Thursday, June 23, 2011

~10 Petanda Dia Memang Diciptakan Untuk Kita~

Assalamualaikum..:-)
Salam untuk semua..:-)


Petang all, da lunchies???
jue just mam buah-buahan jeak
today tembikai and nanas menjadi
mangsa pewutku today..emm mood??
sejak dua menjak nie mood memang ke laut
dalam la..muahahahaha..mehla layan nie..jue nak
share nie untuk u all yang belum kawin ag tu, untuk jue
jugakla nie..sesuai gitu..muahahahaha!!!


 
10 Petanda Dia Milik kita

1. Bersahaja



Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.
Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang atau selesa bersama


Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima kita seadanya


Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.
Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujur


Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.
Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai


Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.
Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama


Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kita


Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.
Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.


8. Tampilkan kelemahan


Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata hati


Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Mimpi


Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.



p/s..kita boleh rasa kalau betul dia akan jadi jodoh kita, beleive ur heart k..:-)



teet::hidup nie singkat untuk dibazirkan pada yang tak mungkin akan jadi milik kita, renung-renugkanla..pesan utk diri sendiri jugak!!


sumber kat sini..http://www.gempak.org/

~Menu Breakfast Sihat Untuk Hari Ini~

Assalamualaikum..:-)
Salam untuk semua..:-)



bubur jagung++roti...:-)



Wahhhh today berjaya lagi breakfast roti
tapi today breakfast roti dengan bubur jagung
weeeeeeee syok-syok..ohhh bukan jue masak
sendiri k, tapi member ofis yang bawak..indah hari
ni..dapat bekfes yang besh-besh cam nie..weeeeeee


Pastikan u all taken ur breakfast k..
yela..breakfast kan penting, tak kisahla
breakfast heavy cam jue sebelum-sebelum nie
or breakfast cam jue sekarang nie coz dua-dua
cara tu membuatkan kita kenyang dan boleh
melakukan aktiviti harian kita dengan gumbira..he3




p/s...cam tak caya da berjaya breakfast roti jea untuk 4 hari nie, hope hari seterusnyer pun begitu..he3



teet::latih pewut muncit nie, tak mo manje-manjekan dia, t terlebih mengada-ngada lak, agpun poce da dekat ni kan, tak sabar menanti Ramadhan yang Mulia..:-)

Wednesday, June 22, 2011

~Terpegun~

Assalamualaikum..:-)
Salam untuk semua..:-)



Today masuk awal keje, masuk-masuk
jeak terus on pc cam biasa, click gugle..
ohhh terpegun jap..sangat cantik k..:-)
Team gugle nie creatif betul la, selalu tukar-tukar
style kat tulisan GOOGLE tu..gud job!!!



nice kan??tak puas tengok..weeeeeeee





p/s..rasa indah jeak hari bila tengok benda creatif-creatif and cantik-cantik nie



teet::today berjaya breakfast roti++yogurt lagi..gud job Jue!!

Tuesday, June 21, 2011

~Jue Nak Join First Giveaway By Cik Putih~

Assalamualaikum..:-)
Salam untuk semua..:-)



suka banner nie..cute mute..heheheh



Tadi ternampak blog cik putih yang cantik berwrna pink
dengan pic kasut converse berwarna putih nie
memang nampak menarik la..so jue scroll ke bawah
tengok-tengok cik putih nie ada buat contest
first giveaway dan hadiahnyer pun agak lumayan gak
bagi yang selalu kering kontang cam jue nie, so tanpa
membuang masa lagi jue terus menjoinkan diri
dalam contest nie, manalah tau kot-kot ada rezeki kan
menang t, tak payahla nak menopup lagi kan keh3..:-)
tak salah join, tak menang pun takpe, kalau menang bonusla kan, ahaks!!





teet::berangan jap..menang dapat topup..muahahahaha..:-)

~Andainya Wanita Tahu~

Assalamualaikum..:-)
Salam untuk semua..:-)







"Andainya wanita tahu...:-)"



1. Lelaki juga boleh jadi seorang yang sensitif dan mengambil berat (prihatin)


2. Jika seorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.


3. Kebanyakkan lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.


4. Lelaki boleh terima penolakan dengan baik.


5. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita..


6. Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch atau mencuci mata di tepi pantai atau di swimming pool.


7. Kebanyakkan lelaki resah apabila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!


8. Lelaki cuba meniru gaya celebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.


9. Bila lelaki cakap.."Emm...tengoklah dulu.." itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju..


10. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.


11. Kebanyakkan lelaki yang nampak 'desperate' datang dari sekolah all boys!


12. Adalah biasa lelaki cemburu terutama apabila wanita asyik menyebut nama lelaki lain je.


13. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal wanita dari library atau buku semata-mata. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap wanita dan tak faham kenapa wanita bersikap begitu begini...Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan wanita supaya hubungan dapat berjalan dengan baik.


14. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo atau 'flirting' dengan ramai wanita...dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa...yang lain hanya kawan :-)


15.Bila seorang lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedarinya...maafkanlah saja. Kebanyakkan lelaki tak sengaja. Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah..!
(tapi jangan plak lelaki sengaja menyentuh dada wanita ...yang tu balun jer..takder kesian punyer..)


16. Bila sesuatu perhubungan terputus di tengah jalan, lelaki juga merasa sedih cuma dia tak tunjukkan kesedihannya di hadapan orang.


17. Bila seseorang wanita meminati seorang lelaki, wanita itu patut bagi 'hint'. Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti..(hehe...mcm pernah buat..kat mana ek??)


18. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.


19. Kebanyakkan lelaki akan cukup lemah dengan air mata wanita. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari wanita yang dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata wanita.


20. Lelaki bukanlah sempurna 100% walaubagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Wanita janganlah mengharapkan sesuatu yang hebat dari lelaki!
Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan! 





p/s...kita sama-sama tak sempurna..so salingla melengkapi antara satu sama lain..:-)


teet:: today berjaya breakfast roti lagi..weeeeeeeeeeee

~Tolong Jue click ye all..LOVE u more~