Thursday, July 19, 2012

~Sedikit perkongsian~

Assalamualaikum..:-)
Salam 29 Sya'aban..:-)



Da lama tak bukak email kan..today terajin plak..tengok-tengok..lihat-lihat..klik-klik..terjumpa lak satu email nie...sangat menarik perhatian jalan kupasannya...so terasa mahu kongsikan dengan sahabat-sahabat kesayangan jue semua..:-)



Putus CINTA anugerah ALLAH SWT



· Pernah merasa putus cinta? Mesti pernahnya kut… kalau pernah, I would say BAGUS! Kalau tak pernah maknanya anda belum lagi mengenal erti kehidupan percintaan yang sebenarnya.
 
As always, kita di sini, bukan untuk meminta perkara buruk itu berlaku atau mendoakan kecelakaan sebaliknya, kita mahu menimba pengalaman dan mengetahui sedikit pengetahuan yang mungkin dapat membantu untuk mematangkan diri di dalam menangani soal kehidupan di dalam percintaan.
Cuba kita tanya,
· “Mengapa Allah berikan kegagalan cinta kepada kita? Mengapa Tuhan membiarkan kita putus cinta dengan orang yang kita amat sayangi?”
· Pernah anda mendapat jawapan dari pertanyaan ini?
In my humble opinion,
· Tuhan berikan kegagalan cinta dan takdir putus cinta itu adalah kerana Dia mahu kita belajar dari kegagalan itu agar kita menjadi manusia yang lebih sempurna. Dan dari pengalaman itu, kita dapat berkongsi dengan mereka yang kurang berpengetahuan.
· Tentu saja sedih bila putus cinta. Tetapi… apabila bila dapat membantu walau hanya seorang untuk berjaya, kebahagiaan itu…is speechless!
“So, that’s why kita tak perlu bersedih sangat kerana putus cinta!”


Same things happen apabila sesebuah perkahwinan itu terpaksa melalui perceraian…Cuba kita tanya,
· “Mengapa Allah berikan perceraian setelah kita berkahwin dengan penuh kebahagiaan?”
· Pernah anda mendapat jawapan dari pertanyaan ini?
In my humble opinion,
· Tuhan berikan perceraian itu adalah kerana Dia mahu kita lebih tabah. Dan yang paling utama, mungkin ada pasangan lain yang dapat memberi lebih kebahagiaan dan lebih menyayangi kita. Malah mungkin lebih menghargai segala-gala tentang kita.
· Tentu saja kita akan sedih …amat sedih bila bercerai. Tetapi…apabila kita dapat menerima takdir dari yang Maha Esa, barulah kita akan dapat melihat betapa besar hikmah dari Allah s.w.t
“So, that’s why kita kena percaya dengan hikmah dari Allah barulah kita tidak bersedih sangat”
Selalu kita tengok dan baca komen-komen dan pesanan-pesanan kat internet ni katanya, “Wanita baik hanya untuk lelaki yang baik begitulah sebaliknya!” <<–I don’t believe in that!
NOPE! Itu BUKAN cara Allah memberi takdir dalam hidup kita betul tak? Selalunya, Tuhan akan buatkan kita melalui cabaran dan dugaan dalam hidup supaya kita belajar dari pengalaman perit itu. Tiada short cut dan jalan mudah beb…

· Sama lah juga di dalam persoalan ini, kalau yang baik dapat yang baik… apa yang dia orang boleh belajar? Kalau yang jahat dapat yang jahat…semua perkara dah tahu! Mana pengajaran dan cabarannya?

To me, maksud sebenar di sebalik ayat itu adalah,

“Setiap orang yang baik adalah untuk mereka yang mahu berubah menjadi baik!”

Putus cinta berlaku adalah dari TAKDIR TUHAN, Dia mahu kita belajar dari setiap situasi yang berlaku. Jika yang baik hanya untuk yang baik…apa yang kita boleh belajar? Not so much. Kalau tiada putus cinta, cantik je percintaan tu… nothing laaa… that’s NOT LIFE!



Thats why selalunya,
Seorang yang baik, Allah sengaja temukan dengan yang tidak baik, untuk kita mengenali dan memahami erti kematangan hidup! Kemudian belajar membimbingnya menjadi insan yang baik dan beriman.
Ada seorang lelaki yang telah selalu berzina, kehairanan…
· “Mengapa aku yang jahat dan jahil ini tetap mendapat isteri yang masih dara?” – Itulah takdir kasih dari Allah, masih memberi peluang kepadanya dan melihat samada dia mahu bertaubat dan kembali ke jalan yang diredhai atau tidak.
Si isteri juga kehairanan…
· “Mengapa aku yang sentiasa beriman kepada Allah dan bertaqwa tapi masih dapat lelaki jahil dan yang hidupnya penuh dengan maksiat?” - Itulah satu cabaran dari Allah, bagi si isteri untuk membuka hati suaminya agar kembali beriman. Imagine jika dia dapat isteri yang sudah rosak akhlaknya…
Jadi, inilah baru betul caranya seperti yang selalu Tuhan mahu kita hadapi…iaitu melalui cabaran dan dugaan.

So, putus cinta, bercerai…semua itu adalah satu proses. Proses usaha kita yang Tuhan mahu kita belajar tabah menghadapi dugaan dan cabaran. Dia mahu kita belajar dari kesilapan serta menambahkan pengalaman dan matang agar kita menjadi manusia yang menghargai nikmat Allah, kemudian dapat berkongsi pengalaman itu dan membantu sesama manusia.

· JADI, apabila berlaku putus cinta atau perceraian sekali pun, kita hadapinya dengan senyuman kerana, itu adalah pemberian dari Allah. Anugerah dari Tuhan yang Maha Esa.

Itulah ciptaan Tuhan yang maha agung, – which is, the balance of the universe, kestabilan hukum alam kita!


“Cinta itu datangnya dari Allah, jika kita percaya padaNya, maka kita juga patut percaya pada cinta, kerana itu adalah anugerah dari Allah yang Maha Esa!”
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
p/s:: macam mana...terasa sweet dan terpaku kan kupasan nie...terbaekkkkkkkk...:-)
 
 
 
 
 
 
 
 
teet::InsyaAllah maybe besok last day kita semua mam siang...after nie..yahoooo poce...selamaat berpuasa all..Ramadan Al-Mubarak!!!
sumber::yahoo

4 comments:

  1. selamat menyambut ramadhan al-mubarak...

    ReplyDelete
  2. K Amy...Salam Ramadhan Al-Mubarak gak..:-)

    ReplyDelete
  3. putus cinta bukanlah berakhirnya sebuah kehidupan yg hakiki...ada hikmah disebaliknya...itu adalah sebahagian drp rencah sebuah kehidupan...hadapilah dgn hati yg tabah...itulah dugaan..itulah cabaran...

    ReplyDelete
  4. Adakah anda memerlukan pinjaman ??
    Adakah anda sedang mencari bantuan kewangan, Adakah anda
    sangat-sangat memerlukan bantuan kewangan? Hammers Kewangan Charter di sini untuk memberikan
    anda jumlah pinjaman yang anda minta dengan syarat anda akan dapat membayar balik pinjaman.
    Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, untuk memohon e-mel kami di am_credit@outlook.com
    Anda boleh hubungi kami untuk apa-apa jenis pinjaman seperti sekolah
    pinjaman, pinjaman kereta, pinjaman rumah, pinjaman perniagaan, kesihatan / pinjaman perubatan, dan lain-lain
    Untuk maklumat lanjut atau untuk memohon, e-mel kami di am_credit@outlook.com

    ReplyDelete

~Doakan Jue capat kaya and banyak duit yea..muahahahaha~

~Tolong Jue click ye all..LOVE u more~