Tuesday, July 19, 2011

~Lemahkah Kita Bila Kita Tak Bersuara???~

Assalamualaikum..:-)
Salam untuk semua..:-)


ku dambakan berada di sini..ohhh indahnya




Sejujurnya seseorang tu bila marah
atau ada yang tak berkenan di hati kan, confirm
akan terus marah, terus menyemburkan kata-kata
tanpa mengira perasaan orang lain, yang pentingnya
perasaan sendiri akan lega kan..tapi sejujurnya jue
bukan seperti itu, if jue terasa or marah sekalipun
jue akan diam terlebih dulu, tapi satu reaksi muka
jue tak mampu nak sorok, kalau da marah tu confirmla
muka masam jeak, mulut lak muncung sampai boleh ikat
dengan tali..tapi reaksi kita mempamerkan kemarahan
tak kan sama kan, sejujurnya bila kita belajar memahami
seseorang, kita pasti akan faham how them to eksperasikan
watak ketidakpuasan hati masing-masing kan.


Tapi dianggap lemahkah kita andai kita tak bersuara??
lemahkah kita if kita mengambil jalan untuk tidak
mengusutkan keadaan?? lemahkah kita andai dengan tak
bersuara kita mampu menjaga banyak hati??masih lemahkah
kita andai kita memilih untuk tidak bersuara kalau kita
tau if kita bersuara keadaan akan lebih buruk?? masih dianggap
lemahkah kita??? bagi jue, bersuara bila jue rasakan
bila dengan bersuara itu segala kekalutan dan kekusutan akan
terlerai..bukan bila jue bersuara akan membuatkan banyak hati
yang kecewa, banyak hati yang terluka...:-(



"Masih dianggap lemahkah kita????"




p/s...pea pendapat korang semua..sudi-sudila syer dengan jue k..:-)



teet::emmm menghitung hari, untuk pulang ke kampung terchenta, terasa senang mahu lari dari segala kekusutan ni..huhuhuhu

~Semakin Buruk~

Assalamualaikum..:-)
Salam untuk semua..:-)


airmata sangat murah tika dan saat ini..:-(


Emmmm keadaan semakin buruk
mampukah lagi untuk terus bertahan
terasa diri sangat tak bermaya, terasa
mahu di ikut kata hati, tapi segala-galanya
seolah-olah terlalu sukar, mungkin ada sesuatu
di sebalik semua ini, YA ALLAH satu kumohon
kuatkan hati dan perasaan kami..semoga semuanya
akan baik-baik saje..dan semoga bahagia itu milik
kami..INSYAALLAH..:-)




p/s..disebalik semua kekalutan ini..kuharapkan hikmahnye..



teet::belum sempat brekfast, tersangat kebizian lak today..aishhhh

Monday, July 18, 2011

~Sabtu yang Kebusanan And Ahad yang Sedikit Ceria~

Assalamualaikum..:-)
Salam untuk semua..:-)



omeiii matahari tu..:-)



Masa berlalu sangat pantas, pejam celik pejam celik
da pun isnin kan,ohhh today cam tak de mood nak koje
entah kenapa hati rasa sakit jeak..menyucuk-nyucuk
rasanya, aishhhhhhhh tekanan sungguh la..nak abaikan
atau kena alert..pening sudah nak fikir nie, apalah nasib
pas satu satu, bila entah nak habis semuanya, huhuhuhu


Isnin yang cerah dan terang kat kuantan today
emmm syg-syg jue semua da brekfast???
jue just mam roti and minum pearl cafe jeak.
lunchies nanti mam nasi coz staff ofis ada bawak
nasi and lauk..so lunch..time untuk mengisi pewut la.
ohhhh 2 days tak on9, miss sungguh rasanyer
miss nak blogwalking, miss nak updato, pendek kata
semua miss la..weeeeeeeeeeeeee


emm sabtu cuti jue kat rumah jeak, very the busan ok
tak de plan pun nak ke mana and buat apa
so stay umah, jadi suri rumahla, pastu belai-belai my
ciputet tu..ohhh berseri-seri dirinya sudah..keh3
malam baru keluar mengisi pewut muncit nie.


Ahad semalam menghadirkan diri ke rumah kawan
kenal kat fb, ada makan-makan kat rumahnye sempena
nak menyambut puasa and celebrate besday anaknye yang
sulong, yang kelakarnya tu, jue tak tau pun celebrate besday
sekali so g pun melenggang jekla, tak de bawak present pun
aduhai sangat gamble tau, time balik lak tuan rumah
siap kasi gudies ag, aiyaaaakkkkkkk lagi segan ase, cam nak
masukkan jea muka ni kat dalam baju..muahahahahaha





p/s..busan kan my weekend..aishhhhhhhhhhh tekanan dimana-mana rasanyer..huuuuu



teet::serasanya macam da cukup bersabar, tapi lagi sabar lagi kuat ak diuji..oh Tuhan apa hikmahnyer, ak REDHA...:-(

Friday, July 15, 2011

~Jumaat Yang Barakah::Persepsi Dalam Persahabatan~

Assalamualaikum..:-)
Salam untuk semua..:-)


Terasa tenang jiwa..:-)


KECINTAAN merupakan elemen yang paling penting sekali dalam sesebuah persahabatan. Ikatan sesebuah persahabatan akan mudah rapuh jika tiadanya kecintaan antara dua insan yang disandarkan kepada si pemilik cinta itu sendiri. Sebab itu, kadang-kadang perlunya kita meluahkan rasa cinta kita terhadap sahabat.


KASIH SAYANG lebih kurang sama sahaja maksudnya dengan kecintaan. Namun, setelah kita mencintai sahabat kita, perlunya kita curahkan segala kasih sayang kita terhadap mereka.Tetapi, kadangkala kasih sayang tidak perlu dipamerkan secara luaran. Cukuplah sekadar kita mendoakan untuk sahabat-sahabat kita, insyaAllah, itu sudah cukup membuktikan betapa
sayangnya kita terhadap mereka.


KEIKHLASAN dapat menjamin sesebuah persahabatan mendapat keberkatan dan rahmat daripada Illahi. Tidak ikhlas ketika bersahabat dengan seseorang akan mengundang permusuhan antara sahabat. Bersahabatlah dengan seseorang kerana keluhuran hati budinya, bukan kerana rupa, pangkat atau harta yang dimilikinya.


KESETIAAN terhadap seseorang sahabat mampu memanjangkan tali persahabatan walaupun jarang bertemu. Apabila kita setia terhadap kita, kita akan diingati oleh mereka sehingga akhir hayat mereka, kerana tidak kira susah atau senang, kita setia berada di sisinya memberi sokongan,
insyaAllah.


KEBERANIAN dalam berkata benar. Dalam persahabatan juga, kita hendaklah berani apabila ingin mengatakan sesuatu. Lebih-lebih lagi jika kita telah melakukan sesuatu yang menyakiti hatinya, kita kena berani mengaku padanya atas kesilapan yang dilakukan. Selain itu, berani juga dalam
menasihati sahabat kita. kerana sebagai sahabat, kita mesti mahukan yang terbaik untuk mereka kan?


KEJUJURAN juga perlu dalam persahabatan. Jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat kita. Mereka juga perlu tahu apa yang kita lalui dalam kehidupan kita. Jangan berahsia, melainkan pada perkara yang benar-benar perlu dirahsiakan (hehehe).


KEMAAFAN. Sekiranya sahabat kita pernah melakukan sebarang kesilapan, bersedialah untuk memaafkannya, tidak kira sebesar manapun kesalahan mereka terhadap kita kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya. Jika kita yang bersalah, janganlah malu untuk meminta maaf daripada mereka kerana orang yang dahulu meminta maaf
adalah orang yang hebat.


KESEDIHAN. Apabila kita sedar bahawa sahabat kita sedang bersedih, maka, ikutlah sedih bersama-sama dengan mereka. Tawarkanlah bahu kita untuk dijadikan tadahan air mata mereka. Kerana tiada siapa yang akan mereka cari selain kita sahabat mereka.


KEGEMBIRAAN. Begitu juga dengan kegembiraan. Jika kita gembira, maka marilah berkongsi kegembiraan itu bersama sahabat-sahabat tercinta. Tidak mahukah kita bergelak tawa dengan mereka? Tidak mahukah kita melihat ukiran-ukiran senyuman indah di raut wajah mereka? Kegembiraan kita, kegembiraan mereka jua.


KESERASIAN di sini bukanlah bermaksud, "Kau cantik, aku mesti cantik," "Kau kaya, aku pun kena kaya". Tidak sama sekali. Sememangnya manusia dijadikan oleh Allah berbeza-beza, namun, dalam persahabatan keserasian dapat diwujudkan apabila terbinanya persefahaman antara dua pihak. Apabila ada persefahaman, barulah hubungan kita dengan sahabat kita akan menjadi lebih baik dan akan berkurangnya pergaduhan disebabkan salah faham.





p/s: Dalam persahabatan jangan suka memburuk-burukan orang lain. Sekiranya kita tidak suka jangan bercakap buruk dan
jangan memberi persepsi buruk seseorang terhadap orang lain.
Apabila menceritakan keburukan pada orang lain/umum
bererti anda sendiri yang memberi persepsi buruk pada semua.



teet::Seorang sahabat tu seperti sebutir mutiara, jagala sebaik mungkin kerana percayalah tanpa seorang yang bernama sahabat, dunia kita pasti akan sepi dan tidak bererti..:-)

~Senyum++Legakan Otot-Otot Muka~

Assalamualaikum..:-)
Salam untuk semua..:-)


pic pinjam mkcik gugle



Berikut adalah nama Isteri di HP Suami (hasil survey majalah)



① Baru menikah: MY LOVELY WIFE
 ② 1 thn menikah: MY WIFE
 ③ 5 thn menikah: HOME
 ④ 10 thn menikah:IBU PEJABAT
 ⑤ 15 thn menikah: BILIK GERAKAN
 ⑥ 20 thn menikah: BOS
 ⑦ 25 thn menikah: WRONG NUMBER
 ⑧ 30 thn menikah: WONG EDAN

⑨ 35 thn menikah: MAK LAMPIR ‎



p/s..this joke jangan di pandang sebelah mata, hakikatnyer walau tak semua ini adalah sebuah kenyataan, so fikir-fikirkanla.



teet::breakfast nasi goreng, lunchies nanti mam nasi lagi, melimpah betul rezeki today, Allhamdulillah.

~Tolong Jue click ye all..LOVE u more~