Salam 23Rabiul Akhir..:-)
Islam menuntut umatnya supaya bekerja dan berusaha untuk bebas daripada belenggu kemiskinan. Peringatan itu sangat penting kerana kemiskinan sebenarnya boleh menggelincirkan iman seseorang.
Ini kerana bagi seseorang yang lemah imannya akan sanggup menggadaikan akidahnya dengan melakukan pekerjaan yang terlarang serta menuturkan kata-kata yang menolak kebesaran Allah seperti menafikan keadilan Allah dan sebagainya.
Manusia digalakkan mencari rezeki yang halal, yang sekaligus akan menjadi ibadat selagi dilakukan dengan niat yang baik dan tidak melanggar hukum-Nya. Rezeki yang berkat adalah rezeki yang dicari dengan titik peluh sendiri, bukan dengan cara menunggu pemberian orang lain seperti meminta sedekah, derma dan sebagainya. Apatah lagi jika tubuh badan masih kuat dan sihat, perbuatan meminta-minta sebegitu amat dilarang oleh Islam kerana ia merupakan perbuatan yang memalukan dan menghina Islam itu sendiri.
Setiap Muslim hendaklah mempunyai sifat qanaah iaitu redha dan menerima apa yang ada tanpa banyak menuntut perkara yang bukan keperluannya. Lawan bagi sifat qanaah ialah tamak yang menjadikan seseorang itu sentiasa cemburu dan dengki dengan rezeki yang diperolehi oleh orang lain. Salah satu cara untuk menanamkan sifat qanaah kepada diri dan keluarga ialah dengan sentiasa mengucapkan ‘alhamdulillah’ di atas setiap perbuatan atau perkara baik yang diterima.
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya,
“Tiada seorangpun yang berdoa kepada Allah dengan suatu doa, kecuali dikabulkan-Nya dan dia memperolehi salah satu daripada tiga keadaan, iaitu dipercepatkan penerimaan doanya di dunia, disimpan (ditunda) untuknya sampai di akhirat atau diganti dengan mencegahnya daripada musibah (bencana) yang serupa.”
(Hadis riwayat at-Tabrani)
Bila Allah Taala cepat memakbulkan doamu, maka Dia menyayangimu, bila Dia lambat memakbulkan doamu, maka Dia ingin mengujimu, bila Dia tidak memakbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.
p/s::berdoa la selalu..jangan putus asa atas rahmat Allah..cepat atau lambat..pasti DIA akan makbulkan..InsyaAllah..:-)
teet::tak jemu-jemu berdoa..moga diberi kesihatan..rezeki dan jodoh yang baik..aminnnn..:-)
Amin. Wina pun doa moga dimudahkan jumpa jodoh yang baik :)
ReplyDelete-wina1979-
semoga semua rezeki yg kita perolehi akan diberkati n diredhoi dunia dan ahirat....amin
ReplyDeleteamin....nadia doakan yg terbaek utk jue
ReplyDeleteWina...InsyaAllah syg..aminnnn..:-)
ReplyDeleteDamha..aminnnnnn
nadia..thanks a lot shayang...u too moga selalu bahagia..:-)