Friday, February 10, 2012

~Sabar~

Assalamualaikum..:-)
Salam 17Rabuil Awal..:-)





Islam mengajar umatnya supaya banyak bersabar di dalam semua keadaan
sama ada ketika senang atau pun susah kerana ia merupakan pengukur
darjat keimanan seseorang. Islam mengajar umatnya supaya jangan membalas
keburukan orang sebaliknya menambahkan lagi kebaikan terhadap mereka
mudah-mudahan dengan itu hati mereka menjadi lembut dan baik. Setiap umat
Islam wajib menghubungkan silaturrahim dan haram memutuskannya.

Didalam perjuangan kehidupan, manusia biasanya berhadapan dengan keuntungan
dan kerugian atau kemuliaan dan kecelakaan. Ketika berhadapan dengan kerugian
atau kecelakaan yang merupakan dugaan bagi manusia, ketika itu hendaklah
diterima dan dihadapi dengan penuh kesabaran kerana manusia telah dijanjikan
bahawa Allah bersama orang-orang yang sabar.

Sabar ialah mengawal diri daripada kegelisahan dan menerima segala dugaan,
rintangan dan segala suruhan Allah dengan hati yang tenang iaitu tidak merasa
jemu dan berputus asa dalam menghadapi kesulitan hidup. Kita hendaklah bersabar
ketika menghadapi kematian suami, isteri, anak atau ibu bapa kerana semua
makhluk adalah menjadi milik Allah. Malah kita dinasihatkan untuk berkata:


” Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."

(Al-Baqarah :156)


Sesungguhnya setiap mukmin yang beriman kepada Allah, imannya belum dapat
diperakui sebelum diuji keimanannya itu dan berjaya pula menghadapi dugaan
tersebut di mana tiada balasan yang lebih besar di dunia dan akhirat daripada
balasan bagi seseorang yang bersifat sabar dalam menghadapi bala ketika di dunia.

Setiap ujian yang diturunkan oleh Allah mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Oleh
itu untuk menjadi hamba Allah yang dikasihi, hendaklah kita bersedia menghadapi setiap ujian yang menimpa dengan penuh kesabaran, sebaliknya bagi seseorang yang tidak redha menerima ujian Allah, maka ia akan menjadi hamba yang dibenci serta jauh daripada rahmat Allah.







p/s::sabarla selagi kita mampu..InsyaAllah penghujungnya pasti ada hikmah dan kemanisan..:-)


teet::malam nie ada dinner kat Hayattt Hotel..weeeeeeeee tak kesabaran nie..ahaks!!!

Wednesday, February 8, 2012

~Santai~

Assalamualikum..:-)
Salam 15Rabiul Awal..:-)



siakap stim..terbaekkkkkkk

tomyam campur...emmmmm fail!!!

ketam bakar..yum3..lazatttttttttt

alamak..blurrrr lak pic..kangkung belacan..terbaekkk!!!

tinggal kulit sudahhh..:-)



Malam semalam dinner kat luar lagi ngan housemate
sebenarnyer tujuan asal mau ke malakca lagi pekena
Indonesian food la kan..cam tebayang-bayang gitu..alih-alih
tak jadi coz de yang baik hati mau belanja kan..so we all
decide ke Santai jeak..jue first time ke Santai walaupun da
lama sangat duk kuantan coz selama nie dengar orang cakap
memang tak sedap food kat situ walaupun..decoration Santai
nie memang terbaikla..cantik..serasa cam duk kat kampung
jeak..agipun ousemate sangat teringin mam ketam bakar
so kami ke sana la..lebih santai kan..so menu yang we all
order semuanya puas hatila kecuali tomyam..emmm memang
tersangat tak besh..so if mau singgah ke sini..tomyam jgn
masuk dalam senarai menu k all..:-)


Menu malam tadi..:-)

*Siakap Stim
*Kangkung goreng belacan
*Ketam Bakar
*Tomyam campur (putih)





p/s::now kadang-kadang diet ancur la kan..tapi jgn selalu mam lewat malam k dear..sekali sekala it's ok..:-)


teet::terfikir..bila mau kuwus cam dulu balik yea..indu masa lalu..waktu kuwus...ohhhhh!!!

Tuesday, February 7, 2012

~Malakca::Pece Lele~

Assalamualaikum..:-)
Salam 14Rabuil Awal..:-)


pece lele..leleh lagi air liur saya..fuhhhhhhhh terbaek!!!



Semalam jue ngan housemate g isi pewut kat Restoran
Malakca..maybe yang stay kuantan taula kan..yang tak
tau meh jue nak gtau..Malakca nie area the store area
pasar tu..kalau kat traffic light empat tu boleh nampak
dengan jelas restoran nie..coz dia duk area tepi sekali..
cubala..asyik mam menu sama jeak burink gak kan..Malakca
nie more to Indonesian food la..tekak kita nie if duk bagi
makanan sama jeak hari-hari busan gak kan.
So we all g try kat sini pehhhhhhhhh memang terbaikla
macam-macam ada kat sini Bakso pun de disedia gak
macam-macam jenis bakso ada mee..mehun..sohon bakso
pehhh tryla..memang terbaikla harga pun semua orang mampu..
tersangat berbaloi-baloi gitu..:-)





p/s::terasa mau makan lagi bila cite balik kat cinie..fuhhhhhh terbaikkkkkk..:-)



teet::rasa malas jeak mau keje..coz HQ pun cuti..so ass tak de banyak masuk..burink!!!

Saturday, February 4, 2012

~Salam Maulidur Rasul 1433H~

Assalamualaikum..:-)
Salam 11Rabiul Awal..:-)







p/s::besok tarikh keramat..kelahiran junjungan kita Nabi Muhammad SAW..perbanyakkan selawat ke atas baginda nabi..moga-moga kita terdiri dari salah seorang yang mendapat SYAFAAT baginda di sana nanti..InsyaAllah..aminnn..:-)



teet::Salam Maulidur Rasul pada muslimin dan muslimat sekalian..moga kita sentiasa muhasabah diri..InsyaAllah..:-)

Friday, February 3, 2012

~Jumaat Barakah~

Assalamualaikum..:-)
Salam 10Rabiul Awal..:-)





Adakala pergaduhan berlaku bukan kerana masalah yang besar,
tetapi kerana sikap ego dan sukar bertolak ansur merajai diri. Pergaduhan
adalah permulaan kepada keretakan hubungan silaturrahim. Terputusnya
silaturrahim maka terputuslah rahmat dari Allah.

Hati kita akan merasa tidak senang apabila kita membawa sampah kotor
dan busuk ke mana sahaja kita pergi. Beginilah rasanya apabila kita
menyimpan perasaan benci dan marah pada orang lain. Buanglah perasaan
itu kerana ia hanya akan membebankan kita. Perkara yang kotor, busuk
dan buruk tidak harus disimpan dan dibawa ke mana-mana pun bersama kita.

Beribadah dengan kuat akhirnya menjadi rugi apabila amalan itu ditayang-
tayangkan pada umum . Usahlah bercerita tentang ibadah yang dilakukan
demi meraih pujian dan perhatian teman. Kerana yang memberi ganjaran
ke atas setiap amalan yg dilakukan hanyalah Allah.
Biarlah Allah saja yang tahu segalanya.

Tiada kesudahan kesalahan dan dendam yang diungkit-ungkit.
Hanya akan menambahkan benci, menyakitkan hati dan mengganggu jiwa raga.
Orang yang suka mengungkit-ngungkit mudah dikuasai syaitan.



p/s::sama-samalah menjaga dan memelihara silaturrahim antara kita..moga selalu subur mewangi..:-)


teet::aduhaiiii sakit kepala nie..cam2 poblem..adoyaiiiiiiiiiiiiiiii tabahla hati

~Tolong Jue click ye all..LOVE u more~