Friday, January 6, 2012

~Apa Yang Ada Pada Lidah~

Assalamualaikum..:-)
Salam 12Safar..:-)




Allah swt berfirman:
“Tiada satu kata pun yang diucapkan (manusia) melainkan di depannya (dicatat)
oleh Malaikat pengawas yang selalu hadir.”
(Surah Qaf: 18)

Hendaklah setiap muslim dapat menjaga lidahnya agar sentiasa terpelihara
daripada gangguan syaitan. Barang siapa mudah melepas lidah seenaknya,
(sewenangwenangnya) tanpa dikendali dengan betul, maka lidahnya akan
menjadi tempat lalulalang syaitan dalam segala keadaan.

Orang yang tidak menjaga lidahnya dan suka bercakap banyak, tidak mustahil
akan terpesong dalam mengumpat, membicarakan kecacatan dan kekurangan
orang lain. Orang seperti ini pada hari kiamat walaupun membawa pahala
kebajikan sebesar gunung akan dihancurkan oleh lidahnya sendiri.

Ibnul Mubarak bersenandung:-
Bukankah engkau wajib menjaga lidahmu
Kerana lidah dapat segera meragut nyawa
Lidah adalah alamat/tanda isi hati
Menunjukkan apa yang ada di dalam fikiran

Ibnu Muthi dalam syairnya berkata:-
Lidah seseorang adalah singa dalam kandang
Bila dilepas ia pasti menerkam
Kerananya jagalah daripada keburukan dengan berdiam




p/s..awasi lidah dan percakapan kita..kadang-kadang tanpa sedar..kita lukakan hati seseorang tanpa niat..selalulah beristighfar..moga-moga kita selalu muhasabah diri..InsyaAllah..:-)

 
teet::jumaat datang lagi..jumaat minggu lepas masa nie..jue da selamat sampai laman terchinta..huuuuu..missssssssss everythings!!!!

4 comments:

  1. tul tu jue ...spt kata pepatah ..
    terlajak perahu boleh diundur...
    terlajak kata buruk padahnya....
    setiap kata2 yg diluahkan itu melambangkan siapa diri kita yg sebenar...

    ReplyDelete
  2. Damha..thanks singgah..setujuuuuuuuu sgt2!!

    ReplyDelete
  3. Tuah takut kalau cakap banyak-banyak nanti ada menyesal lepas tu.

    -wina1979-

    ReplyDelete
  4. Wina..betul 2 syg..emmmm kdg2 kita nie after cakap baru sedar..aishhhh manusia..kte nie banyak sgt kelemahannya..huk3

    ReplyDelete

~Doakan Jue capat kaya and banyak duit yea..muahahahaha~

~Tolong Jue click ye all..LOVE u more~