Monday, August 6, 2018

Monday, 06/08/2018

Assalamulaikum semua

Finally after 3 years, kembali semula utk mencoretkan cerita.. cerita sama seorang wanita berkerjaya
yang hidupnya selalu sibuk dengan kerja.. eh terasa macam formal la pulak. Dah bukan lagi berhabuk ni tapi teruk bersawang dah ni.. 3 tahun sekejap jeak masa berlalu.. ak masih sama..tiada yang berubah..masih lagi berstatus single mingle.. belum lagi ketemu jodoh yg diciptakan ALLAH SWT untukku.. masih menunggu.. kalau ketentuannye berjodoh..inssyaAllah ada.

Banyak yang berlaku dalam 3 tahun ni..macam-macam terjadi.. banyak berkembang dari segi kerjaya la..banyak benda yg dapat dicapai..Allhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT.. kurang yang lain lebih untuk yang ini..sesungguhnyer Allah itu maha kaya dan bijaksana.

In the past 3 years, rasanyer tak banyak yang berubah dr segi personal life but kerjaya banyak yang berubah.. Allhamdulillah still working at the same place but with more people..so faham-fahamla dah ade bnyk yg nak kena monitor. Hope kerjaya berkembang dengan baik lagi di masa hadapan.

Dalam perancangan mungkin bekerja lagi setahun disini..terasa mahu kembali semula ke desa tercinta selepas habis segala hutang yang ada. InssyaAllah moga dipermudahkan Allah SWT.
Rasa sangat penat terlalu lama berkerja dalam bidang logistics ni.. sangat stress..everyday have to push and kena push. Hope dalam tahun 2020 dah boleh rest dengan tenang kat kampung. Tak sabar rasanya..hanya merancang tp Allah yg menentukan..maybe perancangan ALLAH lebih baik.
Tak salah kita merancang..sebab seseorang yang mempunyai hala tuju masa hadapan lebih baik dari yang tiada perancangan kerana jalannyer lebih jelas dan terang.

Doakan laluan hidup dan perancangan saya dimudahkan Allah SWT dan dilorong jalan oleh-NYA.
InssyaALLAH. moga bertemu lagi di lain tinta.. Assalamualaikum.


1 comment:

  1. Samalah single lagi. Harap APA Jue harap tercapai. Insya Allah

    ReplyDelete

~Doakan Jue capat kaya and banyak duit yea..muahahahaha~

~Tolong Jue click ye all..LOVE u more~