Tuesday, October 27, 2015

Jalan Hidup

Assalamualaikum..actually tak de idea nak update blog ni...tapi mengenangkan tersangatla rugi if tak de langsung mencoretkan apa-apa..so gagahkan jugak diri ini untuk berceloteh kat sini..Allhamdulillah masih lagi diberi kesihatan yang baik, kehidupan yang bahagia, kerjaya yang boleh dikatakan selesa..sangat-sangat berterima kasih pada Allah Yang Maha ESA.

October hampir ke penghujung, November bakal menjelma..bermakna ak semakin tua..Allahu tanpa sedar umurku akan mencecah 32 tahun..terasa sekejap masa berlalu..terasa tersangat sangat cepat masa berlalu..kita semakin hampir ke penghujung dunia..selalula bertaubat kerana mati itu bila-bila dan tak disangka-sangka.

Terasa seakan lambat masa berlalu, ak menunggu Disember datang, untuk pulang ke desa tercinta.
kerinduan selalu bermain dijiwa, rindu pada emakku, pada kampungku, pada ketenangan di desaku..selagalanyer indah bila bersama keluarga. Sekarang permulaan baru bagi kami, setelah kedai kecik milik kami selesai di renovatekan..lagi hati ini meronta-ronta untuk pulang ke desa. Bisnes kami kembali bermula, bisnes kecik-kecik, mencari rezeki yang halal dan juga redha Allah SWT.
Doakan moga rezeki kami murah dan diberkati-NYA..Ins Sha Allah

Bisnes kecik-kecik moga menjadi permulaan dan terus berkembang..ak cuma punyai masa 3 ke 5 tahun untuk terus bekerjaya, andai dalam tempoh masa tu masih jugak belum ketemu jodohnyer.. telah ak plan utk kembali ke desa, menolong ibuku dalam bisnes kami..Ins Sha Allah moga Allah SWT permudahkan urusan dan jalan hidupku..amin3.. ku ingat kata pepatah..planning itu penting utk hala tuju masa hadapan..tapi kita hanya merancang..ketentuan akhirnyer jugak ditangan ALLAH SWT, berdoa dan terus berdoa..itu adalah cara terbaik untuk segalanya.


                                                   belanja sekeping gambar on last year (December)




2 comments:

~Doakan Jue capat kaya and banyak duit yea..muahahahaha~

~Tolong Jue click ye all..LOVE u more~