Saturday, July 23, 2011

~Manusia punya berbagai masalah yang berbeza~

Assalamualaikum..:-)
Salam untuk semua..:-)


indahnya, terasa tenang jiwa..:-)



Malam tadi meet kawan lama, bila dia bukak
cerita pasal masalahnya, datang terfikir sejenak
kat kepala jue nie, rupa-rupanya kita nie punya
masalah masing-masing kan, cuma how kita terima
dan cuba untuk selesaikan masalah tu, bila jue dengar
ceritanya, terasa...ohhhh karma sungguh hidup ni kan
dan terasa bukan jue sorang yang ALLAH SWT tengah
uji sekarang, wujudnya kita di bumi ALLAH SWT nie
kita punya masalah masing-masing kan, tiada yang bernama
manusia akan sunyi tanpa masalah, andai tidak punya masalah
tiada la lagi seri hidup nie kan??? so hargaila hidup nie dan
cubalah tangani semua masalah dengan bijak, kerana percayala
sesulit atau sepayah mana masalah itu, pasti ianya punya..


"JALAN KELUAR"




p/s..pesan untuk diri sendiri jugak, yang tak pernah sunyi dari bermacam-macam masalah, yang mampu buat hanyalah senyum dan terima segala-galanya dengan tabah dan redha..



teet::kenyang baru pas brekfast nasi minyak, ohhh sangat sedap++pedas, yumyumyum

Friday, July 22, 2011

~Jumaat Yang Indah::Kenali Rasullullah SAW secara lahiriah~

Assalamualaikum..:-)
Salam untuk semua..:-)


Indahnya..:-)



Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah :



* Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah.


* Aku melihat cahaya dari lidahnya..


* Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.


* Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.


* Rasulullah umpama matahari yang bersinar.


* Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.


* Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.


* Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.


* Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.


* Wajahnya seperti bulan purnama.


* Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah ditengahnya.


* Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.


* Mata baginda hitam,dengan bulu mata yang panjang.


* Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.


* Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.


* Mulut baginda sederhana luas dan cantik.


* Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.


* Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.


* Janggutnya penuh dan tebal menawan.


* Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.


* Warna lehernya putih seperti perak sangat indah.


* Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.


* Rambutnya sedikit ikal.


* Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.


* Rambutnya terbelah di tengah.


* Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.


* Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.


* Seimbang antara kedua bahunya.


* Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.


* Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.


* Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. Kakinya berisi tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.


* Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.


* Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.


* Warna putihnya lebih banyak.


* Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.


* Warna kulitnya putih tapi sihat.


* Kulitnya putih lagi bercahaya.


* Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.


* Badannya tidak gemuk.


* Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.


* Perutnya tidak buncit.


* Badannya cenderung kepada tinggi,semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.




p/s..Nabi Muhammad s.a.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman..Semulia-mulia insan di dunia..untuk mengingatkan kita.


 
teet::berselawatla selalu pada Baginda Rasullullah SAW..pasti banyak hikmahnya..:-)

~Qistina First Give Away::Sekali kena Tag lak~

Assalamualaikum..:-)
Salam untuk semua..:-)





Pepagi on blog baca komen tetiba
dapat lak komen kena tag giveaway ni
dari Alia..so join jeakla..orang da ajak join
kan, ade rezeki adalah, if tak de pun tak pe
sesuka jeak join, tak salah kan???weeeeeee
so sape-sape nak join sila lah join k..tapi jue
kena tagged la plak 5 orang..sape yea
mehhhh kita tengokkkkkk...layannnnnnnn


Yang terkena tagged









p/s..pepagi amik mood join giveaway dulu..keh3



teet::alamak..tetiba terlapo lak rasanyer..weeeeeeeee

Thursday, July 21, 2011

~Kepala mula denyut-denyut::Terasa mau masak ayam msk pedas cili api~

Assalamualaikum..:-)
Salam untuk semua..:-)



Kepala dari tadi lagi da denyut-denyut
adakah ini siptom-siptom mahu demam??
ohhhhh tidak sangat ngeri memikirkan kalau
terkena demam selsema..ohhh tak selesa la nanti
hidung confirm sok sek sok sek..aishhhhh
nak tido malam pun confirmla tak selena malam
malam sebelum nie..hope tak la kena selsema
tadi da telan panadol tapi cam tak de effect jeak nie
emmm badan rasa lemah dan lesu jeak, perasaan tu
cam malas jeak, fikir nak baring jeak..aduhaiiiiiiiiiiii


Tapi dari semalam lagi cam terasa nak masak
ayam masak cili api jeak, ohhh diri, laratkah nanti
macam malas jeak nak ke dapur bila fikirkan kepala ni
da makin kuat lak berdenyut-denyut, tapi hati nie
kuat sangat lak meronta-ronta mau masak...apa kes ni???
emmm jawabnya tengok pada keadaan kaki samade terus
pulang ke rumah atau menghalakan ciputetku ke kedai..
hope kakiku akan menentukan ke mana hala tuju ciputetku nanti.





p/s..ohhhh jangan la daku terkena demam, sangat tidak suka..tapi kalau kena REDHA jeakla..:-(



teet::sorryla..entry pendek tak do pic yea..keh3

~Angin Tayar tu Sangat Penting~

Assalamualaikum.:-)
Salam untuk semua.:-)




Selama nie tersangat jue pandang sebelah
mata pasal pentingnyer angin kat tayar, huwahhh
tak ku sangka rupanya sangat banyak effect if
tayar tak berangin..salah satunya stereng jadi sangat
berat k..aishhhh cam nak patah jeak rasa tangan nie
sebenarnyer tau, tapi da sikap jenis amik mudah semuanya
kan, macam nie la jadinya, ingatkan tayar depan jea tak de
angin, rupanya semua tayar angin kureng..aduhaiiii


Semalam after keje terus g pam minyak, nak jadi
bagusla kan tak nak harapkan cdia jeak yang
amik tau pasal ciputet jue tu, jue memang lepas tangan
bulat-bulat la, so pertama kalinya semalam kesorangan
dengan penuh keyakinan, budget muka penuh yakinla
kunun-kunun mampu buat sendiri kan, sebelum nie kalau
pergi pun confirm dengan member, tu pun jue tengok jeak
member buat, biasala perangai buruk malas nak amik tau..


Ha ko semalam kesorangan terkulat-kulat la, baru sibuk
nak call member semua tanya, tapi time tu ada sorang
hamba Allah yang tengah isi angin gak..agak-agaknya
dia kesian tengok jue terkulat-kulat nak masukkan angin tu
dengan penuh kegentlemannya..abang tu tolong isikan
sekali dengan bebel-bebel sekali disebabkan tayarku
memang terlampau ketiadaan angin..muahahaha so jue tadah
jeak telinga sambil senyum-senyum kambing..thanksla yea encik..kih3





p/s..ohhhh lain kali tobat kena alert angin kat tayar nie..budget stereng berat kit..terus g pam..he3


teet:::belum brekfast ag nie, tapi daku da beli meehun tadi, kejap lagi menjamu selera..:-)

~Tolong Jue click ye all..LOVE u more~