Friday, April 27, 2012

~Perkongsian Jumaat~

Assalamualaikum..:-)
Salam 5Jamadil Akhir..:-)






Bahaya Kemewahan

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a., "Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah saw. di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus'ab bin Umair r.a. dan tiada di atas badannya kecuali hanya sehelai selendang yang bertampung dengan kulit. Tatkala Rasulullah saw. melihat kepadanya Baginda menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus'ab ketika berada di Mekkah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib Mus'ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala harta benda dan kekayaan di Mekkah). Kemudian Nabi Muhammad saw. bersabda, "Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi di waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan bila diangkatkan satu hidangan diletakan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghias) rumah kamu sepertimana kamu memasang kelambu Ka'bah?". Maka jawab sahabat, "Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih baik daripada di hari ini. Kami akan menberikan penumpuan kepada masalah ibadat sahaja dan tidak usah mencari rezeki". Lalu Nabi saw. bersabda, "Tidak! Keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu di hari itu".
(H.R. Tirmidzi )
Keterangan
Dalam hadis ini Nabi kita Muhammad saw. menerangkan bahawa umatnya pada suatu masa kelak akan mendapat kekayaan dan kelapangan dalam kehidupan. Pagi petang pakaian silih berganti. Hidangan makanan tak putus-putus. Rumah-rumah mereka tersergam indah dan dihias dengan bermacam-macam perhiasan. Dalam keadaan demikian kita juga mungkin akan berkata seperti perkataan sahabat. Di mana, kalau semuanya sudah ada, maka senanglah hendak membuat ibadat. Tetapi Nabi kita Muhammad saw. mengatakan, "Keadaan serba kekurangan itu adalah lebih baik untuk kita", ertinya lebih memungkinkan kita untuk beribadat.
Kemewahan hidup banyak menghalang seseorang dari berbuat ibadat kepada Allah swt., sepertimana yang berlaku di hari ini. Segala yang kita miliki kalaupun tidak melebihi keperluan, namun ianya sudah mencukupi Tetapi, bila dibanding dengan kehidupan para sahabat, kita jauh lebih mewah daripada mereka, sedangkan ibadat kita sangat jauh ketinggalan. Kekayaan dan kemewahan yang ada, selalu menyibukkan kita dan menghalang dari berbuat ibadah. Kita sibuk menghimpun harta dan juga sibuk menjaganya serta sibuk untuk menambah lebih banyak lagi. Tidak ubah seperti apa yang pernah disabdakan oleh Rasulullah saw., "Seandainya seorang anak Adam itu telah mempunyai satu jurang emas, dia berhasrat untuk mencari jurang yang kedua, sehinggalah ia dimasukkan ke dalam tanah (menemui kematian)".
Begitulah gambaran yang sebenar terhadap kehalobaan manusia dalam menghimpun harta kekayaan. Ia sentiasa mencari dan menambah, sehinggalah ia menemui kematian maka ketika itu, barulah ia sedarkan dirinya dengan seribu satu penyesalan. Tetapi di saat itu sudah tidak berguna lagi penyesalan. OIeh itu janganlah kita lupa daratan dalam mencari harta kekayaan. Tidak kira halal atau haram, yang penting dapat harta. Tidak kira waktu sembahyang, bahkan semua waktu digunakan untuk menimbun kekayaan. Biarlah kita mencari mata benda dunia pada batas-batas keperluan. Kalau berlebihan bolehlah digunakan untuk menolong orang lain yang kurang bernasib baik, suka menderma dan suka bersedekah, sebagai simpanan untuk hari akhirat kelak. Orang yang bijak adalah orang yang mempunyai perhitungan untuk masa akhiratnya dan ia menjadikan dunia ini tempat bertanam dan akhirat tempat memetik buahnya.
 
 
sumber:yahoo
 
teet: besok InsyaAllah pulang ke desa terchenta...induuuuuuuuuuuuuuuu!!!

Wednesday, April 25, 2012

~Rabu Yang Bisu~

Assalamualaikum..:-)
Salam 3Jamadil Akhir..:-)










teet::indunyaaaaaaaa kampung halaman terchenta..:-)


Monday, April 23, 2012

~Battleship~

Assalamualaikum..:-)
Salam 1JamadilAkhir..:-)



gila beshhhh..terbaikkkk!!!







p/s::g layan nie ngan cdia kat MBO @ KSL City...cejukkkkkkkk..xbape suka!!!!



teet::penat segala-segala..baru mengerti..thanks dear..4 all u done for me...appreciate it mostttt!!!

Friday, April 20, 2012

~2 Tabiat Perempuan Bawa Ke Neraka~

Assalamualaikum..:-)
Salam 28Jamadil Awal..:-)


As’salamualaikum . Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa’. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana , dan memberi salam dan memberi tazkirah seperti berikut:
 
“Assalamu’alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita. Wahai kaum wanita, Aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka”.
 
Seorang wanita lalu bangun bertanya, “Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?’ Rasulullah SAW menjawab, “Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka:
  • Kamu banyak mengutuk/menyumpah
  • Kamu kufurkan kebaikan suami
Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya:
  • Banyak beristighfar
  • Banyak bersedekah
Keterangan: Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah
Contoh 1 – Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat geram dan marah kita mungkin berkata, “Driver bas ni dah mampus agaknya.” Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah, hatta suami pun kena sumpah.
 
Contoh 2 – Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata “Celaka punya gas. Masa ni jugak nak habis.” Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I’tiqad tetapi bererti tidak mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh suami.
Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang kurang faham apa yang dimaksudkan dengan ‘kufurkan kebaikan suami'.
 
Rasulullah SAW berkata,”Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki, maka dia akan berkata ,”Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak”(Terjemahan langsung dari Arab).
 
[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan perkataan seperti berikut:"Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".][Tak guna sesen pun']
Rasulullah SAW sambung lagi ,’Mana-mana isteri yang berkata, “Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak”, maka akan gugur pahala-pahala amalannya.’ Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan kita dari dua perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi.
 
Fadhilat beristighfar:
 
a. Sabda Rasulullah SAW :
“Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk).” Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendirimelakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita.
 
b .Sabda Rasulullah SAW :
“Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita”
 
c. Istighfar juga memurahkan rezeki.
Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda.Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:
 
d. Tuturkata/percakapan yang baik.
Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya bagaimana hendak menambat hati suami. Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda.
 
Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, “Khadijahlah satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan tutur katanya”.
 
2. Memberi salam.
3. Memaniskan wajah.
 
Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda,”Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah.” Terdapat juga suatu syair Arab yang berbunyi :”Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah.” Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifatburuk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu, maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.
 
 
 
 
 
 
 
 
p/s::apapun semuanya bergantung pada hati..if bersih hatinya..maka sucilah segala-gala tindak tanduknyer.
 
 
 
teet::memohon doa..moga Allah SWT perkuatkan hati saya untuk tempuh segala-galanya..aminnnnn.

Thursday, April 19, 2012

~Isthikarah Cinta~

Assalamualaikum..:-)
Salam 27Jamadil Awal..:-)



memang besh lagu nie..:-)





p/s::isthikarah...InsyaAllah..moga Allah permudahkan segala urusan-urusan hidup dan mati..aminnnn


teet::miss everything...:-)


Tuesday, April 17, 2012

~Atas Nama Cinta~

Assalamualaikum..:-)
Salam 25Jamadil Awal..:-)








p/s::layan perasaan sekali sekala..chill yea all..:-)


teet::perasaan sgt tak keruan sekarang...macam-macam jadi..moga saya kuat!!!


Thursday, April 12, 2012

~Dinner...yum3~

Assalamualaikum..:-)
Salam 20Jamadil Awal..:-)



chicken grill...yum3...:-)



Malam semalam g dinner ngan member..asyik mam nasi jeak kan
so bosan sudah..kalau mam mee-mee lak..pagi da brekfast meehun
so we all decide mam western food..we all pilih chicken grill..mau
mam yang bakar-bakar plak..asyik mam minyak-minyak jeak..da tepu
da badan nie ngan minyak..da berlapis-lapis lemak melekat kat badan nie
so we all pilih Restoran Padi..area Jalan Tengku Muhammad..berdepan
dengan Jabatan Ukur..:-)






p/s::sekali-sekala tukar selera kan..pelbagaikan variati makanan..confirm tak de rasa bosan pada makanan..dan kita akan selalu bersyukur..:-)



teet::u all mam pea dinner??marilah bersama-sama kita berdoa..moga Tsunami tak kan berlaku..doa adalah segala-galanya sekarang nie.


Tuesday, April 10, 2012

~Weekend Kami~

Assalamualaikum..:-)
Salam 18Jamadil Awal..:-)


Masa sangat pantas kan sekarang nie..terasa baru semalam weekend..besok da mau cuti balik dah..isk3..sangat cepat..weekend hari tu..macam-macam benda we all buat..ladies time k..sabtu minggu lalu tak keje..very the bored..coz cdia pun tak balik..so memang budget tak de plan la..just buang masa kat umah jeak..sangat cantik timing..coz housemate pun tak de pea nak wat..means tak de 'date'..so xkanla ladies-ladies yang cantik-cantik (sila muntah segera k) nie mahu duk dirumah jeak kan..of cozla mau jual muka..ahaks..(sila muntah kali kedua k)..hahahaha

Pepagi da bangun..masak nasi..coz terasa mau mam nasi goreng buatan tangan sendiri kan..tapi if nak buat nasi goreng..sebenarnyer nasinyer better masak malam sebelum pagi..oleh kerana pagi baru masak..so terpaksalah tunggu nasi tu sejuk dulu..kalau tak nanti nasi gorengnyer..lembik!!!ilang sedapnyer!!!sementara mau tunggu nasi sejuk bagai..isi pewut dulu dengan secawan cofee pearl kacip fatimah with kolagen..cewahhhhh bergetah mak nanti..(silalah menyampah lagi yea)..sambil layan cite feberet kat tv3..barbie..ohhhhh sangat suka ok..akhirnyer barbie pun da habis layan sampai ke penghujungnyer..time untuk masak nasi gorengla kan..da tuang minyak ke kuali..tunggu minyak blup-blup panas..tetiba housemate lak ajak mam kat luar..mam apa lagi kitorang..idaman hati la..ni ha..'pece lele'..terbaikkkkkkk..:-)

ohhhh leleku..keh3


After dah isi pewut kan..kitorang ke McD TC plak..cari dessertla all..terasa mau mam ice cream..yum3..cehhh ala-ala minah salleh lak kitorang kan..siap berdessert-dessert bagai..huuuu terbaikla..tapi we all drive thru jeak..memang tak laratla mau lepak-lepak tengah panas yang amat..beli ice cream..nikmatinya kat umah sendiri yang nyaman dan sejuk..lepak-lepak sampai petang kat umah..sambil layan tv..joget-joget..hindi kan time petang-petang tv3..syokkk la jugak..release tension!

Malam plak..we all ke TC lagi..mau cari barang sikit..dalam kul 8 after maghrib..terus gerak-gerak ke sana..untuk makluman waktu kul 8..ke TC belumla jamming lagi..so laluan pun clear jeak..sampai-sampai terus ke bahagian belakang..tempat-tempat shoppingla..serius bahagian depan memang kitorang tak jengah langsungla..coz masa banyak habiskan cari barang-barang yang diperlukan..after da penat pusing-pusing..decide isi pewut kat situ jeak..area sebelah belakang tu ada kedai yong tau fu yang beshla..ingatkan tak sedap..sekali cuba..terus tergoda..order lagi pinggan kedua..terasa-rasa lagi kesedapannya..semuanya fresh-fresh..yum3..pewut da penuh..badan pun da letih..masa untuk merehatkan badanla..masa untuk tidola plak..so balikla..fuhhh..when mau keluar dari TC..pehhhh sangat jamming ok..laluan menghala masuk..malam minggu biasalah..semua nak ke TC..pea yang menarik sangat pun tak sure la plak..maybe mau amik angin pantai kot..isi masa dengan family terchenta..:-)






p/s::emmm kekadang when masing-masing free..bolehla spend time together..selalunya semua busy dengan life masing-masing..:-)


teet::ending of May..wahhhh terasa laju plak masa nie kan..sabo-sabo..sebenarnyer ketidaksabaran tu dah tinggi sebenarnyer..:-)

Friday, April 6, 2012

~Sangat Mrndebarkan~

Assalamualaikum..:-)
Salam Jumaat yang Mulia..:-)




Semalam petang terjadi sesuatu yang betul-betul sangat mendebarkan jue...Allhamdulillah Allah SWT masih jauhkan perkara-perkara buruk..yang tak diingini berlaku pada jue..syukur sangat-sangat..terasa debaran tu masih ada..menjadikan diri sedikit fobia..:-(

Nak dijadikan cite (debaran kembali)..selalu when time keje jue selalu park my ciputet sebelah belakang opis..means dari pantry..akan nampak ciputet dari atas..kebiasaannya jue akan park sebelah dalam..parking bayar coz parking tu untuk kemudahan orang ramai ke sebuah pasaraya..tapi if datang awal..selalunya penjaga park tu belum ada..so park free la..semalamnya time jue masuk lewat opis..so penjaga park tu da de..lagipun parking dalam dah penuh..terpaksala jue park sebelah luar..bawah pokok yang redup..view tu memang selalu jugak jue park sebelum-sebelum nie..saat mendebarkan tu terjadi dalam pukul 2..when jue pas solat zohor..mata memang selalu pandang ke luar la kan..jenguk-jenguk ciputet tu sudah jadi kebiasaan jue..sejak dari dulu lagi.

Masa jue pandang ke luar...terasa ade satu kereta sangat mencurigakan..dia berhenti sebelah ciputet jue..kalau mau park..memang dah tentu-tentula tak boleh..coz kat situ adalah jalan..muat parking untuk sebaris jeak..so apa yea motif kereta tu..betul-betul berhenti sebelah ciputet jue..saat tu hati sangat berdebar..so jue cepat-cepat amik kunci terus turun ke bawah..masa 'mereka' nampak jue berjalan ke arah ciputet..'mereka' yang duduk ditempat penumpang..turunkan sedikit cerminnya..bila jue semakin hampir..'mereka' tersebut terus menaikkan cermin sisi..memang jue tak nampak muka..yang pastinya jue nampak 'mereka' itu berspek mata..tak pasti malay or chinese..bila da agak hampir dengan ciputet..jue berdiri dan perhatikan kerete 'mereka'..secara tiba-tiba 'mereka' terus pergi...memang tak dapat dipastikan siapa mereka???apa tujuan mereka???coz kereta 'mereka' sangat gelap..Ya Allah sangat mencurigakan..memang sangat tak mau berperasangka buruk..tapi kelakuan dan cara 'mereka' tu sungguh-sungguh mencurigakan..Astagfirullah...terasa mau gugur jantung bila difikirkan bermacam-macam kemungkinan akan berlaku.

Sangat tidak tenang selepas kejadian tu..terasa kena tingkatkan lagi keselamatan untuk ciputet..mengelak lebih baik kan..kejadian tu masih lagi bermain-main di depan mata jue..tak fikir pun bahaya turun seorang diri ke ciputet..coz mau pastikan 'dia' selamat..after tu jue terus alihkan ciputet ke sebelah park dalam..jue terus inform penjaga park..dia tak perasan coz dia membelakangkan park sebelah luar tu..apa-apa pun saat semalam sangat membuatkan jue tak senang duduk..ikhlas cakap..badan terasa ketar..berdebar-debar..mau cocentrate kat keje pun terasa tak mampu semlam..Ya Allah...lindungila hamba-MU ini dari segala musibah dan bencana..moga hamba-Mu ini tak diuji dengan segala perkara-perkara yang hamba tidak mampu hadapi..aminnnn






p/s::sangat menguji perasaan kejadian semalam..moga tidak akan berlaku lagi..:-(


teet::sentiasa alert yea all..sekarang nie jenayah makin berleluasa..moga kita tak menjadi salah seorang dari mangsa jenayah..Astagfirullah..moga Allah SWT jauhkan.

Wednesday, April 4, 2012

~Wordless Wednesday~

Assalamualaikum..:-)
Salam 12Jamadil Awal..:-)









p/s::hidup nie satu proses pembelajaran..:-)


teet::masih cuba belajar dan terus belajar memahami & mengerti..:-)


Tuesday, April 3, 2012

~Semakin Kusut~

Assalamualaikum..:-)
Salam 11Jamadil Awal..:-)









p/s::banyak hal yang menggangu jue kebelakangan nie..serasa macam semakin payah..semakin susah..semakin kusut...oh jiwa...bersabarlah.



teet::waiting for ending of May..serasa sangat tidak kesabaran...weeeeeeeeeeee


~Tolong Jue click ye all..LOVE u more~