Friday, October 28, 2011

~Makan Makan dan Makan di sana sini~

Assalamualaikum..:-)
Salam 1Zulhijjah..:-)


Hujung minggu lepas aktiviti penuh
adalah makan..sana sini g makan dengan
cdia..memang terasa pewut nie full jeak
kejap-kejap mam..mam sana mam sini
yang pentingnyer makan makan dan makan.
Adakah ini menunjukkan jue dan cdia memang
kuat makan atau pewut kami yang terasa kosong
jeak atau adakah minda kami yang asyik mahu
makan???ahhh confius..hahahahaha

Bila ada masa dengan cdia kan
yang penting dalam kepala hotaknya
adalah mau cari tempat makan yang besh
maklumla balik sini sekali sekala..duk JB
katanyer makanan totally tak boleh blah
dengan seleranya..duk mam fast food jeak
jalan termudah oleh kerana makanan lain tak
dapat memenuhi citarasa lidahnya yang dah sah-sah
la sangat memilih dalam bab makan..atau semua bab
kan u memilih..kan syg???hahahaha
so masa g makan-makan tu jue smptla snap
beberapa keping pic nie..besh3..yummy3


ni masa lunch..da sepah-sepah..sepatutnyer de 2 ekor..lupa nak snap pic awl2..hahaha

before ikan sampai..:-)

hidangan dah lengkap..yummy3..:-)



p/s::sana sini g memenuhkan pewut jeak..hahahaha

teet::baru pas mam suhsi..acihhh boss banje..hik3

Thursday, October 27, 2011

~Cuti Deepavali::Lepak umah wat kuih~

Assalamualaikum..:-)
Salam 29Zulkaedah..:-)


Sangat bz hari nie..ke sana ke mari
kena cover keje orang lain..memang nazakla
kebiziannyer..effectnyer now kepala da mula
denyut-denyut coz always fokus kat pc jeak
huhuhu..tak kesabaran mau balik merehatkan
kepala yang serasa sudah mau pecah nie.

emmm semalam cuti tak kemana-mana
abiskan masa merehatkan diri..membuncitkan
pewut yang sememangnye dah sedia muncit nie
lagipun seharian semalam ujan turun jeak
emmm serasa malas sgt nak kemana-mana
so decide lepak umah and buat kuih k..hahaha
apa..ingat jue tak pandai buat kuih ke..ha nak tau
tak jue wat kuih pea..percubaan kali pertama
Allhamdulillah menjadi..persembahkan..hahahaha


"Kuih Cik Mek Molek"

before goreng k..hehehe

da boleh ngap..hahahaha



p/s::tak caye percubaan pertama berjaya dengan jayanya..hahahaha

teet::makin denyut-denyut kepala nie..Astagfirullah Al-Azim

Friday, October 21, 2011

~Mode::Bengang!!!!~

Assalamualaikum..:-)
Salam 23Zulkaedah..:-)





p/s::mood bengang di mana-mana..sakit hati dgn manusia-manusia yang perasan diri dia bagus n sempurna!!!what the hell!!!


teet::jangan sesekali sangka ak nie terlalu baik..ko fikir dalam-dalam dulu..perfectkah ko???teguran nasihat ak terima seadanya..sindiran-sindiran..ko boleh berambus!!!

Thursday, October 20, 2011

~Yang Kena ambik Vs Yang Mengambik~

Assalamualaikum..:-)
Salam 22Zulkaedah..:-)


Sekarang nie macam-macam cite kita dengar
kan..ko amik bf ak..ak amik bf ko..ko amik laki
ak..ak amik laki ko..kena lak yang jenis baik..xtau
pun sebenarnya kita nie dalam diam-diam diduakan
huuuuuuuu pecite cam nie..susah ke nak setia..asenyer
senang jeak..if da de 'someone' tu xpayah la lagi ko
pasang niat konon-konon nak cari lain kan..ingat idup
nie karma..apa ko buat kat orang..pasti ko akan dapat balik
emmm renung-renungkan yea..now Allah balas cash jea.


Yang Kena ambik:: buruk/xcantik sgt ke ak nie smpi kena cam nie (mode::sedih)
Yang Mengambik:: ala da laki/pempuan tu yang dok2 usha ak (dah ko yang duk menggatal gak)


Yang Kena ambik:: sedih ase bila kena cam nie..apalah nasib ak
Yang Mengambik:: Ala ak suka-suka jeak..xsius pun (mmg statement cam haram)

Yang Kena ambik:: apa kurangnya ak..pea lebihnyer dia..(selalu ase endah diri)
Yang Mengambik:: of cozla ak cantik/ensem kalau tak xkan ak boleh psg 2 3 tula x?? (budget perfect sgtla  ko tu..Allah nak amik sekejap jeak weiiiii)


Yang Kena Amik:: apalah nasib ak dan anak-anak ak..(mula terfikir ilang tempat bergantung)
Yang Mengambik:: ala ak just nak tumpang kasih syg jeak..boleh gak ak syg anak-anak cdia kan( pale lutut ko nak syg-syg laki/bini org..huh!!)


Yang Kena amik:: redha jeakla da nasib ak..maybe ketentuan Tuhan
Yang Mengambik:: ala da jodoh ak kan..terima jeakla (banyakla ko nyer jodoh..da ko gatal mmgla..jodoh xkan datang kalau ko tak menggatal k..tekanan ak ngan statement cam nie)


Yang Kena amik:: rasa diri cam useless xpenting or macam-macam perasaan lg
Yang Mengambik:: da rasa la diri ko tu cukup hebat..smpi laki/bini orang pun ko suka..tul x??


Yang Kena amik:: redha jeak..ikut jeak..if melawan kata derhaka lak (sbnrnyer syg lagi kat somi/isteri)
Yang Mengambik:: bangga duk canang sana sini ko duk amik laki/bini orang (hebat sgt ke ko tu..klu aklah kan selagi ley ak sorok ak sorok..ni ko..1 dunia ko canang konon ko perfect sgtla..ah budgettttttttt!!!)


Yang Kena amik:: malu if orang tau laki/bini duk de pasang lain..yela mana nak sorok muka (cfirm org ckp xpandai jaga sbb tu laki/bini carik lain)
Yang Mengambik:: bangga siot..kunun market tinggila smpi laki/bini orang pun suka kat ko (apa da xde yg single ke nak kan ko..ke dah xlaku..hahaha)




p/s::just sharing..sowy if de yg terasa..tapi cuba kita renung-renungkan balik yea..idup jue banyak dlm lingkungan kawan-kawan jue yg cam nie..emmm

teet::pesan untuk diri sendiri jugak..jgn disangka air yang tenang tak de boye k..so hati-hati!!!

Wednesday, October 19, 2011

~Wordless Wednesday::Worried bout Him~

Assalamualaikum..:-)
Salam 21Zulkaedah..:-)


ci bolat..:-)



p/s::sangat-sangat isau..hope dia kuat!!!

Monday, October 17, 2011

~Masker kulit kat Pantai Batu Hitam~

Assalamualaikum..:-)
Salam 19Zulkaedah..:-)


Oleh kerana da lama tak bermaskerkan kulit
nie..maklumla nak ke spa bagai manala mampu kan,
mampu..mampu sangat-sangat..mampu dengar
jeakla..keh3..sebab musabab banyak lagi keperluan
lain yang lebih perlu dari ke spa yg serasanya untuk
yang terlebih wang saje asenyer..tapi yang mampu pea
salahnyer kan sesekali mau manjakan diri sendiri yang
da keletihan bekerja 24hours tanpa rehat kan..:-)


So da ke spa tak dapat..de satu tempat yang
korang boleh sendiri maskerkan badan korang
of coz xperlu kuar-kuar duit bagai..free of charges k
kemana lagi..ke pantai la..mandi pantai k..ohhhhhh
tenang ase..da puas main-main air..duk tepi pantai
amik pasir-pasir pantai tu..lumurkan kat badan..kat
kaki..tangan..gosok-gosok bagi ilang semua daki-daki
yang de..silap-silap sel-sel kulit mati pun boleh ilang
yeakla..da tentu-tentula air laut tu kan masin..hahaha


Semalam ke pantai berempat..kebetulan jeak
tak plan-plan pun..ousemate yang cadangkan coz
nak bawak anaknyer mandi-manda kan..so kitorang
buang masa berempat ke pantai batu hitam area
beserah sana..if yang stay kuantan pasti tau nyer.
memang betul-betul mandi laut semalam..yeakla
balik-balik umah sangat penat asenyer..sakit bis kaki-
kaki yeakla..duk lompat-lompat ombak datang ke kaki
ha padahnyer balik terbongkam penat tak hengat..huk3
layan pic feeling baik punyer..keh3



us..:-)



p/s..sekali sekala g pantai..mandi laut..nikmati angin laut..ohhhhhhhhh indahnyer..:-)

teet::semalam kat umah xde air..hope xdela lagi jadi cam 2..mengejut jeak..upe-upenyer de paip pecah kat area umah..huk3

Friday, October 14, 2011

~Jumaat Yang Barakah::Kisah Iblis Terpaksa Berjumpa dengan Rasullullah S.A.W~

Assalamualaikum..:-)
Salam 16Zulkedah..:-)




Dari Muadz bin Jabal dari Ibn Abbas:

Ketika kami sedang bersama Rasulullah SAW di kediaman seorang sahabat Anshar, tiba - tiba terdengar panggilan seseorang dari luar rumah:
"Wahai penghuni rumah, bolehkah aku masuk? Sebab kalian akan membutuhkanku. "
Rasulullah bersabda : "Tahukah kalian siapa yang memanggil?"
Kami menjawab : "Allah dan rasulNya yang lebih tahu."
Beliau melanjutkan, "Itu iblis, laknat Allah bersamanya."
Umar bin Khattab berkata: "Izinkan aku membunuhnya wahai Rasulullah"

Nabi menahannya :" Sabar wahai Umar, bukankah kamu tahu bahwa Allah memberinya kesempatan hingga hari kiamat? Lebih baik bukakan pintu untuknya, sebab dia telah diperintahkan untuk ini, fahamilah apa yang hendak ia katakan dan dengarkan dengan baik."
Ibnu Abbas RA berkata: Pintu lalu dibuka, ternyata dia seperti seorang tua yang cacat satu matanya. Di janggutnya terdapat 7 helai rambut seperti rambut kuda, taringnya terlihat seperti taring babi, bibirnya seperti bibir sapi..

Iblis berkata: "Salam untukmu Muhammad..Salam untukmu para hadirin"

Rasulullah SAW lalu menjawab : "Salam hanya milik Allah SWT, sebagai mahluk terlaknat, apa keperluanmu? "

Iblis menjawab : "Wahai Muhammad, aku datang ke sini bukan atas kemauanku, namun kerana terpaksa."

"Siapa yang memaksamu? "

"Seorang malaikat utusan Allah mendatangiku dan berkata:

"Allah SWT memerintahkanmu untuk mendatangi Muhammad sambil menundukkan diri. Beritahu Muhammad tentang caramu dalam menggoda manusia. Jawablah dengan jujur semua pertanyaannya. Demi kebesaran Allah, andai kau berdusta satu kali saja, maka Allah akan jadikan dirimu debu yang ditiup angin."

"Oleh kerana itu aku sekarang mendatangimu. Tanyalah apa yang hendak kau tanyakan. Jika aku berdusta, aku akan dicaci oleh setiap musuhku. Tidak ada sesuatu pun yang paling besar menimpaku daripada cacian musuh."

Orang Yang Dibenci Iblis

Rasulullah SAW lalu bertanya kepada Iblis: "Kalau kau benar jujur, siapakah manusia yang paling kau benci?"

Iblis segera menjawab: " Kamu, kamu dan orang sepertimu adalah mahkluk Allah yang paling aku benci."

"Siapa selanjutnya? "

"Pemuda yang bertakwa yang memberikan dirinya mengabdi kepada Allah SWT."

"Lalu siapa lagi?"

"Orang Alim dan wara' (Loyal)"

" Lalu siapa lagi?"

"Orang yang selalu bersuci."

"Siapa lagi?"

"Seorang fakir yang sabar dan tak pernah mengeluhkan kesulitannnya kepada orang lain."

"Apa tanda kesabarannya? "

"Wahai Muhammad, jika ia tidak mengeluhkan kesulitannya kepada orang lain selama 3 hari, Allah akan memberi pahala orang - orang yang sabar."

"Selanjutnya apa?"

"Orang kaya yang bersyukur."

"Apa tanda kesyukurannya ?"

"Ia mengambil kekayaannya dari tempatnya, dan mengeluarkannya juga dari tempatnya ."

"Orang seperti apa Abu Bakar menurutmu?"

"Ia tidak pernah menurutiku di masa jahiliyah, apalagi dalam Islam."

"Umar bin Khattab?"

"Demi Allah setiap berjumpa dengannya aku pasti kabur. "

"Usman bin Affan?"

"Aku malu kepada orang yang malaikat pun malu kepadanya"

"Ali bin Abi Thalib?"

"Aku berharap darinya agar kepalaku selamat, dan berharap ia melepaskanku dan aku melepaskannya. Tetapi ia tak akan mahu melakukan itu." (Ali bin Abi Thalib selau berdzikir terhadap Allah SWT)

Amalan Yang Dapat Menyakiti Iblis

"Apa yang kau rasakan jika melihat seseorang dari umatku yang hendak solat?"

"Aku merasa panas dingin dan gementar. "

"Kenapa?"

"Sebab, setiap seorang hamba bersujud 1x kepada Allah, Allah mengangkatnya 1 darjat."

"Jika seorang umatku berpuasa?"

"Tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka"

"Jika ia berhaji?"

"Aku seperti orang gila"

"Jika ia membaca al-Quran?"

"Aku merasa meleleh laksana timah di atas api."

"Jika ia bersedekah?"

"Itu sama saja orang tersebut membelah tubuhku dengan gergaji."

"Mengapa jadi begitu? "

"Sebab dalam sedekah ada 4 keuntungan baginya... Iaitu keberkahan dalam hartanya, hidupnya disukai, sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka dan segala macam musibah akan terhalau dari dirinya."

"Apa yang dapat mematahkan pinggangmu?"

"Suara kuda perang di jalan Allah."

"Apa yang dapat melelehkan tubuhmu?"

"Taubat orang yang bertaubat."

"Apa yang dapat membakar hatimu?"

"Istighfar di waktu siang dan malam."

"Apa yang dapat mencoreng wajahmu?"

"Sedekah yang diam-diam. "

"Apa yang dapat menusuk matamu?"

"Solat fajar."

"Apa yang dapat memukul kepalamu? "

"Solat berjamaah."

"Apa yang paling mengganggumu? "

"Majlis para ulama."

"Bagaimana cara makanmu?"

"Dengan tangan kiri dan jariku."

"Dimanakah kau menaungi anak - anakmu di musim panas?"

"Di bawah kuku manusia."

Manusia Yang Menjadi Teman Iblis

Nabi lalu bertanya : "Siapa temanmu wahai Iblis?"

"Pemakan riba."

"Siapa sahabatmu?"

"Penzina."

"Siapa teman tidurmu?"

"Pemabuk"

"Siapa tamumu? "

"Pencuri."

"Siapa utusanmu?"

"Tukang sihir."

"Apa yang membuatmu gembira?"

"Bersumpah dengan cerai."

"Siapa kekasihmu?"

"Orang yang meninggalkan solat jumaat"

"Siapa manusia yang paling membahagiakanmu?"

"Orang yang meninggalkan solatnya dengan sengaja."

Iblis Tidak Berdaya Di hadapan Orang Yang Ikhlas

Rasulullah SAW lalu bersabda : "Segala puji bagi Allah yang telah membahagiakan umatku dan menyengsarakanmu."

Iblis segera menimpali :" Tidak , tidak.. Tak akan ada kebahagiaan selama aku hidup hingga hari akhir. Bagaimana kau boleh berbahagia dengan umatmu, sementara aku boleh masuk ke dalam aliran darah mereka dan mereka tak boleh melihatku.

Demi yang menciptakan diriku dan memberikan ku kesempatan hingga hari akhir, aku akan menyesatkan mereka semua. Baik yang bodoh, atau yang pintar, yang boleh membaca dan tidak boleh membaca, yang durjana dan yang soleh, kecuali hamba Allah yang ikhlas."

"Siapa orang yang ikhlas menurutmu?"

"Tidakkah kau tahu wahai Muhammad, bahawa barang siapa yang menyukai emas dan perak, ia bukan orang yang ikhlas. Jika kau lihat seseorang yang tidak menyukai dinar dan dirham, tidak suka pujian dan sanjungan, aku boleh pastikan bahawa ia orang yang ikhlas, maka aku meninggalkannya. Selama seorang hamba masih menyukai harta dan sanjungan dan hatinya selalu terikat dengan kesenangan dunia, ia sangat patuh padaku."

Iblis Dibantu oleh 70000 anak-anaknya.

Tahukah kamu Muhammad, bahawa aku mempunyai 70000 anak,Dan setiap anak memiliki 70000 syaitan.

Sebahagian ada yang aku tugaskan untuk mengganggu ulama. Sebahagian untuk menggangu anak - anak muda, sebahagian untuk menganggu orang - orang tua, sebahagian untuk menggangu wanita - wanita tua, sebahagian anak -anakku juga aku tugaskan kepada para Zahid.

Aku punya anak yang suka mengencingi telinga manusia sehingga ia tidur pada solat berjamaah. Tanpanya, manusia tidak akan mengantuk pada waktu solat berjamaah.

Aku punya anak yang suka menaburkan sesuatu di mata orang yang sedang mendengarkan ceramah ulama hingga mereka tertidur dan pahalanya terhapus.

Aku punya anak yang senang berada di lidah manusia, jika seseorang melakukan kebajikan lalu ia khabarkan kepada manusia, maka 99% pahalanya akan terhapus.

Pada setiap seorang wanita yang berjalan, anakku dan syaitan duduk di pinggul dan pahanya, lalu menghiasinya agar setiap orang memandanginya.

Syaitan juga berkata, "Keluarkan tanganmu", lalu ia mengeluarkan tangannya lalu syaitan pun menghiasi kukunya.

Mereka, anak - anakku selalu meyusup dan berubah dari satu tempat ke tempat lainnya, dari satu pintu ke pintu yang lainnya untuk menggoda manusia hingga mereka terhempas dari keikhlasan mereka.

Akhirnya mereka menyembah Allah tanpa ikhlas, namun mereka tidak merasa.

Tahukah kamu, Muhammad? Bahawa ada rahib yang telah beribadat kepada Allah selama 70 tahun. Setiap orang sakit yang didoakan olehnya, sembuh seketika. Aku terus menggodanya hingga ia berzina, membunuh dan kufur.

Cara Iblis Menggoda

Tahukah kau Muhammad, dusta berasal dari diriku?

Akulah makhluk pertama yang berdusta.

Pendusta adalah sahabatku. Barangsiapa bersumpah dengan berdusta, ia kekasihku.

Tahukah kau Muhammad?

Aku bersumpah kepada Adam dan Hawa dengan nama Allah bahawa aku benar-benar menasihatinya.

Sumpah dusta adalah kegemaranku.

Ghibah (gosip) dan Namimah (adu domba) kesenanganku.

Kesaksian palsu kegembiraanku.

Orang yang bersumpah untuk menceraikan isterinya ia berada di pinggir dosa walau hanya sekali dan walaupun ia benar. Sebab barang siapa membiasakan dengan kata - kata cerai, isterinya menjadi haram baginya. Kemudian ia akan beranak cucu hingga hari kiamat. Jadi semua anak - anak zina dan ia masuk neraka hanya kerana satu kalimat, CERAI.

Wahai Muhammad, umatmu ada yang suka lalai semasa solat. Setiap ia hendak berdiri untuk solat, aku bisikan padanya waktu masih lama, kamu masih sibuk, lalu ia manundanya hingga ia melaksanakan solat di luar waktu, maka solat itu dipukulkannya kemukanya.

Jika ia berhasil mengalahkanku, aku biarkan ia solat. Namun aku bisikkan ke telinganya 'lihat kiri dan kananmu',

Dia pun menoleh. Pada masa itu aku usap dengan tanganku dan kucium keningnya serta aku katakan 'solatmu tidak sah'.

Bukankah kamu tahu Muhammad, orang yang banyak menoleh dalam solatnya akan dipukul.

Jika ia solat sendirian, aku suruh dia untuk bergegas. Dia pun solat seperti ayam yang mematuk beras.

Jika dia berhasil mengalahkanku dan dia solat berjamaah, aku ikat lehernya dengan tali, hingga dia mengangkat kepalanya sebelum imam, atau meletakkannya sebelum imam.

Kamu tahu bahawa melakukan itu batal shalatnya dan wajahnya akan dirubah menjadi wajah keldai.

Jika dia berhasil mengalahkanku, aku tiup hidungnya hingga dia menguap dalam solat. Jika ia tidak menutup mulutnya ketika menguap, syaitan akan masuk ke dalam dirinya, dan membuatnya menjadi bertambah serakah dan gila dunia.

Dan diapun semakin taat padaku.

Kebahagiaan apa untukmu, sedang aku memerintahkan orang miskin agar meninggalkan solat. Aku katakan padanya, 'kamu tidak wajib solat, solat hanya wajib untuk orang yang berkemampuan dan sihat. Orang sakit dan miskin tidak, jika kehidupanmu telah berubah baru kau solat.'

Dia pun mati dalam kekafiran. Jika dia mati sambil meninggalkan solat maka Allah akan menemuinya dalam kemurkaan.

Wahai Muhammad, jika aku berdusta Allah akan menjadikanku debu.

Wahai Muhammad, apakah kau akan bergembira dengan umatmu padahal aku mengeluarkan seperenam mereka dari islam?

10 Permintaan Iblis kepada Allah SWT

"Berapa yang kau pinta dari Tuhanmu?"

"10 macam"

"Apa saja?"

Aku minta agar Allah membiarkanku berbagi dalam harta dan anak manusia, Allah mengizinkan.

Allah berfirman, "Berbagilah dengan manusia dalam harta dan anak. Dan janjikanlah mereka, tidaklah janji syaitan kecuali tipuan." (QS Al-Isra :64)

Harta yang tidak dizakatkan, aku makan darinya. Aku juga makan dari makanan haram dan yang bercampur dengan riba, aku juga makan dari makanan yang tidak dibacakan nama Allah.

Aku minta agar Allah membiarkanku ikut bersama dengan orang yang berhubungan dengan isterinya tanpa berlindung dengan Allah, maka syaitan ikut bersamanya dan anak yang dilahirkan akan sangat patuh kepada syaitan.

Aku minta agar boleh ikut bersama dengan orang yang menaiki kenderaan bukan untuk tujuan yang halal

Aku minta agar Allah menjadikan bilik mandi sebagai rumahku.

Aku minta agar Allah menjadikan pasar sebagai masjidku.

Aku minta agar Allah menjadikan syair sebagai Quranku.

Aku minta agar Allah menjadikan pemabuk sebagai teman tidurku.

Aku minta agar Allah memberikanku saudara , maka Ia jadikan orang yang membelanjakan hartanya untuk maksiat sebagai saudaraku.

Allah berfirman, "Orang - orang boros adalah saudara - saudara syaitan. " (QS Al-Isra : 27)

Wahai Muhammad, aku minta agar Allah membuatku boleh melihat manusia sementara mereka tidak boleh melihatku.

Dan aku minta agar Allah memberiku kemampuan untuk mengalir dalam aliran darah manusia.

Allah menjawab, "Silakan", aku bangga dengan hal itu hingga hari kiamat. Sebahagian besar manusia bersamaku di hari kiamatIblis berkata : "Wahai muhammad, aku tak boleh menyesatkan orang sedikitpun, aku hanya boleh membisikan dan menggoda."

Jika aku boleh menyesatkan, tak akan tersisa seorangpun.

Sebagaimana dirimu, kamu tidak boleh memberi hidayah sedikitpun, engkau hanya rasul yang menyampaikan amanah.

Jika kau boleh memberi hidayah, tak akan ada seorang kafir pun di muka bumi ini.

Kau hanya boleh menjadi penyebab untuk orang yang telah ditentukan sengsara.

Orang yang bahagia adalah orang yang telah ditulis bahagia sejak di perut ibunya. dan orang yang sengsara adalah orang yang telah ditulis sengsara semenjak dalam kandungan ibunya.

Rasulullah SAW lalu membaca ayat : "Mereka akan terus berselisih kecuali orang yang dirahmati oleh Allah SWT " (QS Hud :118 - 119)

Juga membaca, " Sesungguhnya ketentuan Allah pasti berlaku" (QS Al-Ahzab : 38)

Iblis lalu berkata : " Wahai Rasul Allah takdir telah ditentukan dan pena takdir telah kering. Maha Suci Allah yang menjadikanmu pemimpin para nabi dan rasul, pemimpin penduduk surga, dan yang telah menjadikan aku pemimpin makhluk-makhluk celaka dan pemimpin penduduk neraka. aku si celaka yang terusir, ini akhir yang ingin aku sampaikan kepadamu. Dan aku tak berbohong."




p/s::sama-sama kita muhasabah diri..moga hari ke hari..kita semakin menjadi insan yang baik..insyaAllah..:-)


teet::da jumaat..aishhh..baru lagi asenyer jumaat..coz jumaat minggu lepas lik kampung..huuuuuuuuu

Thursday, October 13, 2011

~Spontaneous Thursday::Shopping~

Assalamualaikum..:-)
Salam 15Zulkaedah..:-)


shopping time..huuuuu



p/s::sape nak bagi duit kat jue sejuta..mau penuhkan almari dgn pakaian cantik-cantik..mauuuu shopping puas-puas..ohhhhhhhhh indahnyer dunia..:-)

teet::berangan jap mau jadi kaya..dasar xsedor diri..berangan jeak tau..hakikatnyer..memang suka berangan pun..huuuuuuuuuu

Wednesday, October 12, 2011

~Wordless Wednesday::Maggie Tomyam~

Assalamualaikum..:-)
Salam 14Zulkaedah..:-)


meggi tomyam buatan kawan saya..yum3



p/s::asyik mam nasi jeak..now kena kurangkan mam nasi..kurengkan bukan xmam terus yea..t pitam lak..maklumla xboleh kalau xjumpa nasi sehari..hahahaha


teet::u all de tips nak kurengkan kulit kering x..kulit kaki jue nie sgt keringla..losyen da pki selalu..minyak baby pun sapu gak..aduhaii..tips2..kemari-kemari..huuuuuu

Tuesday, October 11, 2011

~Pisang muda masak tempoyak~

Assalamualaikum..:-)
Salam 13Zulkaedah..:-)


Al-maklumla kan kata baru balik
dari kampung kan..of coz la macam-macam
benda jue bawak balik umah sewa..yeakla
macam-macam mak bekalkan..padahal
permintaan lebih..yeakla makanan ala-ala
kampung payah sikit kat sini kecuali kalau
mewajinkan diri g ke pasar pagi ahad kat
bandar kontan kan..tapi da tentu-tentula
hari mingu jadi malas nak ke mana-mana..so da
balik kampung tu..abisla jue duk ngangkut makanan
dari kampung..macam-macam benda
salah satunyer pisang muda.

Al-kisahnyer pisang muda nie..pokoknyer
terbalik coz tiap-tiap petang ujan akan turun
beserta dengan ribut sekali..so pokok tu agaknyer
masih kecik..xdpt nak handle angin kuat sgt..terusla
terbalik..ingatkan mak jue patahkan upenye tumbang
dek angin ribut yang melanda..so pisang muda tu
ade yang suka buat kerepek kan..tapi dalam pale hotak
jue nie xde buat lainla..masak jadi lauk nasi lagi syok
bikin leleh air liur..hahaha..so petang semalam balik
keje jue terus ke dapur sediakan menu ini..jeng jeng jeng


hasilnyer..pisang muda msk tempoyak..telur grg tu sampingan jeak



p/s::dak umah kata jue nie suka masak pelik-pelik..ohhhhhh biasala sy nie style org tua sikit..keh3


teet::pisang muda nie masak lemak cili api pun ok gak yea..tryla all..layan..he3

Monday, October 10, 2011

~Doyan::Doyan::Doyan dan Doyan~

Assalamualaikum..:-)
Salam 12Zulkaedah..:-)


Oleh kerana balik kampung sebab mak
suh mam doyan..mana-mana jue nampak
doyan jeak..sana sini doyan..aishhhhhhhhh
kat dapur doyan..kat depan doyan..kat tengah
umah doyan..kat tepi pagar doyan..aiyooooooo
banyaknyer doyan..pusing-pusing kepala..pusing-
pusing badan nampak doyan jeak..huuuuuuuuu
kat umah da xde bau lain..sorryla nak cari bau lain
memang tak dapatla..perfume asli lagi..bauuuu doyan
hahahaha..balik kampung kejap jeak..mn sempat nak
melantak doyan puas-puas..ohhhh sedihhh terasa
doyan memanggil-manggil..
jue..ooo jue..meh2 nikmati isiku yang sangat manis dan lemak nie..
fuhhhhhhh terangkat beb..adoiiiiiii leleh lak airi liur ni ha

sabtu petang ada kenduri kit kat umah..kenduri pun
sebabnyer doyan..oleh kerana doyan yang kat umah
tu baru first time berbuah..mak niat nak jamu bagi orang
makan..so watla kenduri santan doyan..de yang panggil
pengat doyan..tapi kitorang pangil santan doyan..he3
kalau da kenduri tentu-tentula banyak kan..mehhh jamu
mata dengan santan doyan seperiuk nie ha..confirm
leleh air liur tengokkan..ohhh jangan jejes2 lak air liur
korang tu..t petang g cari doyan bikin santan doyan k.ha3




santan doyan..terliur x??yum3




p/s::alamak..tgok pic nie jadi terliur plak la..huuuuuuuu


teet::kalau masih kat kg nie..confirm tengah melantak doyan..aishhhhhhh leleh!!!

Friday, October 7, 2011

~Mangga Muda++Colek~

Assalamualaikum..:-)
Salam 9Zulkaedah::Jumaat Barakah..:-)


yum3..terliur x??


Terliur kan??confirm leleh air liur
sesape tengok nie..huuuuuuuuuu memang
leleh la..kul 12 tengah malam-malam buta
we all buat keje gila makan mangga
siap dengan coleknyer sekali..humakaiii
memang tersangat sedapla..rangup++masam
masam++lemak-lemak rasanya..:-)
cecah lak dengan colek yang sangat banyak
tak ketahuan hala member letak cili api..
fuhhhhhhhhh beradu tenaga..antara rangup++
masam-masam++lemak-lemak++pedas++manis
colek..masin belacan..pehhhhhhhhhhhh
memang menangis la nikmatnyer..hahahaha



p/s::rugi sape-sape yang xsuka mam colek mangga nie..nikmatnyer..pehhhhhhhh terangkat..:-)


teet::maybe today cabut balik kg terchenta..ohhhhhhhh sangat ketidaksabaran..huuuuuuuu ganu..here i'll come..cehhhhhhhhh..hahahaha

Thursday, October 6, 2011

~Cakit Kepala:::Adakah siptom migrain???~

Assalamualaikum..:-)
Salam 8Zulkaedah..:-)


Kesannya masih terasa sampai sekarang
terasa masih lagi denyut-denyut walaupun
tak kuat..sangat tak tertanggung bila sakit kepala
menyerang..entahla kot-kot ada yang tak pernah
rasa sakit kepala kan..manalah tau..huk3
sakit nie serang jue dari opis lagi..ingatkan
when balik rumah after mandi bolehla ilang kan
tapi Ya Allah makin kuat lak berdenyut-denyut.


ha lagi satu if jue sakit kepala kan..bukan sakit
tu serang belah depan tau..tapi belah belakang..belah
tengkuk..de yang cakap kalau sakit kat situ
kita alami tekanan..betul ke??tekanan pea yea??
jue rasa jue tak de la tertekan pea-pea..everythings
it's ok jeak..de gak yang kata banyak fikir..macam-
macam la andaian..tapi serasanya if belah belakang
sakitnyer..siptom migrain kan??ohhh takutnyer
sesape de migrain yea..cne yea siptom-siptom
migrain nie menyerang awal-awal..niela kalau
xnak g jumpa doctor cek..sibuk-sibuk lak duk tanyer
orang..aishhhhh pea la nak jadi ko ni jue oiiii


emmm sius malam tadi..memang tak boleh watpe
la..lelapkan mata pun awal..ingatkan after makan
bolehla ilang sakit pale kan..huk3 tapi makin kuat
lak denyutnyer..panadol pun kebetulan memang tak de
so menahan sakit jeakla..pejam gak pejam gak mata
nie sampai tertido..terjaga balik dalam kul 10 ingatkan
ilangla terus kan..tapi still denyut-denyut lagi..berat jeak
rasa kepala nie..rasa cam de batu jeak duk hempap..huk3
Allhamdulillah bangun-bangun pagi sakitnyer da ilang walau
still lagi terasa denyutan-denyutan kecil..tapi tak la terlalu sakit.


tengokla mata tu..kesan sakit kepala malam tadi


Pepagi nie memang terasa tak de moodla
nak makan kan..so just bawak roti jeak dari
umah..alih-alih sampai opis tengok de lak yang
bawak nasi lemak kan..so today breakfast
nasi lemak walau kepala still denyut-denyut
ag kan..rezeki depan mata tak kan nak tolak lak
(ayat cover..padahal pelahap xhengat..kah3)
sampai sekarang pewut masih full lagi..:-)


nasi lemak..yummy3



p/s::hope kepala nie da tak berlarutan lagi sakitnyer macam semalam..pea pun tak boleh buat..huk3..:-(


teet::sekejap mendung sekejap panas..cuaca cam nie sangat bahaya..mudah kena penyakit.

~6/10/2009::wujudnyer blog nie~

Assalamualaikum..:-)
Salam 8Zulkaedah..:-)



2 tahun lepas wujudnyer


"Damai Hati..Hidup Seadanya"


tempat luahan perasaan

tempat kongsi macam-macam

perihal hidup, susah senang

semua jue luahkan kat sini

walau tak semua hal peribadi

tercampak kat sini..(kenala cover2 ckit)

thanks pada yg sudi singgah kat sini

moga segala yg jue kongsi walau tak banyak

moga-moga de manfaatnyer..insyaAllah..:-)




p/s::tak kisah tak ramai follower..asalkan ramai yang sudi jengah baca coretan yang tak seberapa nie..:-)


teet::masih terasa lagi denyutan kat kepala nie..huk3..:-(

Wednesday, October 5, 2011

~Wordless Wednesday::Cakit pewut!!~

Assalamualaikum..:-)
Salam 7Zulkaedah..:-)



Minggu nie...minggu..huhuhuhu



"cakit pewuttttttttttt"



so..sangat tak de..



"mooddddd"



ase mooddy jeakkkkkkkkkk...mencik!!!!!!!!!!


p/s::so jangan nak sakitkan ht sy yea..timing tak kena ni..de yg kena sembur t..huk3


teet::serasa mau carik tempat yang tenang jeak..mau duk sesrg..bertemankan bunyi air dan kicauan burung..ohhhh indahnyer!!!!

Monday, October 3, 2011

~Weekends yang kebizian::ke sana ke sini~

Assalamualaikum..:-)
Salam 5Zulkaedah..:-)


Sabtu yang kebizian ke sana kemari
after keje kul 1..berkejaran ke wedding
dengan housemate..mam tak bape banyak
coz pewut da full yeakla pepagi da melantak
nasi minyak kan..maula tak full pewut nie
tapi rugi la coz lauk pauk semua besh-besh la
sehingga menjilat kuku kaki (bweeeekkkk..jijik ayat)
petang after wedding ade house mate baru mau
masuk rumah..so tolong dia kemas-kemas
memangla sangat penat..huuuuuuuuuu


Malam curik masa jap ke giant untuk mam mee telipot
(entah betul ke idak namanyer nie..bahan jeakla..kah3)
tu dengan dak ain..cam mengidam sangat nak mam kan
ha ko layan jeak la..agpun member nak banje
tak kan nak tolak rezeki kan..we all order mee cendawan
ohhhhhhhh sedap-sedap..berserta dengan cili jeruk..yummy3
ha nie pic mee nyer..layannnnnnnnnnn


nampak besh kan..ohhh yummy3..haha gelak keji..:-)


Pepagi ahad da bangun..serasa cam tak bape
lena nak tido coz banyak benda nak buat,
after da kemas-kemas umah semua..kitorang
bertiga menuju ke bandar plak carik langsir utk
umah..yeakla kalu xde langsir serasa cam we all
tinggal dalam aquarium k..transparent semua waktu
malam..da settle bab langsir terus pecut kete
menuju ke umah family housemate..pun pang pung pang
kul 5 gakla sampai umah..pehhhhhhhh sangat penat..
serasa mau terlentang jeak..ke sana ke sini satu hari
tanpa rehat memang la tersangat penatnyer..huk3
tapi penat yang berbaloi-baloi..Allhamdulillah semua settle..:-)



p/s::sangat tidak suka tday..coz terasa penat di mana-mana..ouchhhhhhhhh!!!


teet::balik mau masak, makan banyak-banyak yum3, rehat-rehat dan tido..hahaha..syok!!!

Saturday, October 1, 2011

~Kebosanan sabtu::attend wedding~

Assalamualaikum..:-)
Salam 3Zulkaedah..:-)




Sabtu yang busan kena keje

apa-apa pun, busan cam ne sekalipun

keje tetap keje..da nama pun..


"Tanggungjawab"


so nak ke tak nak ke..kenala..


"Ikhlaskan hati"



petang nie..housemate

ajak temankan dia ke wedding

membernyer..so layan jeakla

ikuttttttttt jeak..huuuuuuuuuuu

walaupun sebenarnyer banyak

benda nak wat ujung minggu nie

tapi takpela..step by step..he3




p/s::ohhhh sangat banyak benda nak buat..tak sabar tak sabar..weeeeeeee


teet::minggu depan terasa mau balik kg..lagipun mak da call suh balik mam doyan..weeeeee

~Tolong Jue click ye all..LOVE u more~