Wednesday, April 27, 2011

~10 Amalan Popular Tapi Songsang~

Assalamualaikum..:-)
Salam untuk semua...:-)


ngah godek-godek email nie...tetiba terbaca 1 artikel nie...cam besh lak...so jue share ok...:-)


Pernahkan anda bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan seharian. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain.




Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-


1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.
Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?
  
2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.



3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.


4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan diberi jamuan, kita rasa segan nak makan, malu-malu kucing kononnya malu dan beradab, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir. Perangai tinggal makanan tak habis dah jadi budaya orang kita.


5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.


6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?


7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? (Ini mesti ada tujuan lain!!!).


8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih bimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.


9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak memperhambakan diri padaNya segan dan malas.


10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah, kain hamis berbau. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.




Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita.


Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.


Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat." (Riwayat Bukhari)


 
 
p/s...kekadang orang kita nie terlampau ikut adat daripada ikut agama..fikir-fikirkanla yea.
 
 
teet::perut muncit da mula terasa lapooooooo...huuuuuuuuuuuuu

~Break Time~

Assalamualaikum...:-)
Salam untuk semua...:-)


Refresh minda jap...moh layan nie...kita gelak ramai-ramai k...weeeeeeeeeeee



Barangkali kisah ini boleh menjadi renungan bagi kita,terutamanya yang ingin berumah tangga :


Alkisah, seorang pemuda miskin bernama Jamil, berasal dari Kampong PenganBota, Perak. Keluarganya hanyalah keluarga sederhana. Tidaklah disebut miskin. Ayahnya sehari-hari bekerja sebagai tukang jahit di kampungnya. Karena kegigihannya, Jamil berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke UTP walaupun dengan perbelanjaan seadanya.

Semasa dipenghujung tahun kedua di kampus, Jamil jatuh hati pada seorang gadis bernama Raja Ayu Sofea, juga sama-sama kuliah di fakulti yang sama. Ayu adalah putri seorang tokoh korporat ternama di daerah Ipoh dan juga berketurunan diraja. Walaupun secara ekonomi, mereka jauh berbeza, namun itu tidak menghalang keduanya untuk saling mencintai. Jamil juga tidak calang-calang ketampanannya, memang ramai menggilainya, tetapi Ayu jadi idamannya.

Ayah Ayu yang mengetahui putrinya begitu mencintai pemuda kampung dari keturunan biasa, tak mampu mencegah gelora cinta putrinya. Maka, setelah keduanya lulus, pernikahan keduanya pun diselenggarakan dengan meriah. Pesta besar-besaran diadakan untuk mengiringi nikahan. Ayah Jamil yang tak punya banyak harta, hanya dapat memberikan bantuan sumbangan pakaian, langsir, sarung bantal, yang semuanya dibuat dan dijahit sendiri khas untuk pernikahan anaknya.


Bahagiakah Ayu bersanding dengan Jamil ? Bahagiakah Perkahwinan Mereka

Hanya Kerana Cinta???

Ternyata kebahagiaan mereka tidak berlangsung lama.


Tibalah saatnya malam pengantin tiba. Mereka berdua pun memasuki peraduan dengan bahagia. Namun,ketika Jamil membuka pakaiannya dan tinggal hanya memakai seluar dalam, berteriaklah Ayu dengan kuat, sebelum akhirnya pengsan tak sedarkan diri. Jamil masih dalam kebingungan dan tidak tahu kenapa isterinya histeria dan pengsan. Dilihatnya seluar dalam yang dipakai.


Aduh !!! Jamil lupa yang seluar dalam itu dijahit oleh ayahnya, dibuat dari kain bekas bungkus tepung gandum. Di tengah seluar dalam itu masih terpampang jelas tulisan, "BERAT BERSIH 25 KG".
Sudah tentu Ayu terus pengsan melihatnya. Ayu tidak dapat membayangkan seberapa besar isinya dengan berat.



moral of story....cinta tak kenal siapa..cehhhhhhhhhh


p/s...mood jiwang-jiwang..hahahaha



teet:::beshnyer if dapat basahkan tekak dengan ABC...weeeeeeeeeee
Assalamualaikum...:-)
Salam untuk semua...:-)


wahhh minggu salary dan minggu borderaux....aishhhh...kebizian tahap ketidak bolehan mau angkat kepala k...but jue curi-curi gak masa nak update my blog terchenta nie..cehhhhhhhhh..ala cam orang gian nak something tu..macam tu la keadaan jue dengan kesungguhan mau update blog sekarang nie...sila jangan tertekan dan confius k...huuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

semalam after balik kerja...jue menuju ke pasaraya la...cari bahan..mau masak..isi perut jue yg muncit-muncit nie...coz..da dua hari jue abiskan roti cicah madu kat opis...balik kenalah masak..mana larat mam roti jeak..diet???tak de la buat masa nie..tak tau la bila nak diet..badan da kembang cam anak gajah da nie..kalau ditakdirkan anak gajah duk sebelah..dia pun confius...ye la...ehhh ni spesis ak gak ke..ha gitu la cik gajah akan terfikir..hahahaha

semalam menu jue simple jeak..sayur bayam masak air+++sardin masak sambal...weeeeeeeee sangat pedas sambal sardin...sampai meleleh-leleh peluh time makan..huuuu yelah dengan keadaan cuaca yg sangat panas ok..memang tak tahan..kenapa la cuaca sekarang teruk sangat panasnyer.

bangun-bangun jea pagi tadi..rasa cam bibir jue besooo jea...rupa-rupanyer cam nak pecah...cepat-cepat jue ke dapur amik sedikit garam halus..tepekkan kat bibir yang nak jadi mata ikan tu...huuuuuu pea maknenyer tu...kurang air dalam badanla..padahal...kat opis++rumah..jue kerjanyer duk togok air putih sampai kembung perut muncit nie...da berganda-ganda muncitnyer...aishhhh...rasanyer bukan sebab kekurangan air...tapi sebab cuaca yang maha hebat panasnyer nie..:-(

da banyak merepek-repek nie..amik mood nak starting buat borderaux pulak...weeeeee...marilah bekerja..bekerja dengan sesungguh hati...nanti balik kampung senang hati..berjimba-jimba dengan family..horeeyyyyyyyyyyyyy


 menu malam tadi...alasnyer surat khabar jea k...umah bujang..menu:: bayam+++sardin..weeeeeee

cuba tengok betul-betul...bibir jue sebelah kanan tu cam bengkak kan..huuuuuuuuuu


p/s....ehhh korang...cam ne nak kurangkan kepanasan yea...share-share



teet:::::lagi 2 hari k...tak sabar...pulang ke kampung halaman terchenta....hehehehe

Tuesday, April 26, 2011

~Belajarla Bersyukur~

Assalamualaikum...:-)
Salam untuk semua..:-)


kenapalah hidup nie perlu ada perasaan dengki mendengki..jeles menjelesi..aishhh bukan maksud sama ke ayat tu mek jue oiiiiiiiiii..kenapa yea...ada jugak manusia yang tak boleh tengok kita lebih sikit...kita up sikit..padahal kita bukannyer lebih banyak pun...pendek kata tak de lebih langsungla...emmm...macam mana yea..nak hadapi kawan yang macam nie..buat bodoh ke atau pea???

jue selalu terkena macam nie tau...ada jea orang yang dengki...tak boleh blah tengok jue senang sikit..confirm ada jea yang tak puas hati...kenapa???kenapa???kenapa??dah-dahla weiiii...ko semua da lebih dari ak...pea lagi ko nak???belajar-belajarla bersyukur...muhasabah diri...kalau Tuhan nak tarik balik segala nikmat-nikmat yang DIA da kurniakan kat ko tu...tak payah cakap banyak..sekelip mata jea boleh hilang ok...belajarla bersyukur beb...confirm ko tak rugi..malah bertambah-tambah murah rezeki ko nanti...sorryla...jue emo jap...bukan pea..da meluat sangat ngan perangai manusia ginie...aishhhhhhhhhhhh...tension!!!!!

kalau nak hidup lebih bahagia dan always berkat...jauhila dari berperangsangka buruk kat orang lain..hasad dengki tu tolongla buang jauh-jauh..belajar-belajarla bersyukur...hargai la apa yang kita miliki..sentiasa la bergantung harap pada ALLAH S.W.T...dan berdoa la banyak-banyak...:-)

kita fikir..hidup kita nie da banyak sangat hadapi masalah...tapi kita lupa...kalau tak de masalah...tak berserilah hidup..tak de lagilah tujuan hidup kita..sama-samalah kita hargai apa yang sudah kita miliki..kerana..semua nie hanyala pinjaman semata-mata..sama-samalah kita muhasabah diri kita..INSYAALLAH.




                                                  pinjam dari pakcik google...:-)



p/s....sangat meluat dengan orang xley tgok ak lebih nie...memang tak boleh blah r...huhhhhhhhhh!!!


teet:::::lagi 3 hari nak balik kampung....seronok-seronok...weeeeeeeeeeeee

Monday, April 25, 2011

~Layan P Ramlee punya cerita~

Assalamualaikum...:-)
Salam untuk semua..:-)


Insin malam memang jue nanti-nantikan...untuk pea???layan cerita P Ramlee la kat tv...tv mana???tv 2 la...yang langgan astro seronokla kan..selalu main cerita-cerita lama kat astro kan....yang tak de astro macam jue ni ha...tunggula setiap isnin malam...rumah sewa...tak de la jue nak masuk astro...buat rugi jeak...yela..siang kerja...balik rumah da nak maghrib...emmm kalau pasang astro kan rugi jadinyer...huuuuuuuuuuuu

semua cerita P Ramlee jue layan...cerita lama-lama nie tak jemu kita tengok...entahla..walaupun beratus belas ribu kali kita tengok pun still tak jemu...siap hafal lagi dialog kan...kihkihkih...pada yang tak minat tu tak taula kan...tapi jue cukup suka..sanggup cancel date ok..semata-mata nak layan movie P Ramlee nie...tak cukup minat lagi ke tu..sampai sanggup cancel date????hahahaha sorry yea u...malam lain kita ley jumpa gak kan....weeeeeeeeeeeeee

cerita-cerita P Ramlee yang tak kan jemu jue layan...emmm banyak-banyak...tapi yang paling terkesan..koleksi Doremi..Koleksi Bujang Lapuk..Koleksi Labu Labi..Nujum Pak Belalang...aishhh yang nie confirm tak kan miss la layan...siap leh ingat dialog lagi...bagi jue la kan...cerita-cerita P Ramlee nie kalau berkias tu..kiasan nyer sangatla dalam maksudnyer...secara halus dan menusuk kalbu...secara hiburan dia kenakan kita kan..cuba u all hayati dan perhatikan betul-betul drama dan dialognyer.

apa-apa pun ceria-cerita Allahyarham.. masih segar dalam ingatan kita kan...dan sampai ke hari nie..rasanyer tak ada lagi cerita atau movie-movie yang boleh menandingi kehebatan karya seni Allahyarham...tetapi sekarang nie Mamat Khalid ada cetuskan fenomena usop wilcha...semua jadi ikutan sesiapa saja dari kecil sampai orang dewesa...adakah karya Mamat Khalid...mampu berdiri setanding dengan karya Allahyarham P Ramlee...sama-samalah kita nantikan yea...:-)


                               pinjam dari pakcik google....weeeeeeeeeeee...hensem-hensem



p/s.....ternanti-nanti minggu depan cerita apa pulak...kehkehkeh


teet:::::panasnyer la aiii...nak tido pun rasa cam gerun jeak..kan besh if de air-cond...cehhhhhh tak habis-habis berangan...hahahaha

~Tolong Jue click ye all..LOVE u more~