Salam 10Rabiul Awal..:-)
Adakala pergaduhan berlaku bukan kerana masalah yang besar,
tetapi kerana sikap ego dan sukar bertolak ansur merajai diri. Pergaduhan
adalah permulaan kepada keretakan hubungan silaturrahim. Terputusnya
silaturrahim maka terputuslah rahmat dari Allah.
Hati kita akan merasa tidak senang apabila kita membawa sampah kotor
dan busuk ke mana sahaja kita pergi. Beginilah rasanya apabila kita
menyimpan perasaan benci dan marah pada orang lain. Buanglah perasaan
itu kerana ia hanya akan membebankan kita. Perkara yang kotor, busuk
dan buruk tidak harus disimpan dan dibawa ke mana-mana pun bersama kita.
Beribadah dengan kuat akhirnya menjadi rugi apabila amalan itu ditayang-
tayangkan pada umum . Usahlah bercerita tentang ibadah yang dilakukan
demi meraih pujian dan perhatian teman. Kerana yang memberi ganjaran
ke atas setiap amalan yg dilakukan hanyalah Allah.
Biarlah Allah saja yang tahu segalanya.
Tiada kesudahan kesalahan dan dendam yang diungkit-ungkit.
Hanya akan menambahkan benci, menyakitkan hati dan mengganggu jiwa raga.
Orang yang suka mengungkit-ngungkit mudah dikuasai syaitan.
p/s::sama-samalah menjaga dan memelihara silaturrahim antara kita..moga selalu subur mewangi..:-)
teet::aduhaiiii sakit kepala nie..cam2 poblem..adoyaiiiiiiiiiiiiiiii tabahla hati
damha...
ReplyDeletekita sbg seorang islam wajib memelihara hubungan silaturrahim sesama kita....usahlah berkelahi n mengungkit2 perkara yg telah pun berlalu...tiada apa pun yg kita dapat...melainkan segala amalan yg kita buat selama ini hanya akan jadi sia2 saja....perpaduan dlm islam mmg digalakan n harus dipupuk sampai bila2...
Damha..betul tu u..mmg pun..setuju sgt2..:-D
ReplyDelete