Tuesday, July 31, 2012

~Ramadhan ke-11:: Surah Al-Kautsar~

Assalamualaikum..:-)
Salam 11Ramadhan...:-)













108:1


Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat).


108:2

Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).


108:3


 
Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
sumber::yahoo

Friday, July 27, 2012

~Ramadhan Ke-7::Juadah Berbuka Hari ke-6~

Assalamualaikum..:-)
Salam 7 Ramadhan..:-)



Semalam juadah berbuka jue masak kari ikan..nak cite sikit pasal ikan namanya ikan aji-aji..baru jeak jue tau ikan aji-aji nie wujud..tu pun member opis yang gtau akan kewujudunnya...selalu if jue masak kari or pea-pea jeak..beli ikan kembung..selar..pelaling...besh gak buat kari..tapi si ikan aji-aji nie..lebihhh terbaik..masak apa pun memang beshla..isinya yang putih tu..lemak-lemak..emmmm memang sesuai la masak apa saja..dan kari jue semalam memang terbaikla..(housemate yang ckap..bukan msuk bakul angkat sendirik yea..manalah larat kan..keh3)






kari ikan aji-aji..yemehhhhhh


kangkung goreng belacan


sambal tempoyak




















p/s::lumayan la lauk semalam...yemehhhhhh...u all berbuka pea??pasti enak dan lazat...:-)





teet::perbanyakkan zikir-zikir dan doa-doa yea...hari pertama puasa di hari jumaat..barakahnya!!!!


Thursday, July 26, 2012

~Ramadhan ke- 6::Menu berbuka hari ke-5~

Assalamualaikum..:-)
Salam 6 Ramadhan..:-)



Bulan Ramadhan yang mulia nie..jue share juadah berbuka hari-hari..pasti syokkkk even masakannye simple n of cozla sedap...yemmehhhhhh



ayam kicap


sambal bilis petai


goreng tauge++kucai













p/s::semalam dan semalam..Allhamdulillah berbuka berteman..:-)




teet::macam-macam juadah di mana-mana kan..cuma tinggal pilih jeak..choice is yours!!!




Wednesday, July 25, 2012

~Ramadhan ke- 5~

Assalamualaikum..:-)
Salam 5 Ramadhan..:-)



Allhamdulillah dah hari yang ke 5 kita berpuasa..tentu banyak lagi yang tak habis jejalan round kat bazar-bazar yang tumbuh bak cendawan kan..even da hari ke 5 kita berpuasa jue xsempat ke bazar lagi..sebenarnye bukan tak sempat..tapi bila dah balik keje tu mood malas nak berhimpit-himpit kat ramai orang tu sangat tinggi..so beli kuih-kuih dekat dengan area opis jeak..pastu terus balik..lagipun makanan berat-berat tak berapa suka beli..better masak..terjamin kebersihan dan puas hati.


Semalam baru berkesempatan berbuka beramai-ramai dengan housemate..semua balik berbuka kat rumah..coz member bilik mau masak mee kari..ohhh sangat seronok berbuka reramai..meriahhhh sesgt..baru la terasa bulan puasa..kalau sesorang tu..serasa cam makan petang jeak..Allhamdulillah syukur..moga hari nie berbuka pun berteman..InsyaAllah.




mee kari..yemehhh...sekali periuk atas meja daa













p/s::jue tak bape gemar sgt mee kari..jue lebih prefer yang sup2..yemehhhhh




teet::today belum tau lagi mau masak pea untuk berbuka..u all da de idea???


Tuesday, July 24, 2012

~Ramadhan Ke-4~

Assalamualaikum..:-)
Salam 4 Ramadhan..:-)



Hari ke empat ramadhan..berbuka puasa pastilah bermacam-macam menu kan..serasa kelebihan menu di mana-mana...kadang-kadang jue tertanya-tanya jugak..kalau makanan yang tak habis kat bazar tu..agaknya ke mana yea endingnyer???ke peniaga-peniaga kita gunakan balik untuk jualan besok harinya??harap-harap tak macam tu la kan..biarlah berniaga dengan cara yang baik dan bersih..kita pembeli dapat manfaat..penjual dapat untung dan pahala..InsyaAllah.


Kebiasaan dari kita..pepagi da sibuk mencanang apa menu mau berbuka..padahal permulaan hari baru jeak bermula..nampak kan..betapa pentingnya otak kita asyik fikirkan makanan..asyik fikirkan..how nak mengenyangkan perut..padahal banyak lagi benda lain yang perlu kita fikirkan..contohnyer..apa pahala tambahan aku untuk hari nie yea??berapa banyak sedekah aku untuk hari nie yea??agaknya bape helaian aku mahu baca Al-Quran untuk hari nie yea??serasanya banyak lagi benda lain yang perlu kita fikirkan selain makan makan dan makanan.

Tapi biasalah da nama pun manusia..kita nie lemah di mana-mana..even bulan nie syaitan da di rantai ketat-ketat pun..tapi jangan kita lupa..selama 11bulan syaitan ikut kita..tambah plak dengan nafsu kita yang macam-macam tu..serasa apa sangatla sebulan jeak syaitan tak de kan..nafsu kita??still de lagi..melekat kuat..kalau tak de perisai paling power..siki-sikit kita pasti kecundang jugak..Astagfirullah Al-Azim.


Masuk hari ke empat puasa..jue masih lagi berbuka sendiri..even ada housemate pun..tapi masing-masing de life sendiri kan..tak pea..masih lagi bersyukur dengan apa yang ada..yang pentingnya berbuka ada juadah even simple..asalkan kenyang..lagipun puasa nie melatih diri kita untuk berjimat cermat..bukan berbelanja sesuka hati..masih pilih masak sendiri..cuma selalu beli kuih-kuih atau bubur untuk tambahan desert..kira oklah tu..dah lengkap rasanya..even masa suapkan makanan..serasa sedih sangat..berjauhan dengan family..kan besh if dapat berbuka bersama-sama macam dulu..sebelum hijrah ke luar..tapi apa pun tak boleh kesali apa-apa yea...kena selalu bersyukur.




menu semalam..tempoyak timun++ikan selayang


dessert..yemmehhhh










p/s::bersederhanalah dalam berbuka..InsyaAllah pasti barakah..:-)




teet::semalam tambahan lauk jue de beli terung sambal..today masih belum fikir juadah pea.

Friday, July 20, 2012

~Ramadhan Al-Mubarak~

Assalamualaikum..:-)
Salam 30 Sya'aban...:-)




Hari terakhir kita semua makan di siang hari..Allhamdulillah Allah SWT..masih memberi kita kesempatan untuk bertemu penghulu segala bulan...bulan penuh barakah..bulan keampunan..bulan yang terisi didalamnya seribu rahmat..terisi malam terindah...malam Lailatul Qadar...moga kita semua berkesempatan bertemu malam penuh barakah dan istimewa dikhaskan untuk kita...aminnnnn


















p/s::ampun da maaf andai ada melakukan kesilapan tanpa sedar...moga Ramadhan kali nie permulaan kehidupan yang baik untuk kita...InsyaAllah.





teet::tak dapat nak smbut poce kat kg..coz besok keje...minggu depan InsyaAllah pecut balik kampung!!!


Thursday, July 19, 2012

~Sedikit perkongsian~

Assalamualaikum..:-)
Salam 29 Sya'aban..:-)



Da lama tak bukak email kan..today terajin plak..tengok-tengok..lihat-lihat..klik-klik..terjumpa lak satu email nie...sangat menarik perhatian jalan kupasannya...so terasa mahu kongsikan dengan sahabat-sahabat kesayangan jue semua..:-)



Putus CINTA anugerah ALLAH SWT



· Pernah merasa putus cinta? Mesti pernahnya kut… kalau pernah, I would say BAGUS! Kalau tak pernah maknanya anda belum lagi mengenal erti kehidupan percintaan yang sebenarnya.
 
As always, kita di sini, bukan untuk meminta perkara buruk itu berlaku atau mendoakan kecelakaan sebaliknya, kita mahu menimba pengalaman dan mengetahui sedikit pengetahuan yang mungkin dapat membantu untuk mematangkan diri di dalam menangani soal kehidupan di dalam percintaan.
Cuba kita tanya,
· “Mengapa Allah berikan kegagalan cinta kepada kita? Mengapa Tuhan membiarkan kita putus cinta dengan orang yang kita amat sayangi?”
· Pernah anda mendapat jawapan dari pertanyaan ini?
In my humble opinion,
· Tuhan berikan kegagalan cinta dan takdir putus cinta itu adalah kerana Dia mahu kita belajar dari kegagalan itu agar kita menjadi manusia yang lebih sempurna. Dan dari pengalaman itu, kita dapat berkongsi dengan mereka yang kurang berpengetahuan.
· Tentu saja sedih bila putus cinta. Tetapi… apabila bila dapat membantu walau hanya seorang untuk berjaya, kebahagiaan itu…is speechless!
“So, that’s why kita tak perlu bersedih sangat kerana putus cinta!”


Same things happen apabila sesebuah perkahwinan itu terpaksa melalui perceraian…Cuba kita tanya,
· “Mengapa Allah berikan perceraian setelah kita berkahwin dengan penuh kebahagiaan?”
· Pernah anda mendapat jawapan dari pertanyaan ini?
In my humble opinion,
· Tuhan berikan perceraian itu adalah kerana Dia mahu kita lebih tabah. Dan yang paling utama, mungkin ada pasangan lain yang dapat memberi lebih kebahagiaan dan lebih menyayangi kita. Malah mungkin lebih menghargai segala-gala tentang kita.
· Tentu saja kita akan sedih …amat sedih bila bercerai. Tetapi…apabila kita dapat menerima takdir dari yang Maha Esa, barulah kita akan dapat melihat betapa besar hikmah dari Allah s.w.t
“So, that’s why kita kena percaya dengan hikmah dari Allah barulah kita tidak bersedih sangat”
Selalu kita tengok dan baca komen-komen dan pesanan-pesanan kat internet ni katanya, “Wanita baik hanya untuk lelaki yang baik begitulah sebaliknya!” <<–I don’t believe in that!
NOPE! Itu BUKAN cara Allah memberi takdir dalam hidup kita betul tak? Selalunya, Tuhan akan buatkan kita melalui cabaran dan dugaan dalam hidup supaya kita belajar dari pengalaman perit itu. Tiada short cut dan jalan mudah beb…

· Sama lah juga di dalam persoalan ini, kalau yang baik dapat yang baik… apa yang dia orang boleh belajar? Kalau yang jahat dapat yang jahat…semua perkara dah tahu! Mana pengajaran dan cabarannya?

To me, maksud sebenar di sebalik ayat itu adalah,

“Setiap orang yang baik adalah untuk mereka yang mahu berubah menjadi baik!”

Putus cinta berlaku adalah dari TAKDIR TUHAN, Dia mahu kita belajar dari setiap situasi yang berlaku. Jika yang baik hanya untuk yang baik…apa yang kita boleh belajar? Not so much. Kalau tiada putus cinta, cantik je percintaan tu… nothing laaa… that’s NOT LIFE!



Thats why selalunya,
Seorang yang baik, Allah sengaja temukan dengan yang tidak baik, untuk kita mengenali dan memahami erti kematangan hidup! Kemudian belajar membimbingnya menjadi insan yang baik dan beriman.
Ada seorang lelaki yang telah selalu berzina, kehairanan…
· “Mengapa aku yang jahat dan jahil ini tetap mendapat isteri yang masih dara?” – Itulah takdir kasih dari Allah, masih memberi peluang kepadanya dan melihat samada dia mahu bertaubat dan kembali ke jalan yang diredhai atau tidak.
Si isteri juga kehairanan…
· “Mengapa aku yang sentiasa beriman kepada Allah dan bertaqwa tapi masih dapat lelaki jahil dan yang hidupnya penuh dengan maksiat?” - Itulah satu cabaran dari Allah, bagi si isteri untuk membuka hati suaminya agar kembali beriman. Imagine jika dia dapat isteri yang sudah rosak akhlaknya…
Jadi, inilah baru betul caranya seperti yang selalu Tuhan mahu kita hadapi…iaitu melalui cabaran dan dugaan.

So, putus cinta, bercerai…semua itu adalah satu proses. Proses usaha kita yang Tuhan mahu kita belajar tabah menghadapi dugaan dan cabaran. Dia mahu kita belajar dari kesilapan serta menambahkan pengalaman dan matang agar kita menjadi manusia yang menghargai nikmat Allah, kemudian dapat berkongsi pengalaman itu dan membantu sesama manusia.

· JADI, apabila berlaku putus cinta atau perceraian sekali pun, kita hadapinya dengan senyuman kerana, itu adalah pemberian dari Allah. Anugerah dari Tuhan yang Maha Esa.

Itulah ciptaan Tuhan yang maha agung, – which is, the balance of the universe, kestabilan hukum alam kita!


“Cinta itu datangnya dari Allah, jika kita percaya padaNya, maka kita juga patut percaya pada cinta, kerana itu adalah anugerah dari Allah yang Maha Esa!”
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
p/s:: macam mana...terasa sweet dan terpaku kan kupasan nie...terbaekkkkkkkk...:-)
 
 
 
 
 
 
 
 
teet::InsyaAllah maybe besok last day kita semua mam siang...after nie..yahoooo poce...selamaat berpuasa all..Ramadan Al-Mubarak!!!
sumber::yahoo

Wednesday, July 18, 2012

~Rabu yang Sunyi~

Assalamualaikum..:-)
Salam 28 Sya'aban..:-)

















p/s::ikan apakah???sebabkan ikan nie..biz tangan jue soyak-soyak...huuuuuu




teet::lagi 2hari...emmm tak sabarnyer kan...InsyaAllah..moga di beri kesempatan


Monday, July 16, 2012

~Cuti~

Assalamualaikum..:-)
Salam 26 Sya'aban..:-)




Dua hari cuti..memang kepenatanla..sabtu teman member ke carwash dulu..sementara tunggu kasi coci-coci ketenyer..we all lepak kat ipk..ingat kan balai polis..upenyer singkatan dari ipoh kopitiam..keh3..terkena jap member..emmm layan bekfes even da lewat..dalam kul 11.30..bolehla..kang kalau terlewat sangat kang..sebu lak pewut..t berangin sampai ke otak..so we all layan nie..layan set jeakla pepagi..senang++simple..bread peanut butter with white cofee..memang class..terbaekkkkkk..:-)



saya punya suam

bread peanut butter..tak cukup satu..yum3




After da settle cuci kete..we all ke area umah member lak..coz de function kat pantai kempadang..lepak sana kat gerai akak member..sambil-sambil tolong jadi pelayan..macam-macam menu ada..sampai tak tahu nak isi pewut dengan apa..so main makan campur-campur..jue layan me sup..fuhhh terbaekkk..pedas menyengat..dengan angin yang memang kuat..cuaca pun tak berapa panas..memang syokla..melepakkan diri..dari tengahari bawak ke maghrib..balik rehat..malam datang balik..sampai kul 12..fuhhh penat tak terkira rasanya..tapi berbaloi-baloi la kan..tapi sayangnya..kunun-kunun bz sangat jadi waitress sampai sekeping pic pun tak snap...memang sangatla haru kan..emmmm cne...terlepas sudah.















p/s::if join function-function cam nie..cuti tak de la bored kan..atleast terisi masa terluang...u all ke mana coti-coti??




teet::emmmm lagi 4 hari...penantian akan berakhir...tidak sabar rasanya..Allhamdulillah..:-)


Friday, July 13, 2012

~It's Friday Barakah~

Assalamualaikum..:-)
Salam 23 Sya'aban...:-)





















p/s::renung-renungkan yea...dah cukup perfect kah kita????




teet::7 hari yang tinggal...bersediakah kita..untuk Ramadhan Al-Mubarak...sama-samalah persiapkan diri...InsyaAllah


Wednesday, July 11, 2012

Tuesday, July 10, 2012

~^--------------^~

Assalamualaikum..:-)
Salam 20 Sya'aban..:-)




















p/s::10 hari lagi Ramadhan yang dinanti-nanti akan muncul..moga Allah SWT memberi kesempatan untuk kita bertemu Ramadhan yang mulia..InsyaAllah...:-)





teet::sejujurnyer...saya sangat terluka...:-(


Monday, July 9, 2012

~Preview Muvie~

Assalamualaikum..:-)
Salam 19Sya'aban..:-)





The Amazing Spider-Man















p/s::malam minggu layan midnight..citenyer tak de la xbesh..cuma plot cite..slow sgt..cam ternanti-nanti..bilalah aksi gocoh-gocoh (ayat ganu..means aksi lawan-lawan) nie..sangat bored mau tunggu coz lebih banyak dialog..huuuuu




teet::sape mau banje layan brave lak nie..cam beshhhhh!!!animasi kan..terbaekkk la...emmmmm

Friday, July 6, 2012

~Jumaat Barakah~

Assalamualaikum..:-)
Salam 16Syaaban..:-)




















p/s::apa pun dugaan yang datang..berubahla..jadi lebih baik..dekatkan diri pada Allah..bukan semakin jauh dari-NYA...Astagfirullah..semakin gerun melihat keadaan disekeliling sekarang nie...moga rahmat Allah selalu bersama mereka...bukan murka-NYA...InsyaAllah...aminnnnn





teet::moga diri ini selalu menjadi 'hamba' pada tuannya...InsyaAllah


Wednesday, July 4, 2012

~Rabu yang sepi::Quote today~

Assalamualaikum..:-)
Salam 14Syaaban..:-)




















p/s::thanks untuk yang concern k..apa yang jue post semalam..kesedihan jue..tentang permasalahan kawan-kawan..my life..just as usual..greeetoooo..:-)




teet::untuk yang bertanya..i'm still with him..doakan penyudah yang baik untuk kami yea..dugaan nie sgt besar untuk kami lalui..thanks..InsyaAllah...aminnnnn..:-)

Tuesday, July 3, 2012

~Lelah & sakit~

Assalamualaikum..:-)
Salam 12Syaaban..:-)



Allhamdulillah masih lagi diberi ruang dan peluang untuk perbaiki diri..kebelakangan nie..banyak benda yang terjadi dalam lingkungan hidup saya..kadang-kadang terfikir dihati..datang terdetik..memang banyak rahmatnya yang Allah kurniakan pada saya tanpa sedar..walaupun saya masih lagi tak jemu-jemu meminta dari-NYA..meminta untuk yang satu itu..meminta supaya ada yang menemani setiap perjalanan hidup saya..moga suatu hari DIA makbulkan permintaan yang satu itu..InsyaAllah...sudah pasti saya tak kan pernah jemu untuk meminta..kerana saya hanyala hamba..selayaknya saya meminta pada tuannya kan???


Apa yang terjadi samade di depan mata atau tidak..sangat mengejutkan saya..apa yang boleh saya katakan..jangan kita sangka..semua apa yang kita lihat dan dengar..adalah perkara benar dan nyata..sebaiknya..kita nilai dan cubalah selidik terlebih dahulu andai kita mempunyai ruang dan peluang..janganla terus jatuhkan hukum..sedangkan kita siapa??kita hanya hamba..hamba yang lemah..yang selalu melakukan kesilapan..kita bukan maksum..kita selalu berbuat dosa tanpa kita sedar..Astagfirullah..beristigfar la selalu..moga keampunan Allah selalu mengiringi perjalanan hidup kita.


Berbuat baikla selalu kepada kedua ibu bapa..andai kita masih punya kedua-keduanya..bersyukurla pada yang masih memiliki ibu dan ayah..tak seperti saya..kasih dan sayang yang mampu saya curahkan sekarang hanyalah untuk ibu saya..sangat bersyukur kerana masih punya seorang ibu..yang selalu faham haluan dan rentak hidup pilihan saya..yea..kadang-kadang saya perlu mengaku..hidup sendiri adalah jalan hidup yang saya pilih sekarang nie..tanpa paksaan sesiapa..bukan saya tak mahu berdua..tapi saat itu masih belum tiba untuk saya..memang Allah sangat mengerti dan sayangkan saya..sebab tu DIA masih mahu saya sendiri..saya percaya HIKMAH itu pasti ada..kerana..Allah hanya akan berikan apa yang kita perlu..bukan apa yang kita mahu.


Untuk yang selalu bertanyakan soalan yang serasanya saya dah tak mampu lagi untuk didengar atau memang dah tak ingin lagi saya jawab..tolongla faham..tak boleh kah..perempuan hidup tanpa lelaki??sangat perlukah lelaki dalam hidup wanita??untuk dunia sekarang nie..serasanya tidak la jadi satu keperluan..lebih-lebih lagi..banyak yang terjadi dalam lingkungan hidup saya..perkara-perkara yang tak ingin saya dengar dan perkara itu terjadi...serasanya tidak perlu lagi lelaki buat saya saat ini..dan saya sangat bersyukur..Allah belum lagi kurniakan saya seorang peneman kehidupan saya.


Saya yakin dan pasti..saat itu akan tiba jugak untuk saya..andai memang tertulis jodoh saya kan..dan saya tunggu saat itu..moga Allah selalu permudahkan jalan hidup saya..sekarang atau suatu hari nanti..saat saya punya peneman perjalanan kehidupan saya..InsyaAllah..bila saya punya peneman..saya hanya inginkan peneman itu..yang mampu membimbing saya menuju ke Syurga Allah..yang seiring berjalan dengan saya..saat saya senang dan susah..saat saya sihat dan sakit..peneman itu perlula selalu jadi sahabat yang setia untuk saya..moga 'peneman' yang saya nantikan itu..memang wujudnyer tercipta untuk saya..hingga ke Syurga Allah SWT..aminnnn.















p/s::buat sahabat-sahabat yang melalui jalan yang susah dan berliku saat ini..moga ada sinar dan jalan terbaik untuk kamo-kamo semua..selalula menadah tangan untuk meminta-minta pada-NYA..kerana..kita semua hanyalah 'hamba'.





teet::2 hari lagi..tutuplah buku amalan kita..ready to a new chapter..moga kasih Allah selalu mengiringi perjalanan hidup dan mati kita..InsyaAllah..:-)

Monday, July 2, 2012

~Spain champion lagi~

Assalamualaikum..:-)
Salam 12Syaaban..:-)





terbaekkkkk!!!








p/s::yang pentingnye happy..coz tak sia-sia melayan sesorang...weeeeeeeee



teet::3hari yang sgat syokkk lepak kampung...penat still xilang g...huuuuuu

~Tolong Jue click ye all..LOVE u more~