Salam 24Rabiul Awal..:-)
Perbuatan dan tingkah laku seseorang membolehkan individu-individu lain mempunyai persepsi imej mengenai diri anda.Apabila kita menunjukkan perilaku positif, individu-individu lain mempunyai persepsi imej positif berkaitan dengan diri kita. Ini menyebabkan individu-individu lain bercakap dan melayani kita dengan cara-cara positif, begitu juga sebaliknya.
Walaupun individu-individu lain menilai perbuatan kita tetapi kita sendiri juga mentafsir dan menilai tingkahlaku kita sendiri. Lalu bagaimanakah seseorang itu mentafsir tingkah lakunya sendiri? Penilaian yang dilakukan kepada dirinya sendiri dapat membentuk konsep diri yang baik bagi seseorang individu.
Contohnya, seseorang itu percaya sifat murah hati adalah sifat yang baik. Setiap kali dia bersedekah, dia menilai perbuatannya itu dan merasa gembira dengan tingkah lakunya. Dia melihat dirinya sebagai seorang yang pemurah lalu mempunyai konsep diri yang positif. Pangkal asasnya bertitik tolak dari diri kita sendiri juga mahu menilai diri demi perubahan yang lebih baik.
p/s::sangat letih hari nie ke sana ke mari..baru amik my dearnyer car kat Toyota..today servis kali ke-3..fuhhh berpeluh..dengan jammed nyer lagi..panas plak..jumaat kan..quite busyla kuantan nie.
teet::malam nie kena bawak my cousin nyer hubby and kawan-kawanyer p makan..coz dia tak biasa kat kuantan nie..tu pun pepagi da call tanye mana tempat besh mau bekfes..lol...:-)
No comments:
Post a Comment
~Doakan Jue capat kaya and banyak duit yea..muahahahaha~