..Nabi Muhammad s.a.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman..Semulia-mulia insan di dunia..untuk mengingatkan kita.


 
teet::berselawatla selalu pada Baginda Rasullullah SAW..pasti banyak hikmahnya..:-)

4 comments:

  1. selawat n slm utk junjungan baginda Rasullullah SAW...semoga kita semua diberkati n mendapat syafaat nabi SAW diahirat kelak....amin

    ReplyDelete
  2. =)
    subhanallah, tiada kata menggambrkan rasulullah itu..

    ReplyDelete
  3. Damha..yea..sangat kita perlu syafaat Baginda nanti...so selalula mengingati Rasulullah SAW..:-)


    Aimie...tu la dear..hanya mampu kata..SUBHANALLAH

    ReplyDelete
  4. tiada tuhan yg disembah melainkan allah dan nabi muhammad itu pesuruh allah.
    klu sudi layari blog saya BilaPahatBerbunyi-abghani

    ReplyDelete

~Doakan Jue capat kaya and banyak duit yea..muahahahaha~

~Tolong Jue click ye all..LOVE u more~