Wednesday, July 25, 2012

~Ramadhan ke- 5~

Assalamualaikum..:-)
Salam 5 Ramadhan..:-)



Allhamdulillah dah hari yang ke 5 kita berpuasa..tentu banyak lagi yang tak habis jejalan round kat bazar-bazar yang tumbuh bak cendawan kan..even da hari ke 5 kita berpuasa jue xsempat ke bazar lagi..sebenarnye bukan tak sempat..tapi bila dah balik keje tu mood malas nak berhimpit-himpit kat ramai orang tu sangat tinggi..so beli kuih-kuih dekat dengan area opis jeak..pastu terus balik..lagipun makanan berat-berat tak berapa suka beli..better masak..terjamin kebersihan dan puas hati.


Semalam baru berkesempatan berbuka beramai-ramai dengan housemate..semua balik berbuka kat rumah..coz member bilik mau masak mee kari..ohhh sangat seronok berbuka reramai..meriahhhh sesgt..baru la terasa bulan puasa..kalau sesorang tu..serasa cam makan petang jeak..Allhamdulillah syukur..moga hari nie berbuka pun berteman..InsyaAllah.




mee kari..yemehhh...sekali periuk atas meja daa













p/s::jue tak bape gemar sgt mee kari..jue lebih prefer yang sup2..yemehhhhh




teet::today belum tau lagi mau masak pea untuk berbuka..u all da de idea???


Tuesday, July 24, 2012

~Ramadhan Ke-4~

Assalamualaikum..:-)
Salam 4 Ramadhan..:-)



Hari ke empat ramadhan..berbuka puasa pastilah bermacam-macam menu kan..serasa kelebihan menu di mana-mana...kadang-kadang jue tertanya-tanya jugak..kalau makanan yang tak habis kat bazar tu..agaknya ke mana yea endingnyer???ke peniaga-peniaga kita gunakan balik untuk jualan besok harinya??harap-harap tak macam tu la kan..biarlah berniaga dengan cara yang baik dan bersih..kita pembeli dapat manfaat..penjual dapat untung dan pahala..InsyaAllah.


Kebiasaan dari kita..pepagi da sibuk mencanang apa menu mau berbuka..padahal permulaan hari baru jeak bermula..nampak kan..betapa pentingnya otak kita asyik fikirkan makanan..asyik fikirkan..how nak mengenyangkan perut..padahal banyak lagi benda lain yang perlu kita fikirkan..contohnyer..apa pahala tambahan aku untuk hari nie yea??berapa banyak sedekah aku untuk hari nie yea??agaknya bape helaian aku mahu baca Al-Quran untuk hari nie yea??serasanya banyak lagi benda lain yang perlu kita fikirkan selain makan makan dan makanan.

Tapi biasalah da nama pun manusia..kita nie lemah di mana-mana..even bulan nie syaitan da di rantai ketat-ketat pun..tapi jangan kita lupa..selama 11bulan syaitan ikut kita..tambah plak dengan nafsu kita yang macam-macam tu..serasa apa sangatla sebulan jeak syaitan tak de kan..nafsu kita??still de lagi..melekat kuat..kalau tak de perisai paling power..siki-sikit kita pasti kecundang jugak..Astagfirullah Al-Azim.


Masuk hari ke empat puasa..jue masih lagi berbuka sendiri..even ada housemate pun..tapi masing-masing de life sendiri kan..tak pea..masih lagi bersyukur dengan apa yang ada..yang pentingnya berbuka ada juadah even simple..asalkan kenyang..lagipun puasa nie melatih diri kita untuk berjimat cermat..bukan berbelanja sesuka hati..masih pilih masak sendiri..cuma selalu beli kuih-kuih atau bubur untuk tambahan desert..kira oklah tu..dah lengkap rasanya..even masa suapkan makanan..serasa sedih sangat..berjauhan dengan family..kan besh if dapat berbuka bersama-sama macam dulu..sebelum hijrah ke luar..tapi apa pun tak boleh kesali apa-apa yea...kena selalu bersyukur.




menu semalam..tempoyak timun++ikan selayang


dessert..yemmehhhh










p/s::bersederhanalah dalam berbuka..InsyaAllah pasti barakah..:-)




teet::semalam tambahan lauk jue de beli terung sambal..today masih belum fikir juadah pea.

Friday, July 20, 2012

~Ramadhan Al-Mubarak~

Assalamualaikum..:-)
Salam 30 Sya'aban...:-)




Hari terakhir kita semua makan di siang hari..Allhamdulillah Allah SWT..masih memberi kita kesempatan untuk bertemu penghulu segala bulan...bulan penuh barakah..bulan keampunan..bulan yang terisi didalamnya seribu rahmat..terisi malam terindah...malam Lailatul Qadar...moga kita semua berkesempatan bertemu malam penuh barakah dan istimewa dikhaskan untuk kita...aminnnnn


















p/s::ampun da maaf andai ada melakukan kesilapan tanpa sedar...moga Ramadhan kali nie permulaan kehidupan yang baik untuk kita...InsyaAllah.





teet::tak dapat nak smbut poce kat kg..coz besok keje...minggu depan InsyaAllah pecut balik kampung!!!


Thursday, July 19, 2012

~Sedikit perkongsian~

Assalamualaikum..:-)
Salam 29 Sya'aban..:-)



Da lama tak bukak email kan..today terajin plak..tengok-tengok..lihat-lihat..klik-klik..terjumpa lak satu email nie...sangat menarik perhatian jalan kupasannya...so terasa mahu kongsikan dengan sahabat-sahabat kesayangan jue semua..:-)



Putus CINTA anugerah ALLAH SWT



· Pernah merasa putus cinta? Mesti pernahnya kut… kalau pernah, I would say BAGUS! Kalau tak pernah maknanya anda belum lagi mengenal erti kehidupan percintaan yang sebenarnya.
 
As always, kita di sini, bukan untuk meminta perkara buruk itu berlaku atau mendoakan kecelakaan sebaliknya, kita mahu menimba pengalaman dan mengetahui sedikit pengetahuan yang mungkin dapat membantu untuk mematangkan diri di dalam menangani soal kehidupan di dalam percintaan.
Cuba kita tanya,
· “Mengapa Allah berikan kegagalan cinta kepada kita? Mengapa Tuhan membiarkan kita putus cinta dengan orang yang kita amat sayangi?”
· Pernah anda mendapat jawapan dari pertanyaan ini?
In my humble opinion,
· Tuhan berikan kegagalan cinta dan takdir putus cinta itu adalah kerana Dia mahu kita belajar dari kegagalan itu agar kita menjadi manusia yang lebih sempurna. Dan dari pengalaman itu, kita dapat berkongsi dengan mereka yang kurang berpengetahuan.
· Tentu saja sedih bila putus cinta. Tetapi… apabila bila dapat membantu walau hanya seorang untuk berjaya, kebahagiaan itu…is speechless!
“So, that’s why kita tak perlu bersedih sangat kerana putus cinta!”


Same things happen apabila sesebuah perkahwinan itu terpaksa melalui perceraian…Cuba kita tanya,
· “Mengapa Allah berikan perceraian setelah kita berkahwin dengan penuh kebahagiaan?”
· Pernah anda mendapat jawapan dari pertanyaan ini?
In my humble opinion,
· Tuhan berikan perceraian itu adalah kerana Dia mahu kita lebih tabah. Dan yang paling utama, mungkin ada pasangan lain yang dapat memberi lebih kebahagiaan dan lebih menyayangi kita. Malah mungkin lebih menghargai segala-gala tentang kita.
· Tentu saja kita akan sedih …amat sedih bila bercerai. Tetapi…apabila kita dapat menerima takdir dari yang Maha Esa, barulah kita akan dapat melihat betapa besar hikmah dari Allah s.w.t
“So, that’s why kita kena percaya dengan hikmah dari Allah barulah kita tidak bersedih sangat”
Selalu kita tengok dan baca komen-komen dan pesanan-pesanan kat internet ni katanya, “Wanita baik hanya untuk lelaki yang baik begitulah sebaliknya!” <<–I don’t believe in that!
NOPE! Itu BUKAN cara Allah memberi takdir dalam hidup kita betul tak? Selalunya, Tuhan akan buatkan kita melalui cabaran dan dugaan dalam hidup supaya kita belajar dari pengalaman perit itu. Tiada short cut dan jalan mudah beb…

· Sama lah juga di dalam persoalan ini, kalau yang baik dapat yang baik… apa yang dia orang boleh belajar? Kalau yang jahat dapat yang jahat…semua perkara dah tahu! Mana pengajaran dan cabarannya?

To me, maksud sebenar di sebalik ayat itu adalah,

“Setiap orang yang baik adalah untuk mereka yang mahu berubah menjadi baik!”

Putus cinta berlaku adalah dari TAKDIR TUHAN, Dia mahu kita belajar dari setiap situasi yang berlaku. Jika yang baik hanya untuk yang baik…apa yang kita boleh belajar? Not so much. Kalau tiada putus cinta, cantik je percintaan tu… nothing laaa… that’s NOT LIFE!



Thats why selalunya,
Seorang yang baik, Allah sengaja temukan dengan yang tidak baik, untuk kita mengenali dan memahami erti kematangan hidup! Kemudian belajar membimbingnya menjadi insan yang baik dan beriman.
Ada seorang lelaki yang telah selalu berzina, kehairanan…
· “Mengapa aku yang jahat dan jahil ini tetap mendapat isteri yang masih dara?” – Itulah takdir kasih dari Allah, masih memberi peluang kepadanya dan melihat samada dia mahu bertaubat dan kembali ke jalan yang diredhai atau tidak.
Si isteri juga kehairanan…
· “Mengapa aku yang sentiasa beriman kepada Allah dan bertaqwa tapi masih dapat lelaki jahil dan yang hidupnya penuh dengan maksiat?” - Itulah satu cabaran dari Allah, bagi si isteri untuk membuka hati suaminya agar kembali beriman. Imagine jika dia dapat isteri yang sudah rosak akhlaknya…
Jadi, inilah baru betul caranya seperti yang selalu Tuhan mahu kita hadapi…iaitu melalui cabaran dan dugaan.

So, putus cinta, bercerai…semua itu adalah satu proses. Proses usaha kita yang Tuhan mahu kita belajar tabah menghadapi dugaan dan cabaran. Dia mahu kita belajar dari kesilapan serta menambahkan pengalaman dan matang agar kita menjadi manusia yang menghargai nikmat Allah, kemudian dapat berkongsi pengalaman itu dan membantu sesama manusia.

· JADI, apabila berlaku putus cinta atau perceraian sekali pun, kita hadapinya dengan senyuman kerana, itu adalah pemberian dari Allah. Anugerah dari Tuhan yang Maha Esa.

Itulah ciptaan Tuhan yang maha agung, – which is, the balance of the universe, kestabilan hukum alam kita!


“Cinta itu datangnya dari Allah, jika kita percaya padaNya, maka kita juga patut percaya pada cinta, kerana itu adalah anugerah dari Allah yang Maha Esa!”
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
p/s:: macam mana...terasa sweet dan terpaku kan kupasan nie...terbaekkkkkkkk...:-)
 
 
 
 
 
 
 
 
teet::InsyaAllah maybe besok last day kita semua mam siang...after nie..yahoooo poce...selamaat berpuasa all..Ramadan Al-Mubarak!!!
sumber::yahoo

Wednesday, July 18, 2012

~Rabu yang Sunyi~

Assalamualaikum..:-)
Salam 28 Sya'aban..:-)

















p/s::ikan apakah???sebabkan ikan nie..biz tangan jue soyak-soyak...huuuuuu




teet::lagi 2hari...emmm tak sabarnyer kan...InsyaAllah..moga di beri kesempatan


~Tolong Jue click ye all..LOVE u more~