Friday, July 15, 2011

~Jumaat Yang Barakah::Persepsi Dalam Persahabatan~

Assalamualaikum..:-)
Salam untuk semua..:-)


Terasa tenang jiwa..:-)


KECINTAAN merupakan elemen yang paling penting sekali dalam sesebuah persahabatan. Ikatan sesebuah persahabatan akan mudah rapuh jika tiadanya kecintaan antara dua insan yang disandarkan kepada si pemilik cinta itu sendiri. Sebab itu, kadang-kadang perlunya kita meluahkan rasa cinta kita terhadap sahabat.


KASIH SAYANG lebih kurang sama sahaja maksudnya dengan kecintaan. Namun, setelah kita mencintai sahabat kita, perlunya kita curahkan segala kasih sayang kita terhadap mereka.Tetapi, kadangkala kasih sayang tidak perlu dipamerkan secara luaran. Cukuplah sekadar kita mendoakan untuk sahabat-sahabat kita, insyaAllah, itu sudah cukup membuktikan betapa
sayangnya kita terhadap mereka.


KEIKHLASAN dapat menjamin sesebuah persahabatan mendapat keberkatan dan rahmat daripada Illahi. Tidak ikhlas ketika bersahabat dengan seseorang akan mengundang permusuhan antara sahabat. Bersahabatlah dengan seseorang kerana keluhuran hati budinya, bukan kerana rupa, pangkat atau harta yang dimilikinya.


KESETIAAN terhadap seseorang sahabat mampu memanjangkan tali persahabatan walaupun jarang bertemu. Apabila kita setia terhadap kita, kita akan diingati oleh mereka sehingga akhir hayat mereka, kerana tidak kira susah atau senang, kita setia berada di sisinya memberi sokongan,
insyaAllah.


KEBERANIAN dalam berkata benar. Dalam persahabatan juga, kita hendaklah berani apabila ingin mengatakan sesuatu. Lebih-lebih lagi jika kita telah melakukan sesuatu yang menyakiti hatinya, kita kena berani mengaku padanya atas kesilapan yang dilakukan. Selain itu, berani juga dalam
menasihati sahabat kita. kerana sebagai sahabat, kita mesti mahukan yang terbaik untuk mereka kan?


KEJUJURAN juga perlu dalam persahabatan. Jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat kita. Mereka juga perlu tahu apa yang kita lalui dalam kehidupan kita. Jangan berahsia, melainkan pada perkara yang benar-benar perlu dirahsiakan (hehehe).


KEMAAFAN. Sekiranya sahabat kita pernah melakukan sebarang kesilapan, bersedialah untuk memaafkannya, tidak kira sebesar manapun kesalahan mereka terhadap kita kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya. Jika kita yang bersalah, janganlah malu untuk meminta maaf daripada mereka kerana orang yang dahulu meminta maaf
adalah orang yang hebat.


KESEDIHAN. Apabila kita sedar bahawa sahabat kita sedang bersedih, maka, ikutlah sedih bersama-sama dengan mereka. Tawarkanlah bahu kita untuk dijadikan tadahan air mata mereka. Kerana tiada siapa yang akan mereka cari selain kita sahabat mereka.


KEGEMBIRAAN. Begitu juga dengan kegembiraan. Jika kita gembira, maka marilah berkongsi kegembiraan itu bersama sahabat-sahabat tercinta. Tidak mahukah kita bergelak tawa dengan mereka? Tidak mahukah kita melihat ukiran-ukiran senyuman indah di raut wajah mereka? Kegembiraan kita, kegembiraan mereka jua.


KESERASIAN di sini bukanlah bermaksud, "Kau cantik, aku mesti cantik," "Kau kaya, aku pun kena kaya". Tidak sama sekali. Sememangnya manusia dijadikan oleh Allah berbeza-beza, namun, dalam persahabatan keserasian dapat diwujudkan apabila terbinanya persefahaman antara dua pihak. Apabila ada persefahaman, barulah hubungan kita dengan sahabat kita akan menjadi lebih baik dan akan berkurangnya pergaduhan disebabkan salah faham.





p/s: Dalam persahabatan jangan suka memburuk-burukan orang lain. Sekiranya kita tidak suka jangan bercakap buruk dan
jangan memberi persepsi buruk seseorang terhadap orang lain.
Apabila menceritakan keburukan pada orang lain/umum
bererti anda sendiri yang memberi persepsi buruk pada semua.



teet::Seorang sahabat tu seperti sebutir mutiara, jagala sebaik mungkin kerana percayalah tanpa seorang yang bernama sahabat, dunia kita pasti akan sepi dan tidak bererti..:-)

~Senyum++Legakan Otot-Otot Muka~

Assalamualaikum..:-)
Salam untuk semua..:-)


pic pinjam mkcik gugle



Berikut adalah nama Isteri di HP Suami (hasil survey majalah)



① Baru menikah: MY LOVELY WIFE
 ② 1 thn menikah: MY WIFE
 ③ 5 thn menikah: HOME
 ④ 10 thn menikah:IBU PEJABAT
 ⑤ 15 thn menikah: BILIK GERAKAN
 ⑥ 20 thn menikah: BOS
 ⑦ 25 thn menikah: WRONG NUMBER
 ⑧ 30 thn menikah: WONG EDAN

⑨ 35 thn menikah: MAK LAMPIR ‎



p/s..this joke jangan di pandang sebelah mata, hakikatnyer walau tak semua ini adalah sebuah kenyataan, so fikir-fikirkanla.



teet::breakfast nasi goreng, lunchies nanti mam nasi lagi, melimpah betul rezeki today, Allhamdulillah.

Thursday, July 14, 2011

~Hujan Di Tengahari Khamis::Rasa Pelik coz Da lama tak Hujan~

Assalamualaikum..:-)
Salam untuk semua..:-)

pic pinjam makcik gugle



Da lama jugak tak ujan di siang hari nie,
tetiba today ujan turun, oh semakin kesejukan
terasa duk kat opis nie, Allhamdulillah sebab
sekarang nie terlalu panas, bila ujan datang
sekurang-kurangnya suhu dunia pun tak de la
terlalu membakar rasanya..suasana after ujan
mendung dan redup jeak, like that feeling..hope
ujan nie akan berterusan sampai petang, moga
suasana akan lebih sejuk dan nyaman, InsyaAllah..:-)




p/s..suka renung titik ujan, terasa ada kedamaian disitu.


teet::satu kelemahan bila ujan, perut sangat cepat kelaparan muahahahaha

Wednesday, July 13, 2011

~Mood Blogwalking~

Assalamualaikum..:-)
Salam untuk semua..:-)



Bear yang montel cam Jue..keh3



Selamat hari rabu semua, today jue sangat
terajinkan diri nak melawat ke blog-blog
kawan-kawan, teman-teman semua, biasala
kan terdatang mood merajinkan diri..so
today is time for me to blogwalking..wowieeee
i like, seroonok, macam-macam benda boleh tahu.




p/s..time mood terajin kan..if penyakit malas datang, pandang sepi jeak semua benda..aishhhh



teet::tadi breakfast roti++minum coffie, lunchies mam lauk sardin...weeeeeeeeeee

Tuesday, July 12, 2011

~Berdiam Diri adalah Lebih Baik::Mengalah Bukan Bererti kita Kalah~

Assalamualaikum..:-)
Salam untuk semua..:-)


i need kedamaian hati...:-(



Kadang-kadang dalam hidup nie, lebih baik
kita berdiam diri daripada berkata-kata, sekurang-
kurangnyer tak de hati yang sakit, tak de hati yang
terluka, tak de hati yang terguris, kita sendiri pun
tak kan terlalu sakit kan?? apa gunanya berbalas kata
andai semuanya tak kan mampu selesaikan apa-apa.
Berdiam diri, sekurang-kurangnya sedikit kedamaian
hati akan singgah di jiwa kita, berdiam diri jugak
akan membuatkan kita mampu berfikir dengan tenang..

 
Mengalah...bukan bererti kita kalah,
 ramai yang anggap apabila kita mengalah kita akan kalah,
kelihatan dayus, kelihatan ohhh rendahnya harga diri,
tak sangka penakutnyer dia untuk
hadapi semua yang datang,
 tapi sebenarnye mengalah untuk orang yang kita sayang,
 tak kan merugikan kita bahkan percayalah,
kejayaan sebenar seseorang andai dia
dapat mengawal kemarahannya,
 mengawal kemarahan tentula dengan mengalah
 walau dalam situasi apa pun..


Percayalah, tidak sedikit pun jatuh ego
seseorang itu andai dia mengalah..
Mengalah untuk selesaikan perkara-perkara
yang terasa cukup rumit, tapi perjuangan jugak perlu
untuk meniti kehidupan yang penuh
dengan dugaan dan cabaran nie
mengalah la untuk benda-benda yang kita rasa
kita perlu mengalah tapi berjuangla untuk
mempertahankan sesuatu yang memang
wujudnyer adalah untuk diri kita!!!



 
p/s...selalu sangat mengalah, terasa sudah sampai masa harus perjuangkan sesuatu yang memang sudah ditangan, cuma perlu genggam kuat-kuat dan tak ku biarkan ianya terlepas!!!


teet::Harusku perjuangkan andai memang itu hak dan milikku, pasti YA ALLAH!!!

~Tolong Jue click ye all..LOVE u more~