Friday, March 30, 2012

~Jumaat Barakah~

Assalamualaikum..:-)
Salam 7Jamadil Awal..:-)




Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a Wahai Ali, bagi orang ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Jujur dalam berkata-kata.

2) Menjauhi segala yang haram.

3) Merendahkan diri.

Wahai Ali bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Merahsiakan ibadahnya.

2) Merahsiakan sedekahnya.

3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.

Wahai Ali bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Takut berlaku dusta dan keji.

2) Menjauhi kejahatan.

3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu:-

1) Menghisab dirinya.

2) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.


Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim)


Belajar DIAM dari banyaknya BICARA Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN Belajar TAWAKKAL dari UJIAN Belajar REDHA dari satu KETENTUAN..




sumber::yahoo mail.




p/s::tunggu malam..mau g shopping..keh3..banyakkan zikir dan doa-doa yea..syg jue semua...:-)

Wednesday, March 28, 2012

~Wordless Wednesday~

Assalamualaikum..:-)
Salam 5Jamadil Awal..:-)




sambal ikan gelama..:-)






p/s::ahad hari tu lepak umah member..jue masak nie...yum3



teet::miss semua org yg sy syg..syg menyayang..ha3


Monday, March 26, 2012

~Kesihatan Merosot~

Assalamualaikum..:-)
salam 3Jamadil Awal..:-)









p/s::moga sakit-sakit nie menghapus dosa-dosa kecilku..InsyaAllah.



teet::banyak plan mau buat bulan 4..moga Allah permudahkan segala urusan-urusan idup kita..aminnnnnn..:-)

Friday, March 23, 2012

~Jumaat Indah~

Assalamualaikum..:-)
Salam 30Rabiul Akhir..:-)





Mengapa kita sangat dianjurkan untuk memiliki sifat sabar? kerana sifat ini hanya boleh dilakukan oleh orang yang super, yang tidak memperlihatkan kesabarannya hanya dengan bahasa tubuhnya, tapi juga dengan keikhlasan hatinya. Terkadang orang berfikir sabar itu adalah diam, menahan kemarahan yang ingin dikeluarkan, menahan emosi yang ingin di demonstrasikan, dan menahan hati ketika keadaan kita di hinai dengan kata-kata tidak bermoral. Padahal makna hakikat sabar itu sendiri adalah “Menahan diri dari keburukan yang di bisikan syaitan dalam hati, dan menzahirkannya dengan ikhlas dan disempurnakan dengan tawakal kepada Allah.

Orang yang ingin beramal dengan ilmunya juga harus bersabar dalam menghadapi gangguan yang ada di hadapannya. Apabila dia melaksanakan ibadah kepada Allah menuruti syari’at yang diajarkan Rasulullah niscaya akan ada yang menghalangi di hadapannya, demikian pula orang-orang bodoh yang tidak kenal agama kecuali ajaran warisan nenek moyang mereka.

Sehingga gangguan berupa ucapan harus diterimanya, dan terkadang berbentuk gangguan fisik, bahkan terkadang dengan kedua-keduanya. Dan kita sekarang ini berada di zaman dimana orang yang berpegang teguh dengan agamanya seperti orang yang sedang menggenggam bara api, maka cukuplah Allah sebagai penolong bagi kita, Dialah sebaik-baik penolong.





p/s::sabarlah atas sesuatu yang datang..moga kita selalu bahagia..:-)


teet::perbanyakkan zikir-zikir dan doa-doa pada penghulu segala hari..:-)

Thursday, March 22, 2012

~Sandaran Hati~

Assalamualaikum..:-)
Salam 29Rabiul Akhir..:-)






 
p/s::teringat pada seseorang..teman lama..bila dengar lagu nie..:-)


teet::apa agaknyer khabar u yea..walau di mana u berada..moga u selalu bahagia..:-)

Wednesday, March 21, 2012

~Wordless Wednesday~

Assalamualaikum..:-)
Salam 28Rabiul Akhir..:-)








p/s::omeiiiii miow-miowwwwwwww..auwwwwwwwwwwww



teet::berdua lebih baik..ahaks!!!

Monday, March 19, 2012

~Jemu++Busan~

Assalamualaikum..:-)
Salam 26 Rabiul Akhir..:-)



Kekadang kita rasa apa yang kita ada..serasa cam tak cukup..serasa cam ada yang kurang..even kita da miliki semuanya..masih lagi kita akan rasa..ak mau lebih..ak mau banyak..ak mau begitu..ak mau bagini..tapi sedarkah kita..perancangan Allah untuk kita tu sebenarnyer lagi baik..lagi bagus..lagi cantik..lebih elok..tapi dah nama pun manusia..biasanya kita akan ternampak yang zahirnyer..atau dalam bahasa faham..apa yang kita nampak depan mata..kita tak kan terfikir..kesan masa panjang..atau hikmah yang mungkin kita dapat atas sesuatu yang terjadi..bijakkan kita??atau sebenarnyer terlebih nampak kebodohan diri???sama-samalah kita muhasabah diri..


Macam jue gak..now my life serasanya 24 jam berputar atas perkara sama yang jue lakukan..rutin harian serasa memang tak de perbezaan langsung..even hari cuti..memang tak de aktiviti yang jue lakukan..serasanya banyak masa dihabiskan kat rumah..mengadap tv 24 hours tanpa henti..kadang-kadang jue rasa..Ya Allah bosannyer..apa yea mau buat..apa yang jue mahu dalam idup nie..apa yang patut ak kejar..apa yang patut ak genggam..apa yang ak fikir..macam-macam..sebab tu kita nie tak digalakkan sgt termenung...nanti senang 'pak tam' dtg hasut macam-macam..dah baik..terus jadi yang tak baik..Astagfirullah..mintak simpang semua tu..


Now banyak benda yang jue nak buat sebenarnyer..kadang-kadang bila da banyak sgt tu..cam berlumba-lumba lak nak buat kan..macam berebut-rebut lak segala benda..alih-alih..satu hape pun tak jadi..aishhhh lemahnyer la iman kan..cam tak de pendirian pulak asenyer..tapi tu la hakikatnyer kita..manusia yang lemah serba serbi..moga-moga semuanya Allah permudahkan untuk jue..InsyaAllah..:-)..memang sekarang nie terasa sgtla kebosananyer..rutin harian benda yang sama..tapi apa boleh buat..ketentuan hidup jue macam nie yang DIA berikan..yang jue boleh buat..cuma kena isikan semua masa free yang ada dengan buat perkara-perkara baik..yang InsyaAllah memungkinkan jue akan lebih jadi insan yang lebih baik.


Ramai yang cakap..bosan rutin harian yang sama kan..kawinla cepat-cepat..nanti takla busan lagi..ada suami..ada anak..yea..memang semua perempuan nak cam tu kan..lagi-lagi dengan umur yang serasanya sgt sesuai utk jue tamatkan zaman single mingle kan..tapi siapa kita nak pertikaikan ketentuan jodoh yang belum tentu bila nie kan..bukan tak berusaha..tapi semuanya sudah..tinggal lebihkan doa dan segalanya jue serahkan pada DIA..kerana DIA lebih tau mana yang terbaik untuk jue..bukankah aturan-NYA itu jauh lebih indah..pea salahnyer kawan-kawan tolong doakan..mana tau bulan depan atau tahun depan akan sampai jodoh itu untuk jue..daripada bertanyakan soalan bukan-bukan yang serasanya jue tak punya pilihan jawapan..thanks untuk semua yang memahami..moga kita semua selalu dilimpahi kebahagian dunia mahupun akhirat..InsyaAllah.





p/s::kadang-kadang memang kita akan rasa semuanya serba tak cukup kan..tapi bila terasa cam tu..pandangla ke bawah..ke belakang..pada org yang susah lagi pada kita..jgn mendongak ke atas..pasti kita akan REBAH..:-)


teet::hari nie terasa cam mau share apa yang jue rasakan sekarang..mode::macam-macam ada..huk3

Saturday, March 17, 2012

~Sudah Cukup Sudah~

Assalamualaikum..:-)
Salam 24Rabiul Akhir..:-)











p/s::besh lak layan lagu nie..penangan roomate..ujan melanda idupnya skunk..tempiasnya kat jue..smpi terlayan gak lagu nie...moga u terus kuat!!!




teet::idup nie..tak selalunya cerah kan..kadang-kadang DIA bagi kita rasa..apa nikmatnya ujan..apa rasanya mendung..dan hikmahnya..seindah pelangi anugerah-Nya..moga kita semua selalu kuat walau apa sekali pun dugaan yang datang..percayalah..DIA selalu ada!!!


Friday, March 16, 2012

~Penghulu Segala Hari~

Assalamualaikum..:-)
Salam 23Rabiul Akhir..:-)




Islam menuntut umatnya supaya bekerja dan berusaha untuk bebas daripada belenggu kemiskinan. Peringatan itu sangat penting kerana kemiskinan sebenarnya boleh menggelincirkan iman seseorang.

Ini kerana bagi seseorang yang lemah imannya akan sanggup menggadaikan akidahnya dengan melakukan pekerjaan yang terlarang serta menuturkan kata-kata yang menolak kebesaran Allah seperti menafikan keadilan Allah dan sebagainya.

Manusia digalakkan mencari rezeki yang halal, yang sekaligus akan menjadi ibadat selagi dilakukan dengan niat yang baik dan tidak melanggar hukum-Nya. Rezeki yang berkat adalah rezeki yang dicari dengan titik peluh sendiri, bukan dengan cara menunggu pemberian orang lain seperti meminta sedekah, derma dan sebagainya. Apatah lagi jika tubuh badan masih kuat dan sihat, perbuatan meminta-minta sebegitu amat dilarang oleh Islam kerana ia merupakan perbuatan yang memalukan dan menghina Islam itu sendiri.

Setiap Muslim hendaklah mempunyai sifat qanaah iaitu redha dan menerima apa yang ada tanpa banyak menuntut perkara yang bukan keperluannya. Lawan bagi sifat qanaah ialah tamak yang menjadikan seseorang itu sentiasa cemburu dan dengki dengan rezeki yang diperolehi oleh orang lain. Salah satu cara untuk menanamkan sifat qanaah kepada diri dan keluarga ialah dengan sentiasa mengucapkan ‘alhamdulillah’ di atas setiap perbuatan atau perkara baik yang diterima.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya,
“Tiada seorangpun yang berdoa kepada Allah dengan suatu doa, kecuali dikabulkan-Nya dan dia memperolehi salah satu daripada tiga keadaan, iaitu dipercepatkan penerimaan doanya di dunia, disimpan (ditunda) untuknya sampai di akhirat atau diganti dengan mencegahnya daripada musibah (bencana) yang serupa.”
(Hadis riwayat at-Tabrani)

Bila Allah Taala cepat memakbulkan doamu, maka Dia menyayangimu, bila Dia lambat memakbulkan doamu, maka Dia ingin mengujimu, bila Dia tidak memakbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.



p/s::berdoa la selalu..jangan putus asa atas rahmat Allah..cepat atau lambat..pasti DIA akan makbulkan..InsyaAllah..:-)


teet::tak jemu-jemu berdoa..moga diberi kesihatan..rezeki dan jodoh yang baik..aminnnn..:-)

Thursday, March 15, 2012

~(".....................")~

Assalamualaikum..:-)
Salam 22Rabiul Akhir..:-)



abg khan...ensemmmm..muahahahaha






p/s::malam tadi duk layan cite nie..punyalah busan kan..ok pea tv2 rabu malam tayang hindi..keh3


 
teet::u all suka x layan hindi??jue layan if khan2 jeak berlakon..keh3...ahaks!!!

Wednesday, March 14, 2012

~Wordless Wednesday::Laksam~

Assalamualaikum..:-)
Salam 21Rabiul Akhir..:-)









p/s::today bekfes nie..laksam kuah lemak..yum3


teet::u all bekfes pea??mesti terbaek kan???


Monday, March 12, 2012

~King Burger~

Assalamualaikum..:-)
Salam 19Rabiul Akhir..:-)



makan bertiga..pehhhh penangan baucer free..jue layan kentang n feberetla ice cream

boleh tahan besonyer burger nie..huuuuu



john carter..syokkkkkkkkkkk!!!






p/s::sabtu lepak kat king burger..after tu layan muvie John Carter..:-)


teet::plan mau layan Dr.Seus-The Lorax plak..de sesape mau banje???jom3!!!



Friday, March 9, 2012

~Bagaimana Menambah Nikmat Allah SWT~

Assalamualaikum..:-)
Salam 16Rabiul Akhir..:-)


Nikmat itu TERBAGI TIGA:

1. Nikmat yang dikecapi dan disedari oleh hamba.

2. Nikmat mendatang yang diidamkan oleh hamba.

3. Nikmat yang dikecapi oleh hamba tetapi tidak disedarinya.

Apabila Allah ingin menyempurnakan nikmat-Nya ke atas hamba-Nya, Dia akan mengenalkan (kepada hamba tersebut) nikmat yang dikecapinya sekarang kepada hamba tersebut dan mengurniakan kepadanya sifat syukur.

Syukur itu akan mengikat nikmat tersebut agar tidak hilang. Sesungguhnya nikmat hilang dengan perlakuan maksiat dan diikat dengan ketaatan.

Kemudian Allah akan menunjukkannya jalan amal agar dia mendapat nikmat yang dinantikan.

Kemudian Allah akan menunjukkan kepadanya jalan mati (yang tidak bersambung kepada amal) dan menjauhkannya dari jalan itu. Allah akan menunjukkannya cara agar dia menjauhi jalan itu.

Apabila dia menyempurnakan semua itu, Allah akan memperkenalkannya terhadap nikmat yang dikecapinya sekarang tetapi tidak beliau menyedarinya.

Diceritakan bahawa seorang Badwi masuk menemui Harun ar-Rasyid lalu berkata:

"Wahai Amirul Mu'minin. Moga-moga Allah mengekalkan nikmatmu sekarang dengan kamu sentiasa mensyukurinya. Moga-moga Allah mengurniakan nikmat yang kamu harapkan dengan kamu bersangka baik terhadap-Nya dan sentiasa mentaati-Nya. Moga-moga Allah akan mengenalkanmu kepada nikmat yang kamu kecapi sekarang tetapi kamu tidak mengetahuinya agar kamu mensyukurinya." -Ibnul Qayyim al-Jauzi





p/s::selalula bersyukur atas segala nikmat kurniaan ILAHI



teet::pantas masa berlalu..serasa baru semalam jumaat datang...emmmm

Thursday, March 8, 2012

~Dr. Seuss' The Lorax~

Assalamualaikum..:-)
Salam 8Rabiul Akhir..:-)


omeiiiii..geram3!!!





p/s::kuar pawagam today..alahai..tak sabar nak layan..syok2..lorax yang omeiiiiiiiii..:-D


teet::agak-agaknyerla kan..sape yea..mau banje jue nonton nie..ahaks!!!


Tuesday, March 6, 2012

~New Born..Mohamad Fayyad Sharrizqin~

Assalamualaikum..:-)
Salam 12Rabiul Akhir..:-)











p/s::omeiiii kan..putihhhhh melepak..niela my new nephew..born 27/2/2012.



teet::now duk men ank sedara-sedara..cousin-cousin jeakla..anak sendiri??coming soon..hahahahaha

Saturday, March 3, 2012

~Hit The Lights~

Assalamualaikum..:-)
Salam 10Rabiul Akhir..:-)








p/s::suka tengok Selena Gomez nie..cantik dan cute..:-)


teet::sabtu yang redup..baru pas ujan..:-)

Friday, March 2, 2012

~Musuh & Sahabat Iblis~

Assalamualaikum..:-)
Salam 9Rabiul Akhir..:-)



Musuh-Musuh Iblis
 
1.Rasulullah s.a.w. sendiri.
2.Orang beriman yang pengasih dan penyayang.
3.Orang beriman yang suka memberi nasihat.
4.Orang beriman yang sentiasa bertaubat di atas dosanya.
5.Orang beriman yang berakhlak mulia.
6.Orang beriman yang banyak bersedekah.
7.Orang beriman yang dapat memberi manfaat kepada orang ramai.
8.Orang beriman yang sentiasa berwuduk.
9.Orang beriman yang tidak mahu melakukan sesuatu yang haram.
10.Orang beriman yang mengerjakan solat dengan penuh khusyuk.
11.Ketua negara atau pemerintah atau imam yang adil.
12.Orang kaya yang rendah hati.
13.Peniaga yang jujur dan amanah.
14.Orang beriman yang beristiqomah dalam membaca al-Quran.
15.Orang yang bangun solat di waktu tengah malam sedang orang lain tidur.
 
Sahabat-Sahabat Iblis
 
1.Orang kaya yang sombong.
2.Peminum arak.
3.Hakim yang tidak adil.
4.Peniaga yang tidak jujur.
5.Orang yang tidak mengeluarkan zakat.
6.Orang yang meringankan solat.
7.Orang yang memakan harta anak yatim.
8.Orang yang beramal kerana nama.
9.Orang yang suka duduk termenung dan mengelamun.
10.Penghasud dan pendengki bilamana orang lain mendapat kesenangan.
 
 
 
 
 
 
p/s::da nyata iblis tu musuh kita kan..moga kita sentiasa dilindungi-NYA
 
 
 
teet::style baru..skop keje baru..pepagi cam tak bape nak kebizian plak..huuu

~Tolong Jue click ye all..LOVE u more~