Salam 25Syawal..:-)
masjid tentera yahudi masuk siap beralas lg
Bani Israel adalah satu kaum yang mempercayai Allah sebagai tuhan. Mereka tidak mengiktiraf Nabi Isa dan Muhammad sebagai Nabi. Mereka disebut sebagai ahli kitab.Ada juga Bani Israel yang Islam setelah melihat kebenaran Islam itu. Dari Bani Israel yang ingkar, itulah disebut sebagai Yahudi oleh al-Quran.
Jadi, Bani Israel lebih luas, satu bangsa, ada yang Islam dan ada yang tidak, tapi yang ingkar itulah disebut sebagai Yahudi.
Di dalam syariat, orang lelaki muslim boleh menikahi ahli kitab dan sembelihan ahli kitab juga boleh kita makan.Ini kerana mereka menyembelih dengan cara yang sama iaitu mesti putus urat merih dan membaca Nabi Allah juga.Kalau kita sembelih dengan menyebut “Bismillah” mereka menyembelih dengan menyebut “Shem Ha Shem..”
Dalam Islam ada Asmaul Husna, dalam Yahudi pun ada.Dalam Asmaul Husna nama Allah ada Ar-Rahman, Ar-Rahim, al-Qudus dan sebagainya dalam Hebrew nama Allah mereka sebut sebagai Ilah, Shado, Shem dan sebagainya, 5 September 2011, ketika kami sampai di Masjid Khalil al-Rahman, masjid yang terletak makam Nabi Ibrahim, tiba-tiba terdapat sekumpulan askar Yahudi masuk ke masjid.
“Saya bertanya Walid, kenapa ada askar Yahudi?”
“Ada orang besar Yahudi ziarah Makam Nabi Ibrahim sekarang dan berdoa dalam masjid ini?” kata Walid.
“Dia berdoa dalam masjid?” tanya saya ingin tahu.
“Ya, sebab,dari sudut ibadah dan cara hidup, orang Yahudi lebih menghormati Islam dari Kristian, dia tahu masjid orang Islam suci dan bersih sebab itu dia boleh berdoa dalam masjid tapi tidak sekali-kali dalam gereja” terang Walid.
“Orang Yahudi tak makan babi,tak seperti kristian, orang yahudi bersunat, tidak seperti kristian dan dia juga ada soal kesucian dalam makanan, dia boleh makan makanan orang Islam tapi tidak orang kristian” terang Walid lagi.
Saya melihat askar Yahudi siap dengan senapang, dia memakai kasut di dalam masjid tetapi dibentangkan tikar plastik kerana dia tahu masjid itu suci dan bersih. Kadang kala, orang Islam sendiri tidak tahu hormat masjid.
Tapi ini semua dalam keadaan biasa dan aman, kalau sedang pertentangan hebat, sudah tidak ada lagi perasaan menghormati ini.
p/s::yahudi hari ni makin melampau membuat onar sesuka hati dibumi saudara kita Palestin..sama2la kita berdoa semoga saudara kita sentiasa sabar dan terus dilindungi ALLAH SWT..aminnn..
teet::25Syawal..makin hampir syawal meninggalkan kita..moga kita berkesempatan utk bejumpa Ramadhan & Syawal yg akan datang..InsyaAllah.
yahudi..kaum yg sentiasa akan bermusuh dgn islam sehingga kiamat....
ReplyDeleteJue, menarik dan Wina dapat maklumat baru. Eh kongsi-kongsi maklumat camni tau.
ReplyDelete-wina1979-
teringat syhadah org Yahudi ... Shema Israel !! YHWH ha ehad ....: Dengarlah wahai Israel, Allah itu esa ..... :)
ReplyDeleteAtiee..yup..betul 2!!!
ReplyDeleteWina..alrite dear..if de jue sharing2 k..hik3..:-D
Add Remove Block..yup..yahudi tau ALLAH itu Esa..tp..emmmmmmmm