Friday, February 24, 2012

~Jumaat Indah~

Assalamualaikum..:-)
Salam 2Rabiul Akhir..:-)





Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah hati
akan menjadi tenteram, dosa akan diabaikan,
Allah akan menjadi redha, dan tekanan hidup akan
terasa ringan.

Buku adalah kawan yang paling baik. Bercakap
cakaplah dengan buku, bersahabatlah dengan ilmu,
dan bertemanlah dengan pengetahuan.

Ketahuilah bahawa kesusahan itu akan membuka
pendengaran dan penglihatan, menghidupkan hati,
mendewasakan jiwa, mengingatkan hamba dan
menambah pahala.

Balaslah perbuatan yang baik dengan yang lebih baik.
Berbuat baiklah kepada sesama, padamkan semua
api permusuhan, berdamailah dengan musuh,
dan perbanyaklah kawan.

Ketahuilah bahawa kesabaran itu akan mengubur aib-aib,
ketabahan itu akan menjadi penutup bagi
kekeliruan, dan kedermawanan itu adalah pakaian
yang besar yang akan menutup semua kekurangan dan cacat.




p/s::renung-renungkan yea..moga kita sentiasa perbaiki diri..InsyaAllah..:-)
 
 
 
teet::jumaat selalu indah kan..banyakkan berdoa..ada satu saat pada hari nie..doa dimakbulkan..:-)
sumber::yahoo mail

3 comments:

  1. InsyaAllah..semoga kita semua mendapat syafaat di hari jumaat yang mulia ini...amin

    ReplyDelete
  2. satu renungan n tazkirah utk kita semua....jadikanlah diri kita bermanfaat utk diri sendiri dan juga utk org lain....

    ReplyDelete
  3. Suraya..aminnnnn yunk..InsyaAllah..:-)


    Damha...yup..betul 2..saling mengigati kan...:-)

    ReplyDelete

~Doakan Jue capat kaya and banyak duit yea..muahahahaha~

~Tolong Jue click ye all..LOVE u more~