Tuesday, November 29, 2011

~Hari Ini saya sakit pewuttt++sakit kepala~

Assalamualaikum..:-)
Salam 3Muharram..:-)


Hari ni dalam sejarah..(ayat poyo jap)..sy diserang
sakit pewuttt datang bersama sakit kepala..apakah??
mengapakah??kenapakah??semua ini terjadi pada sy
di saat-saat sy sangat kebizian tahap melampau.
di saat sy mau menikmati indahnye waktu bizi..kenapa??
apakah sebabnyer pewut sy tetiba sakit..sedangkan
malam semalam sy tdak pun mengisi pewut sy dengan
apa jenis makanan sekali pun..last sy menjamu pewut sy nie
sewaktu sy mau tunggu ciputet sy dimakeupkan..tu pun
sy hanya menikmati semangkuk ABC..sebelum itu sy menikmati
meehun yang dibeli waktu pagi..tapi sy menikmatinya pd waktu
petang..adakah??apakah??meehun itu yang membuatkan
pewuttt sy tak keruan di hari ini??betul kah??huk3




mood::nyampah..pewut masih sakit++pale lak denyut-denyut bagai..huk3..:-(


teet::post tanpa gambar..sbb pewut makin sakit..aduyaiiiiiiiiiiii..nak balik!!!

Sunday, November 27, 2011

~Salam Maal Hijrah~

Assalamualaikum..:-)
Salam 1Muharram 1433H..:-)







p/s::akhirnyer tahun baru muncul jugak..salam satu muharram1433H


teet::moga segala cita-cita dan impian akan terlaksana dimasa akan datang..InsyaAllah..:-)

Friday, November 25, 2011

~Muharram Dalam Pandangan Islam~

Assalamualaikum..:-)
Salam 29Zulhijjah..:-)




ALLAH SWT berfirman (maksudnya), “Sesungguhnya bilangan bulan di sisi ALLAH adalah 12 bulan sebagaimana ketetapan ALLAH ketika DIA menciptakan langit dan bumi. Di antaranya ada empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu.” (Surah at-Taubah, 9: 36)

Nabi SAW bersabda, “Waktu itu telah berputar sebagaimana biasa sejak ALLAH menciptakan langit dan bumi. Satu tahun ada 12 bulan, di antaranya empat bulan haram. tiga bulan berturut-turut, iaitu Zulkaedah, Zulhijah, Muharam, dan satu lagi ialah Rejab yang terletak di antara Jamadilakhir dan Syaaban.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Muharam ialah bulan yang mulia dan ia memiliki keutamaannya tersendiri. Nabi SAW menyatakan Muharam ialah bulan ALLAH, dan puasa yang paling afdal setelah Ramadan ialah puasa dalam Muharam.

Kata Nabi SAW, “Puasa yang paling afdal setelah puasa Ramadan ialah puasa di bulan ALLAH, al-Muharam. Solat yang paling afdal setelah solat yang difardukan adalah solat pada malam hari.” (Hadis Riwayat Muslim)

Dalil-dalil ini semuanya menunjukkan kemuliaan di bulan haram, terutamanya Muharam. Selain itu, di dalamnya turut ditegaskan lagi akan larangan menganiaya diri. Ini menunjukkan perbuatan maksiat di bulan haram lebih diharamkan lagi berbanding bulan-bulan selainnya. Sebaliknya, amalan soleh pula akan diberikan ganjaran yang besar.

Cuma dalam sebahagian kepercayaan masyarakat Melayu pada hari ini, mereka ada yang mempercayai Muharam ini adalah bulan yang membawa sial sehingga mereka sangat takut untuk menikahkan anak-anak mereka pada bulan ini. Kepercayaan ini sangat popular dalam kalangan masyarakat jawa khususnya.

Wallahualam, setakat kajian penulis tidak ditemui sebarang dalil yang menguatkan kesahihan kepercayaan tersebut. Maka kepercayaan yang tidak dilandaskan kepada dalil yang benar ini, ia hanya tinggal khurafat dan tahyul semata-mata.

Hikmah bulan haram

Di antara hikmah dijadikan empat bulan haram di mana tiga bulan secara berturut-turut dan satu bulan lagi dengan menyendiri adalah bagi memberi ketenangan kepada umat Islam yang melaksanakan ibadah haji. Iaitu Zulkaedah merupakan satu bulan pertama sebelum bermulanya bulan haji. Seterusnya bulan Zulhijah di mana umat Islam disibukkan dengan ibadah haji dan melaksanakan manasiknya. Kemudian dijadikan bulan yang seterusnya juga sebagai bulan haram, iaitu Muharam supaya pada bulan tersebut mereka dapat kembali ke wilayah atau negara mereka masing-masing yang saling berjauhan secara aman.

Manakala Rejab yang berada di pertengahan tahun pula adalah supaya pada bulan tersebut umat Islam di sekitar Jazirah Arab dapat mengunjungi Kaabah dan melaksanakan umrah dengan aman. (Lihat: Tafsir Ibnu Katsir, 4/148)

Ini adalah kerana dalam bulan-bulan haram, umat Islam diharamkan untuk berperang melainkan sekiranya umat Islam lebih dahulu diserang atau diperangi. Pada ketika umat Islam lebih dahulu diserang, mereka dibolehkan untuk mempertahankan diri serta membuat serangan balas.

Amalan sunnah Muharam

Di antara amalan sunnah yang disebutkan secara khusus pada Muharam adalah berpuasa sunnah.

Sebagaimana disebutkan dalam hadis di atas, puasa yang paling afdal setelah puasa Ramadan adalah puasa Muharam. Maksud puasa dalam hadis tersebut adalah puasa sunnah secara umum. Memperbanyakkan amalan puasa sunnah dalam bulan ini (Muharam) terutamanya pada hari ke-10 Muharam adalah termasuk sunnah-sunnah yang sangat dianjurkan.

‘Abdullah B ‘Abbas r.a berkata, “Nabi tiba di Madinah dan beliau mendapati orang-orang Yahudi sedang berpuasa ‘Asyura (hari ke-10 Muharam).” Nabi bertanya, “Puasa apakah ini?”

Orang-orang menjawab, “Hari ini adalah hari yang baik, iaitu hari di mana ALLAH telah menyelamatkan bani Israel daripada kejahatan musuhnya, maka Musa pun berpuasa sebagai tanda syukur beliau kepada ALLAH dan kami pun turut serta berpuasa.

”Nabi SAW pun berkata, “Kami lebih berhak terhadap Musa daripada kamu semua.” Akhirnya Nabi pun berpuasa dan memerintahkan umat Islam untuk berpuasa.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Sejarah penetapan puasa ‘Asyura mengalami beberapa fasa. Pada awalnya, ketika di Makkah Nabi berpuasa ‘Asyura tanpa memerintah orang lain untuk berpuasa. Kemudian apabila sampai di Madinah, beliau tetap terus berpuasa di hari Asyura dan memerintahkan umat Islam agar turut berpuasa.

Tetapi setelah perintah kewajiban berpuasa Ramadan turun, puasa pada hari Asyura menjadi sunnah dan tidak diwajibkan. Rasulullah mengatakan, “Sesiapa yang hendak berpuasa (pada hari Asyura), silakan berpuasa, bagi yang tidak berpuasa, juga tidak mengapa.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Kemudian ketika di penghujung hayatnya, Rasulullah SAW bertekad untuk tidak hanya berpuasa pada hari Asyura (hari ke-10) Muharam, tetapi juga bertekad untuk puasa pada hari yang ke-9.

Ibnu ‘Abbas r.a berkata, “Ketika Nabi sedang berpuasa pada hari Asyura dan memerintahkan para sahabatnya untuk turut berpuasa, para sahabat berkata, “Wahai Rasulullah, hari Asyura adalah hari yang diagungkan oleh Yahudi dan Nashara.”

Maka Rasulullah SAW berkata, “Jika begitu, tahun depan insya-ALLAH kita puasa sekali pada hari yang ke sembilannya.” Ibnu ‘Abbas berkata, “Tetapi belum sempat sampai tahun depan, beliau telah wafat terlebih dahulu.” (Hadis Riwayat Muslim)

Dari hadis ini, umat Islam tidak hanya disunnahkan agar berpuasa di hari ke-10 Muharam atau dikenali sebagai hari Asyura, tetapi juga turut disunnahkan agar berpuasa pada hari ke sembilan Muharam.

Rasulullah mengisyaratkan tentang kelebihan puasa ‘Asyura sebagaimana sabdanya, “Adapun puasa di hari Asyura, aku memohon kepada ALLAH agar ia dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu.” (Hadis Riwayat Muslim)

Salah faham Muharam

Dalam kalangan masyarakat Islam hari ini, terdapat beberapa salah faham tentang Muharam. Selain kepercayaan khurafat sebagaimana telah penulis sentuh, terdapat beberapa amalan lain yang turut perlu diambil perhatian. Antaranya adalah seperti amalan doa khusus awal dan akhir tahun hijriah, perayaan maal hijrah, puasa awal dan akhir tahun, dan perayaan meratap kematian Hussein B ‘Ali r.a.

Kata Syaikh Bakr B Abdillah Abu Zaid rahimahullah, “Tiada dalam syariat ini sedikit pun doa atau zikir-zikir khusus untuk awal tahun Muharam. Umat Islam pada hari ini banyak membuat tokok-tambah (bidaah dalam agama) berupa doa, zikir, atau saling bertukar ucapan selamat. Demikian juga dengan puasa awal tahun baru, menghidupkan malam pertama Muharam dengan solat, zikir, atau doa-doa yang khusus, serta puasa akhir tahun dan seumpamanya yang sebenarnya semua ini tidak ada dalilnya sama sekali.

Tidak juga ada satu pun doa atau zikir-zikir khusus sempena akhir tahun yang memiliki sandaran dalil syarak’. Di setiap akhir tahun, ramai orang yang berdoa dan menyusun doa-doa khusus tertentu yang tidak pernah ditetapkan oleh syarak’. Ini semua adalah contoh perbuatan bidaah yang padanya tidak memiliki asas sandaran dalam agama.” (Tashhiih ad-Du’a, m/s. 107 – Daar al-‘Aashimah)

Demikian juga dengan amalan khusus ratapan sempena kematian Saidina Hussein B Ali r.a dan perayaan maal hijrah sempena bertukarnya angka tahun baru hijriah. Tidak ada sama sekali sandaran dalinya dari sunnah Rasulullah SAW mahupun contoh daripada amalan para sahabat ridhwanullah alaihim ajma’in sedikit pun.

Maka, cukuplah sunnah Rasulullah dan contoh pedoman para sahabatnya sebagai qudwah tauladan dalam beragama.Wallahualam.

 
 
 
p/s::Selamat Menyambut awal muharram..:-)
 
 
teet::serasa sangat pantas masa berlalu meninggalkan kita..kita kejar masa atau masa yang kejar kita sekarang nie..renung-renungkanla.

Thursday, November 24, 2011

~Air masuk umah~

Assalamualaikum..:-)
Salam 28Zulhijjah..:-)


Semalam petang dapat call dari member umah
da nak balik da pun baru dia call..tu pun sebab nak
ajak teman g amik borang-nya..kalau tak jue still tak
tau yang umah sewa kitorang da masuk air banjir
masa tengahari tu..habis dalam umah..dahla airnya
kotor kata member..warna hitam lagi ko..bis carpet
basah lencun..sudahnyer buang jeakla carpet tu..xpela
lagipun carpet lama..baju kotor dalam bakul depan pintu
bilik pun bis basah separuh..kena air banjir tu..yang tak
boleh blah member cakap..air yang masuk umah tu
colornyer..pehhhhhhhh hitam pekat..da tentu-tentula
hitam kan..nama pun air longkang..poblem betul la area
situ..longkang tak diselenggara dengan betul..sudahnya
bis air melimpah masuk umah..kebarangkalian lagi tinggi
bila hujan mencurah-curah turun tanpa henti..huk3


Balik semalam air yang masuk umah tu da kering
tapi belum di mop la kan..so memang kotor..jue
balik-balik terus masak coz nak kejar member datang
amik..ajak teman dia kan..so tak sempat nak kemas-
kemas semua..after balik dari teman member baru
jue kemas-kemas kit..member lak mop satu rumah
jue settle baju-baju kotor yang dah tentu-tentula kena
basuh..dahla kena air hitam..kotor++busuk lak tu..
harap-harap..pas nie tak de la air masuk umah lagi..hope
ujan tak de la berterusan walaupun sekarang nie memang
musim tengkujuh kat pantai timur kan..first time nie jue rasa
tau..rumah masuk air sbb ujan..terasa cam tak tau nak buat
pea pun de..cam tergamam pun de masa member gtau..aishhh


jgnla sampai cam nie kan..terus xnmpk umah




p/s::musim ujan..memang tak dapat nak dielakkan la banjir melanda kawasan-kawasan yang rendah


teet::sib baik kampung jue tak banjir..seribu rahmat adanya empangan kenyir..Allhamdulillah..:-)

Wednesday, November 23, 2011

~Gelap Gulita::Time To Tarik Confoter~

Assalamualaikum..:-)
Salam 27Zulhijjah..:-)


Ujan lebat tanpa henti-henti..suasana
pun gelap gulita cam malam..apa yang korang
rasa perkara paling besh nak buat time-time
cam nie..kalau jue la kan..dalam pale hotak
nie just mau baring-baring..tarik simut..if da bosan
bangun membuncitkan pewut..baring-baring lagi
bangun lagi membuncitkan pewut..begitula seterusnya
sampai malam..hahahaha tu la perangai malas jue
time-time musim ujan nie..u all lak??pea suka buat
time-time tengkujuh cam nie???of coz masing-masing
ada cara dan kesukaan masing-masing kan??apa pun
kita layan lagu jiwang-jiwang time nie sambil merehatkan
minda ok gak kan..sambil membuncitkan pewut sekali..huuu


Dadali-Saat ak mencintaimu



p/s::suka lagu nie..lirik n melodi besh..dua rangkap kata-kata nie..sgt bermakna..from him!!


teet::mood terasa mau jiwang-jiwang lak..boleh ke??layankan aje..muahahahaha

Tuesday, November 22, 2011

~Kami sangat Teruja::Congrats Harimau Muda~

Assalamualaikum..:-)
Salam 26Zulhijjah..:-)


Teruja sungguh tengok final sukan sea malam tadi
Harimau Muda vs Garuda..fuhhhhhhh..memang
bisingla..semua duk jerit-jerit..yang selama nie
tak pernah nak layan bola pun duk sibuk-sibuk
tengok no jersi n duk hafal nama..siap kutuk-kutuk
ag nama pemain lawan  yang nama entah apa-apa
memang bila da keterujaan melampau begitula jadinya
confirmla Khairul Fahmi n Badrul Bakhtiar yang orang
duk ingat-ingat duk kenal-kenal kan..yang lain cam kurengla 
apatah lagi masa penalti Khairul Fahmi penyelamat dengan
sepakan Badrul Bakhtiar yang membolehkan kita champion!!!
so congrats untuk semua team Harimau Muda..moga terus
cemerlang..gemilang dan terbilang..:-)


cantik r..we win!!!



p/s::sangat teruja jerit..maki-maki..sampai semua ilang suara..tekak pun sakit..jom minum air asam jawa..hahahahaha


teet::ujan sudah mula turun tanpa henti..mendung jeak hari..serasa hari sentiasa pagi..:-)

Monday, November 21, 2011

~Bola bola n Bola~

Assalamualaikum..:-)
Salam 25Zulhijjah..:-)


Now demam bola agaknyer..sana sini bola
pejam mata bola..celik mata bola..topik hangat
pun bola..pempuan ngumpat pun duk cite pasal bola
tengah makan pun duk gosip pasal bola..pendek
kata everything about ball..fuhhhhhh meletup kebabommm
cite pasal bola nie..gud job for Malaysian Team..
Skuad Muda bawah 23 tahun..pelapis ok..Harimau Muda..
ahirnyer ke final gak Sukan Sea..jue mmg xlayan liga malaysia
tapi if team-team kita lawan negara luar cam now Sukan Sea
kan..of coz la layan..tapi xlayan sangatla..tengok yang penting-
penting yang de live kat tv..hahahaha..so double appy coz malam
tadi Liv vs Chelsea..2-1..YNWA..:-)


chayok3..walaupun 3 tonggak utama cedera kan..tak dpt beraksi


Liv vs Chelsea..2-1 chayok3..YNWA



p/s..jgn lupa saksikan team kita harimau muda beraksi malam nie 8.30malam live tv3..(cehhh promote)


teet::suka liga luar tak semestinya tak alert dengan team sendiri kan..chayok3 harimau muda..harapan bangsa..harapan seluruh rakyat kita..Malaysia Negara Terchenta..:-)

Friday, November 18, 2011

~Sedikit Perkongsian~

Assalamualaikum..:-)
Salam 22Zulhijjah..:-)




Solat itu menghantarmu setengah jalan,
puasa itu menghantarmu ke pintu kerajaan dan
sedekah itu membawamu masuk ke dalamnya.

~Sahl bin Abdullah At-Tusturi~

Siapa yang berasa senang dengan pujian orang
terhadap dirinya, bererti ia telah mengizinkan
syaitan untuk masuk ke dalam perutnya.

~Ahmad Athaillah~

Keadaan hamba ini hanya ada empat macam:
Nikmat, bala, taat dan maksiat. Maka jika ada
di dalam nikmat , kewajipan hamba adalah
bersyukur kepada Allah dan jika menerima bala
harus sabar. Dan jika dapat melakukan ketaatan
harus merasa mendapat taufik hidayat dari Allah.
Dan bila tergelincir dalam dosa maksiat,
maka harus membaca istighfar

~Abul -Abbas Al Masri~

Allah mengasihani kaum yang menganggap dunia
sebagai barang simpanan. Lalu mereka menyerah-kannya
 kepada orang yang sanggup memegang
amanah mereka terhadap barang simpanan tersebut.
Kemudian, mereka merasa senang dengan ringannya beban.

~Al-Hassan Al-Bashri~


 
p/s::renung-renungkan..sama-sama perbaiki diri..pesan utk diri yang selalu tenggelam jauh..moga ada sinar kembali dalam jiwa..InsyaAllah.

 
teet::jumaat silih berganti..serasa masa berlalu dengan cepatnyer..2011 makin tiba ke penghujungnyer..masih beginikah diriku???


Thursday, November 17, 2011

~Selalulah Bersyukur~

Assalamualaikum..:-)
Salam 21Zulhijjah..:-)







p/s::selalula bersyukur..coz hari nie sangat banyak orang yang sudah lupa pea itu erti "Syukur"..syukur dengan pea yang kita miliki hari nie..janganla berdengki-dengki antara kita..semua perasaan hasad tu tak kan bawa kita ke mana..pesan utk diri gak!!!


teet::now cuaca sangat cejuk..still mencabar diri bila kena diet nie coz pewut always lapar..memang bergeleng-geleng la jue minum air putih..Allhamdulillah masih berjaya diet..:-)

Wednesday, November 16, 2011

~Musim Ujan::Dugaan Diet~

Assalamualaikum..:-)
Salam 20Zulhijjah..:-)


Now musim ujan..kelemahan jue musim ujan
adalah..LAPAR!!!..always terasa mau makan.
memang bahaya..sebab tu jue tak suka sgt sejuk
bila sejuk otomatik pewut jua kan anto signal ke
otak..lapar!! dan mau makan..ohhhhh tidakkkk
seram-seram..sabar-sabar..kena kuatla untuk
menguruskan badan nie..sangat perlu kuatkan minda
dan ketahanan hati..if tidak..ancurla semua..nak jadi
bam bam bom...senang sangat tak payah bersusah
payah..tapi nak jadi kuwus dan sihat..sangatla susah
perlukan lebih banyak kekuatan..motivate diri sgt penting!!!


Dugaan bila ujan++cuaca sejuk

1) cepat lapo
2) kaki cejuk++cam penat sendi g2(da cam org tua)
3) badan lesu
4) mahu tido
5) kiri kanan org duk makan otomatik kebulur terus..hahaha
6) tgok dapur..cam magnet plak..terus ase mau masak & makan!!!
7) dalam kepala duk fikir makanan jeak..cne la tak gemuk..iye dokkk
8) asyik nak shi=shi jeak..(terkencing)..coz cejuk kan!!
9) perasaan mau ade di kg jeak..(sbb bnyk mknan mau makan)
10) sonok bila ujan satu jeak..pewut lapo manjang..always mau makan pas 2 debab!!!merungut!!!



p/s::memang dugaan tul utk jue sbb on diet time musim tengkujuh nie..kena control makan kalau tak..kena shopping banyak baju-baju baru!!!sape mau bagi wetttttttt!!!so kena diet!!turunkan berat!!!


teet::ohhhhhhhhh 3 bulan tak dapat bersua nie..tahan kah hati ini???tidakkkkkkkkkkk!!!huk3

Tuesday, November 15, 2011

~On Diet Kembali~

Assalamualaikum..:-)
Salam 19Zulhijjah..:-)


jom-jom berdiet..chayok3!!!


Agak gerun tengok title bagi yang kuat
melantak cam jue..memang selera sangat tinggi
asyik mahu makan jeak..if ikut selera nie matilah
jue..confirm bam bam cam bola..huk3
now selera makin bertambah seiring dengan
peningkatan umur agaknyer..hahaha..(fakta sedirik k)
now if banyak mam jawabnyer badan cam di pam pam la
sana sini berbonjol-bonjol lemak tepu yang sgt
sukar nak disingkirkan..aishhhh sangat bahaya if tak
control..da la belum menamatkan zaman bujang ag nie
cehhhhhhh melalut plok ntah ke mana jue nie..hahahaha

After raya..wahhhh memang jue mam ikut selera la
pepagi buta brekfast berat dah..ns minyak..ns tomato..
ns lemak..(jrg sgt ns lemak..tak bape suka)..balik keje lak
jue confirm hari-hari masak..of cozla kalau jue masak..da
tentu-tentula masak nasi..emmm bayangkan life jue..pagi breakfast
heavy..(mmg org ckp if breakfast heavy ok kan)..mmg betul ok
sampai ke petang memang kenyang la..tapi when balik keje
pewut confirm bunyi-bunyi..mendadak penambahan berat badan
berlaku nie..coz duk asyik melantak nasi jeak pg petang..if
ikutkan tak banyak mana jue mam tapi oleh kerana exercise
tak de langsung so effectnyer..sangatla terkesan rasa
kat pewut..kat montot..kat lengan..yang memang tak boleh blah
sangat besar semuanya..huhuhuhu

So starting semalam jue on balik diet..tak de la diet
melampau k..coz jue kena ambil jugak nasi walaupun sikit
atleast sehari kena gak jumpa nasi..if tak..pitam!!!hahahaha
dulu masa muda-muda (cam ak da tua sgt plak) boleh
jea diet tak amik nasi..tapi now da tak boleh..so tak mau
pakse diri or guna crash diet yg dah sah-sah memudaratkan diri
so jue just decide kurangkan pengambilan nasi..sekali
jea mam nasi..de yang cakap better pagi take heavy breakfast kan
tapi jue pilih..pepagi mam roti++minum susu..petang after keje
baru amik nasi..nak diet boleh..but ikut kemampuan diri masing-
masing k..ask urself pea yang boleh and tak k..:-)


Diet cara jue...just kongsi k..:-)

1) pepagi roti++susu
2) lunchies..mam buah-buahan
3) minum banyak air putih
4) if rasa lapar lagi..just mam kekacang
5) petang..amik nasi..kuantiti ckit++lauk banyak
6) malam if rasa lapar sgt just take roti..tapi biasanya jue xrasa lapar
7) minum air putih dengan kuantiti yang banyak( letih ulang toilet..asyik nak shi-shi jeak)




p/s::nie yang jue amalkan if jue mula on diet..ikut kemampuan badan kita terima k..cara nie cara jue..kite de cara masing-masing kan..coz kita lebih tau apa yang badan kita boleh terima atau tak..:-)

teet::kena ketatkan diet coz..jue jenis yang tak bersenam..memangla tak sihat..tapi da rutin life cam tak de masa nak beriadah..(alasan..kalau jenis malas kan..mmg cam nie la)..hahaha

Monday, November 14, 2011

~Spagheti goreng::Shark Night~

Assalamualaikum..:-)
Salam 18Zulhijjah..:-)


Ujung minggu lepak-lepak umah jeak
plan macam-macam kan..tapi oleh kerana
semuanya malas..kesudahannye..duk umah
membesarkan badan..lagipun malamnyer tu
jue kuar jumpa member lama..da lewat kan
so balik pun lewat..dah sah-sahla hari minggu
bangun pun da lambat..emmm terbantut semua
benda yang di plan..biasala just plan..masing-masing
cam tak bersungguh kan..sudahnyer melepak jeak
kat rumah peala kan kitorang nie..poyo jeak lebih..huk3


Bangun-bangun tido jeak..atty da tanyer mau makan pea
today..oleh kerana semua seisi rumah mau diet
maklumla semuanya berlaku penambahan berat badan
so atty decide just mau masak spagheti goreng..mula-mula
jue ingat mau masak nasi kan..semuanya cam gerun bila
dengar jeak nasi..so menu atty jadi pilihan..so semlalam
atty jadi chef gurl..bikin spagheti goreng..yumyumyum.

spagheti goreng..:-)


Sambil-sambil mam layan tv kan..
tengok gosip-gosip retis kat melodi
sambung terus tengok nona..layan-layan gosip
kat tv..kitorang pun bergosip gak..gosip ok
bukan mengumpat..xmenla ngumpat-ngumpat nie
tambah dosa watpe..baikla g mengaji dapat tambah
pahala kan..atleast kureng kit dosa kan..tul x??hu3
After da xtau nak watpe..masing-masing da
mengantuk..jue cuba gakla peram mata nie nak membuta
kan..tapi arammmmmmm..cikit pun xngantuk..chanel lak
entah pea-pea duk tayang live sukan sea..busan!!!
da tak tau sgt nak watpe..layan radio.


Malam kuar lagi ngan member..decide
nak g layan movie..g gamble kan tengok tiket
bengang gak..semua cite besh-besh mula dalam
kul 10 lebih..so amik yang paling dekat time
8.30..layan cite yang entah pea-pea..pasal jerung
huk3..Shark Night..busan cite jerung-jerung nie
old fashion..muahahahaha..tapi oleh kerana malas nak
tunggu smpi kul 10..layan gakla..asalkan isi time what..ha3


actor/actres for shark night



p/s::lik lambat..tido lewat..kesudahannyer today mood tak bape nak hade..cam bad mood pun de..huh!!!busan!!!


teet::Now diet time..pengurangan berat badan wajibla berlaku!!!!

Saturday, November 12, 2011

~Girl's Outting::Karoake Time!!!!~

Assalamualaikum..:-)
Salam 16Zulhijjah..:-)


Malam semalam lepak-lepak g karok
ngan dak-dak umah..anne mau belanja
sedah lama tapi semua tak free..if de yg free
yang srg lagi tak free plak..so decide mau
berjimba-jimba release tension malam tadi
we all g melalak kat Sinaran baru..ohhh
sesape yang stay kuantan tu confirmla tau kan
besh gak la Sinaran baru nie..selesa and
nampak mahalllllllllllll...hahahahaha..so layan
pic kitorang berjimba-jimba..sampaikan bangun
pepagi semua da xde sore..tekak jue lak cakit..huk3


ma ngah feeling..anne sore besh..fuh!!!

atty c minah suka bergambo..muahahahaha

gila bergambo..hahahaha

feeling cam retisssss..hahaha



feeling retisssssssss..muahahaha

tertekan plak handbag atty..muahahaha


p/s..3 jam karok sampai sore da ilang semua..tekak pun sakit..xtaula cne retis yg hari-hari melalak tu ek..x sakit ke tekak diorang???curios nak tau!!!muahahahaha


teet::tday n tomorrow xde plan ag nak ke mana..serasa mau jogging coz syep da gumukkkkkk!!!!huh!!!penambahan berat badan berlaku lagi!!!xsuka!!!!!!

Friday, November 11, 2011

~11.11.11~

Assalamualaikum..:-)
Salam 15Zulhijjah..:-)


oloh-oloh..cute-miut..keh3



Sangat-sangatla cantik tarikh hari nie
jatuh lak hari jumaat..wahhh memang cantikla
sesape yang buat hari bahagia hari nie..yang
sambut besday lak..wahhhhh eppy besday all
gila cun tarikh lahir korang coz tahun 2011 kan
tersangat cantik k..boleh peram simpan dalam
lipatan kenangan masing-masing t boleh
cite kat cucu cicit cuit bagai..hehehehehe


Hari nie kat kampung jue..sangat banyak majlis
kawin..confirmla mak tak lekat kat rumah
busy la kat rumah orang kawin..merewangla
duk kampung nie..tak de catering-catering bagai
semuanya bergotong-royong jeak..lagila
besh..meriah gitu..emmm baru sangat balik dari kg
kalau tak da balik semula dah..lama gak tak mam lauk
rewang nie..aishhhhhhhhhhh syoknyerla!!!


Sesape yang belum kawin ag kan..termasukla jue
nie ha..da tak dapatla tarikh cantik korang..da termiss
da pun..boleh tunggu satu lagi tarikh cun gila..tahun
depanla..12.12.12..ha tak ke sikit nyer meletup tarikh tu
pe lagi yg da confirm tahun depan tu..jue nasihatkan
cepat-cepat booking tuk kadi k..coz isau plak..tarikh da
cun bagai..tetiba tuk kadi lak tak free..tak ke naya tu ha
meraung lak korang yang mmg gila kat tarikh cun-cun nie
muahahahaha..bagi jue tak kisah tarikh..asalkan hari jumaat
entah nape..suka jumaat if nak buat apa-apa..cam kenduri
ke..majlis la pea-pea..lebih prefer friday..hehehehe
coz friday it's a good day k..:-)



p/s::kawin sana kawin sini..mana-mana majlis kawin..turn sendiri entah bila..hehehehe


teet::da tak lama 2012..tahun baru..banyak benda nak kena buat..InsyaAllah moga-moga tahun 2012 lebih banyak sinar dan rezeki yang datang..aminnnnnnnn..:-D

Thursday, November 10, 2011

~Today is my Besday..Allhamdulillah..:-D~

Assalamualaikum..:-)
Salam cayunk semua..:-)


yummy3..hik3..:-D


Allhamdulillah..syukur Allah S.W.T masih
lagi beri kesempatan untuk bernafas..masih
lagi diberi peluang untuk irup udara tanpa bayo
sesen pun..no kek kali nie coz my cyunk
tak de kat sini..just wishes from him..orang first
u syg..wish kat i..Luv u la..muahhhhh!!!
(jgn de lak yg muntah k)..muahahahahaha

Impian sangat banyak lagi yang belum tercapai
moga Allah permudahkan segala-galanya
walaupun jue nie sangat banyak kekurangan
dari kelebihan..tak peala..as a human we make
mistake whattt..hati and niat kita..hanya yg atas jeak
tau..moga-moga kehidupan jue yang akan datang
makin baik dan diberkati..InsyaAllah..aminnn..:-)

Tahun depan sgt banyak benda yang nak dibuat
moga semuanya akan terlaksana..impian setiap dari
kita..impian masing-masing kan..hope semuanya akan
terlaksana dengan jaya..InsyaAllah..aminnn..:-D



p/s::eppy besday to me..just cuba jadi lebih matang jue!!!ignore orang yg xsuka ko..sayangi yang menyayangi dirimu..coz..lagi amai org benci kita..sbnrnyer lagi amai yg CINTAI kita!!!


teet::xde yang nak open table banje i ke???sila-sila tampil ke depan..kah3..mode::terasa bahagia sgt2..Allhamdulillah..thanks for all yg wishes my besday kat luar..phone or fb..luv u all so muchies!!!:-D

~Pasta Time~

Assalamualaikum..:-)
Salam 14Zulhijjah..:-)


spagheti bolognise..chicken wing n lasagna..:-)


Semalam jue cuti..day before yesterday..ade orang
banje pizza kat opis nie..adjuster opis yg baik hati nie
bagi wett suh kitorang order pea yg mau di makan
so we all decide mau mam pizza tapi tak order pizza
la..just order ala carte menu..hehehehe sekali sekala
kan duk asyik mam nasi jeak..ubah selera..hehehehe



p/s..thanks for uncle wai..len kali banje ag k..next time nak mcD or kepci lak..muahahaha demand!!!


teet::pic yg diatas tu..jue semua mam men rasa-rasa jeak..da tekak nasi kan..emm sshla nak biasakan mam-mam ala ala mat salleh nie..hahahahaha

Tuesday, November 8, 2011

~Beraya dkelilingi hero-heroku~

Assalamualaikum..:-)
Salam 12Zulhijjah..:-)



Da raya ke ke-3..masa berjalan sangat
pantas..huuuuu besok hari terakhir boleh
lakukan ibadah korban pada sesape yang
berniat untuk melakukan korban..moga semua
ibadah-ibadah kita diterima disisi-NYA..:-)

Raya kali nie Allhamdulillah jue balik beraya
kat kampung..teruja nak balik sebab semua
my hero-hero ada so keterujaan nak raya tu
lain macam sikit syoknyer..belum dapat anak
sendirik kan..anak orang pun kita da excited
mau raya..if anak sendirik tak taula..maklumla
jue nie teramat suka kat budak-budak..specially
yang omeiiii-omeiiii dan kemontelan..hahahahaha
malayan karenah hero-hero nie sampai kepenatan
tak terhingga ase..sampaikan tido tak hengat dunia
terbongkang penangan diorang nyer pasal..:-)

 
chumel..suka wat mcm2 gaya..cyg!!!emmuahhh!!
before nmpk my phone..ngah syok layn tv..:-)

my encem boy..aeril!!

my montel..sgt berat dukung dak nie..aedil!!

sgt nakal..suka pukul2 jerit kuat2..da hangus muka ske berjemur..aziq!!!
 mcm2 gaya..cam ganster dak montel nie.:-)

aziq suka wat mata antu..hahahaha

luv them!!!!
 
macam-macam gaya..:-)


p/s..idup berseri-seri dikelilingi ragam-ragam mereka..pantang nmpk my phone..laju jeak suh take pic..aduyaiiii ley demam indu bila jauh ngan diorang semua nie tau..emmuahhhh!!!


teet::da nak end of the year kan..aishhhhhh moga semuanya akan lebih baik di masa-masa depan..:-)

Friday, November 4, 2011

~Raya datang lagi::Jom Beraya~

Assalamualaikum..:-)
Salam 8Zulhijjah..:-)






p/s::Salam Aidiladha..moga pea saja pengorbanan kita selama ini diberkati Allah S.W.T..InsyaAllah..aminnnnnnnnnnnnn...:-D


teet::besok pepagi bertolak menuju ke kampung terchenta..ganuuuuuuuuu here i come..huuuuuuuu

Thursday, November 3, 2011

~Incik Boss banje sushi~

Assalamualaikum..:-)
Salam 7Zulhijjah..:-)


Dalam minggu lepas asenyer..tetiba
my boss call ask me..nak mam sushi ke?
dengan penuh teruja ke pebenda xtaula
jue g tanyer soalan bodoh.."bos nak banje ke??"
tak ke sengal jue g tanyer cam tu..dah sah-sahla
boss jue banje kan..xtak tetiba dia mintak bayo
plok..ade merajuk xmo buat koje..hahahaha
so inilah asilnyer incik boss banje..keh3


manyak jenis..:-)

sos xbesh..masinnn...huuuuuuuu

mine..:-)



p/s::boss pelik-pelik banje sushi..sudahnyer jue bwk lik umah bagi member..lama tak makan..tekak da tak ley terima..huhuhuhuhu


teet::bape hari jeak lagi sudah mau Raya Haji..tak sabar mau balik kampung..yahooooooooo..:-)

Tuesday, November 1, 2011

~Makan Makan dan Makan lagi~

Assalamualaikum..:-)
Salam 5Zulhijjah..:-)


cikit2 makanan sampai..huuuuu

amy ngah isi nasi..smpi abis nasi..kah3

time nie amy duk ulur nasi kat jue..hak3

siakap 3rasa++sotong sambal petai..:-)



p/s::cdia balik lagi..so open table la kejenyer..makan+makan+makan lagi..sampai muncit..huuuu

teet::ngah fikir bila la nak kuwus agaknyer..duk asyik membuncitkan pewut jeak..aishhhhhhhhh

~Tolong Jue click ye all..LOVE u more~