Tuesday, November 29, 2011

~Hari Ini saya sakit pewuttt++sakit kepala~

Assalamualaikum..:-)
Salam 3Muharram..:-)


Hari ni dalam sejarah..(ayat poyo jap)..sy diserang
sakit pewuttt datang bersama sakit kepala..apakah??
mengapakah??kenapakah??semua ini terjadi pada sy
di saat-saat sy sangat kebizian tahap melampau.
di saat sy mau menikmati indahnye waktu bizi..kenapa??
apakah sebabnyer pewut sy tetiba sakit..sedangkan
malam semalam sy tdak pun mengisi pewut sy dengan
apa jenis makanan sekali pun..last sy menjamu pewut sy nie
sewaktu sy mau tunggu ciputet sy dimakeupkan..tu pun
sy hanya menikmati semangkuk ABC..sebelum itu sy menikmati
meehun yang dibeli waktu pagi..tapi sy menikmatinya pd waktu
petang..adakah??apakah??meehun itu yang membuatkan
pewuttt sy tak keruan di hari ini??betul kah??huk3




mood::nyampah..pewut masih sakit++pale lak denyut-denyut bagai..huk3..:-(


teet::post tanpa gambar..sbb pewut makin sakit..aduyaiiiiiiiiiiii..nak balik!!!

Sunday, November 27, 2011

~Salam Maal Hijrah~

Assalamualaikum..:-)
Salam 1Muharram 1433H..:-)







p/s::akhirnyer tahun baru muncul jugak..salam satu muharram1433H


teet::moga segala cita-cita dan impian akan terlaksana dimasa akan datang..InsyaAllah..:-)

Friday, November 25, 2011

~Muharram Dalam Pandangan Islam~

Assalamualaikum..:-)
Salam 29Zulhijjah..:-)




ALLAH SWT berfirman (maksudnya), “Sesungguhnya bilangan bulan di sisi ALLAH adalah 12 bulan sebagaimana ketetapan ALLAH ketika DIA menciptakan langit dan bumi. Di antaranya ada empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu.” (Surah at-Taubah, 9: 36)

Nabi SAW bersabda, “Waktu itu telah berputar sebagaimana biasa sejak ALLAH menciptakan langit dan bumi. Satu tahun ada 12 bulan, di antaranya empat bulan haram. tiga bulan berturut-turut, iaitu Zulkaedah, Zulhijah, Muharam, dan satu lagi ialah Rejab yang terletak di antara Jamadilakhir dan Syaaban.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Muharam ialah bulan yang mulia dan ia memiliki keutamaannya tersendiri. Nabi SAW menyatakan Muharam ialah bulan ALLAH, dan puasa yang paling afdal setelah Ramadan ialah puasa dalam Muharam.

Kata Nabi SAW, “Puasa yang paling afdal setelah puasa Ramadan ialah puasa di bulan ALLAH, al-Muharam. Solat yang paling afdal setelah solat yang difardukan adalah solat pada malam hari.” (Hadis Riwayat Muslim)

Dalil-dalil ini semuanya menunjukkan kemuliaan di bulan haram, terutamanya Muharam. Selain itu, di dalamnya turut ditegaskan lagi akan larangan menganiaya diri. Ini menunjukkan perbuatan maksiat di bulan haram lebih diharamkan lagi berbanding bulan-bulan selainnya. Sebaliknya, amalan soleh pula akan diberikan ganjaran yang besar.

Cuma dalam sebahagian kepercayaan masyarakat Melayu pada hari ini, mereka ada yang mempercayai Muharam ini adalah bulan yang membawa sial sehingga mereka sangat takut untuk menikahkan anak-anak mereka pada bulan ini. Kepercayaan ini sangat popular dalam kalangan masyarakat jawa khususnya.

Wallahualam, setakat kajian penulis tidak ditemui sebarang dalil yang menguatkan kesahihan kepercayaan tersebut. Maka kepercayaan yang tidak dilandaskan kepada dalil yang benar ini, ia hanya tinggal khurafat dan tahyul semata-mata.

Hikmah bulan haram

Di antara hikmah dijadikan empat bulan haram di mana tiga bulan secara berturut-turut dan satu bulan lagi dengan menyendiri adalah bagi memberi ketenangan kepada umat Islam yang melaksanakan ibadah haji. Iaitu Zulkaedah merupakan satu bulan pertama sebelum bermulanya bulan haji. Seterusnya bulan Zulhijah di mana umat Islam disibukkan dengan ibadah haji dan melaksanakan manasiknya. Kemudian dijadikan bulan yang seterusnya juga sebagai bulan haram, iaitu Muharam supaya pada bulan tersebut mereka dapat kembali ke wilayah atau negara mereka masing-masing yang saling berjauhan secara aman.

Manakala Rejab yang berada di pertengahan tahun pula adalah supaya pada bulan tersebut umat Islam di sekitar Jazirah Arab dapat mengunjungi Kaabah dan melaksanakan umrah dengan aman. (Lihat: Tafsir Ibnu Katsir, 4/148)

Ini adalah kerana dalam bulan-bulan haram, umat Islam diharamkan untuk berperang melainkan sekiranya umat Islam lebih dahulu diserang atau diperangi. Pada ketika umat Islam lebih dahulu diserang, mereka dibolehkan untuk mempertahankan diri serta membuat serangan balas.

Amalan sunnah Muharam

Di antara amalan sunnah yang disebutkan secara khusus pada Muharam adalah berpuasa sunnah.

Sebagaimana disebutkan dalam hadis di atas, puasa yang paling afdal setelah puasa Ramadan adalah puasa Muharam. Maksud puasa dalam hadis tersebut adalah puasa sunnah secara umum. Memperbanyakkan amalan puasa sunnah dalam bulan ini (Muharam) terutamanya pada hari ke-10 Muharam adalah termasuk sunnah-sunnah yang sangat dianjurkan.

‘Abdullah B ‘Abbas r.a berkata, “Nabi tiba di Madinah dan beliau mendapati orang-orang Yahudi sedang berpuasa ‘Asyura (hari ke-10 Muharam).” Nabi bertanya, “Puasa apakah ini?”

Orang-orang menjawab, “Hari ini adalah hari yang baik, iaitu hari di mana ALLAH telah menyelamatkan bani Israel daripada kejahatan musuhnya, maka Musa pun berpuasa sebagai tanda syukur beliau kepada ALLAH dan kami pun turut serta berpuasa.

”Nabi SAW pun berkata, “Kami lebih berhak terhadap Musa daripada kamu semua.” Akhirnya Nabi pun berpuasa dan memerintahkan umat Islam untuk berpuasa.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Sejarah penetapan puasa ‘Asyura mengalami beberapa fasa. Pada awalnya, ketika di Makkah Nabi berpuasa ‘Asyura tanpa memerintah orang lain untuk berpuasa. Kemudian apabila sampai di Madinah, beliau tetap terus berpuasa di hari Asyura dan memerintahkan umat Islam agar turut berpuasa.

Tetapi setelah perintah kewajiban berpuasa Ramadan turun, puasa pada hari Asyura menjadi sunnah dan tidak diwajibkan. Rasulullah mengatakan, “Sesiapa yang hendak berpuasa (pada hari Asyura), silakan berpuasa, bagi yang tidak berpuasa, juga tidak mengapa.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Kemudian ketika di penghujung hayatnya, Rasulullah SAW bertekad untuk tidak hanya berpuasa pada hari Asyura (hari ke-10) Muharam, tetapi juga bertekad untuk puasa pada hari yang ke-9.

Ibnu ‘Abbas r.a berkata, “Ketika Nabi sedang berpuasa pada hari Asyura dan memerintahkan para sahabatnya untuk turut berpuasa, para sahabat berkata, “Wahai Rasulullah, hari Asyura adalah hari yang diagungkan oleh Yahudi dan Nashara.”

Maka Rasulullah SAW berkata, “Jika begitu, tahun depan insya-ALLAH kita puasa sekali pada hari yang ke sembilannya.” Ibnu ‘Abbas berkata, “Tetapi belum sempat sampai tahun depan, beliau telah wafat terlebih dahulu.” (Hadis Riwayat Muslim)

Dari hadis ini, umat Islam tidak hanya disunnahkan agar berpuasa di hari ke-10 Muharam atau dikenali sebagai hari Asyura, tetapi juga turut disunnahkan agar berpuasa pada hari ke sembilan Muharam.

Rasulullah mengisyaratkan tentang kelebihan puasa ‘Asyura sebagaimana sabdanya, “Adapun puasa di hari Asyura, aku memohon kepada ALLAH agar ia dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu.” (Hadis Riwayat Muslim)

Salah faham Muharam

Dalam kalangan masyarakat Islam hari ini, terdapat beberapa salah faham tentang Muharam. Selain kepercayaan khurafat sebagaimana telah penulis sentuh, terdapat beberapa amalan lain yang turut perlu diambil perhatian. Antaranya adalah seperti amalan doa khusus awal dan akhir tahun hijriah, perayaan maal hijrah, puasa awal dan akhir tahun, dan perayaan meratap kematian Hussein B ‘Ali r.a.

Kata Syaikh Bakr B Abdillah Abu Zaid rahimahullah, “Tiada dalam syariat ini sedikit pun doa atau zikir-zikir khusus untuk awal tahun Muharam. Umat Islam pada hari ini banyak membuat tokok-tambah (bidaah dalam agama) berupa doa, zikir, atau saling bertukar ucapan selamat. Demikian juga dengan puasa awal tahun baru, menghidupkan malam pertama Muharam dengan solat, zikir, atau doa-doa yang khusus, serta puasa akhir tahun dan seumpamanya yang sebenarnya semua ini tidak ada dalilnya sama sekali.

Tidak juga ada satu pun doa atau zikir-zikir khusus sempena akhir tahun yang memiliki sandaran dalil syarak’. Di setiap akhir tahun, ramai orang yang berdoa dan menyusun doa-doa khusus tertentu yang tidak pernah ditetapkan oleh syarak’. Ini semua adalah contoh perbuatan bidaah yang padanya tidak memiliki asas sandaran dalam agama.” (Tashhiih ad-Du’a, m/s. 107 – Daar al-‘Aashimah)

Demikian juga dengan amalan khusus ratapan sempena kematian Saidina Hussein B Ali r.a dan perayaan maal hijrah sempena bertukarnya angka tahun baru hijriah. Tidak ada sama sekali sandaran dalinya dari sunnah Rasulullah SAW mahupun contoh daripada amalan para sahabat ridhwanullah alaihim ajma’in sedikit pun.

Maka, cukuplah sunnah Rasulullah dan contoh pedoman para sahabatnya sebagai qudwah tauladan dalam beragama.Wallahualam.

 
 
 
p/s::Selamat Menyambut awal muharram..:-)
 
 
teet::serasa sangat pantas masa berlalu meninggalkan kita..kita kejar masa atau masa yang kejar kita sekarang nie..renung-renungkanla.

Thursday, November 24, 2011

~Air masuk umah~

Assalamualaikum..:-)
Salam 28Zulhijjah..:-)


Semalam petang dapat call dari member umah
da nak balik da pun baru dia call..tu pun sebab nak
ajak teman g amik borang-nya..kalau tak jue still tak
tau yang umah sewa kitorang da masuk air banjir
masa tengahari tu..habis dalam umah..dahla airnya
kotor kata member..warna hitam lagi ko..bis carpet
basah lencun..sudahnyer buang jeakla carpet tu..xpela
lagipun carpet lama..baju kotor dalam bakul depan pintu
bilik pun bis basah separuh..kena air banjir tu..yang tak
boleh blah member cakap..air yang masuk umah tu
colornyer..pehhhhhhhh hitam pekat..da tentu-tentula
hitam kan..nama pun air longkang..poblem betul la area
situ..longkang tak diselenggara dengan betul..sudahnya
bis air melimpah masuk umah..kebarangkalian lagi tinggi
bila hujan mencurah-curah turun tanpa henti..huk3


Balik semalam air yang masuk umah tu da kering
tapi belum di mop la kan..so memang kotor..jue
balik-balik terus masak coz nak kejar member datang
amik..ajak teman dia kan..so tak sempat nak kemas-
kemas semua..after balik dari teman member baru
jue kemas-kemas kit..member lak mop satu rumah
jue settle baju-baju kotor yang dah tentu-tentula kena
basuh..dahla kena air hitam..kotor++busuk lak tu..
harap-harap..pas nie tak de la air masuk umah lagi..hope
ujan tak de la berterusan walaupun sekarang nie memang
musim tengkujuh kat pantai timur kan..first time nie jue rasa
tau..rumah masuk air sbb ujan..terasa cam tak tau nak buat
pea pun de..cam tergamam pun de masa member gtau..aishhh


jgnla sampai cam nie kan..terus xnmpk umah




p/s::musim ujan..memang tak dapat nak dielakkan la banjir melanda kawasan-kawasan yang rendah


teet::sib baik kampung jue tak banjir..seribu rahmat adanya empangan kenyir..Allhamdulillah..:-)

Wednesday, November 23, 2011

~Gelap Gulita::Time To Tarik Confoter~

Assalamualaikum..:-)
Salam 27Zulhijjah..:-)


Ujan lebat tanpa henti-henti..suasana
pun gelap gulita cam malam..apa yang korang
rasa perkara paling besh nak buat time-time
cam nie..kalau jue la kan..dalam pale hotak
nie just mau baring-baring..tarik simut..if da bosan
bangun membuncitkan pewut..baring-baring lagi
bangun lagi membuncitkan pewut..begitula seterusnya
sampai malam..hahahaha tu la perangai malas jue
time-time musim ujan nie..u all lak??pea suka buat
time-time tengkujuh cam nie???of coz masing-masing
ada cara dan kesukaan masing-masing kan??apa pun
kita layan lagu jiwang-jiwang time nie sambil merehatkan
minda ok gak kan..sambil membuncitkan pewut sekali..huuu


Dadali-Saat ak mencintaimu



p/s::suka lagu nie..lirik n melodi besh..dua rangkap kata-kata nie..sgt bermakna..from him!!


teet::mood terasa mau jiwang-jiwang lak..boleh ke??layankan aje..muahahahaha

~Tolong Jue click ye all..LOVE u more~